Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, January 17, 2011

Lagu 'Kalau Berpacaran' : Macam Bagus Sangat

Kalau mainkan video ini...diharap dapat 'pause'kan bacaan Al Quran di blog ini buat seketika

Assalamualaikum pengunjung budiman. Memang payah nak mengupdate entry blog ini kalau statusnya 'blogger suku masa'. Tapi oleh kerana desakan nak mengasah kemahiran menulis yang memang fitrahnya tidak punya bakat menulis, terpaksalah juga ambil sedikit waktu didapur selepas pulang dari bekerja untuk menaip ala kadarnya. Lebih2 lagi bila terpilih pula sebagai JK Penulisan Kreatif di institut. Ya Allah....di mana kreatifnya hambamu ini....? Bermain dengan nombor-nombor, kira kreatiflah juga sebab di bawah Jab Matematik. Susulan dilantik sebagai JK Penulisan Kreatif pada tahun lepas , maka terwujudlah blog ini sebagai medan mengasah bakat terperam lagi tenggelam. 

Semester ini, saya ditugaskan mengajar pelatih2 guru  Program Persediaan dengan tajuk kursus 'Problem Solving'. Pelajar2 yang baru saya kenali nampaknya bersemangat dan ceria memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan di bilik kuliah. Amat mengujakan saya kerana semester ini majoriti pelajar-pelajar saya  adalah dari Sabah dan Sarawak memberikan pengalaman sosialisasi yang berbeza sebelum ini. 

Ketika memberikan satu aktiviti menyelesaikan satu tugasan 'creative problem solving', pelajar2 saya dari satu kelas ini cuba mencari penyelesaian masalah yang diberi dalam kumpulan sambil menyanyi beramai-ramai. Kelas menjadi agak ceria apabila lagu yang dinyanyikan ialah lagu Suhaimi Meor Hasan bersama penyanyi baru, "kalau Berpacaran".

Saya membiarkan sahaja kerana aktiviti tetap berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu P&P. Terdetik kalbu saya untuk bertanya tentang lagu yang dinyanyikan kerana sebelumnya saya sudah terdengar lagu ini, tetapi menyangkakan ia sebuah lagu lama. Maklumlah, lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor "Epilog Cinta dari Bromley''  yang bersuara 'macho', suatu ketika era 80an, jadi saya tidak menyangka pula beliau telah merakamkan lagu semula. Lagipun.....telah lebih dua dekad mempersetankan dunia artis ini !!!

Eh ! Eh ! Lagu ini memang sedap bunyinya.....macam bagus senikatanya. Menyuruh kita beretika ketika berpacaran !! Menasihati anak-anak muda yang berpacaran supaya menjaga adap sopan dan tata susila berpacaran !!! Wah!.....macam  bagosss . Macam skema !! Tapi...betulkah ? Saya dengar baik-baik senikata lagu itu sekali lagi. Bagi saya secara peribadi tetap mengatakan 'moral values' yang ingin diterapkan dalam lagu ini tetap salah dan bercanggah dengan prinsip2 Islam. Kenapa saya katakan begitu ? Ok lah cuba baca senikatanya baik2 ....

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga tata susila, ibubapa adik abang
Apabila berdua, carilah tempat yang terang
agar tidak mencoba aksi terlarang

boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang, bertambah sayang
biar malu-malu, biar segan-segan
kerana malu itu, perisai orang beriman

kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan, jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
kalau dah terlambat, nanti kekasihmu disambar buaya

......(seterusnya dengan kata2 dari watak syaitan yang menghasut)


Kesalahan pertama : Frasa 'kalau berpacaran'. Seolah-olah mengizinkan anak2 muda (atau orang2 tua  juga) untuk berpacaran. Konon-kononnya berpacaran itu dibenarkan dengan memenuhi beberapa syarat. Sedangkan dalam Islam dengan jelas telah melarangnya kerana ia termasuk kepada perkara-perkara menghampiri zina.

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Syaitan tetap bersama dan bermati-matian menghasut apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan walaupun hanya pandang-pandang, duduk renggang-renggang dan tidak bersentuhan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. 

Kesalahan kedua : Frasa 'boleh pandang-pandang'. Eh ! Ye ke boleh pandang-pandang ni ? Ya memang boleh pandang-pandang dalam soal-soal yang tidak menuntut tarikan syahwat seperti menuntut ilmu, perubatan, perbicaraan dan perkara-perkara yang dibenarkan syariat. Apalah guna sepasang mata diciptakan kalau bukan untuk memandang ? Tapi pandangan mata antara pasangan bukan muhrim adalah termasuk kepada perlakuan yang mendekatkan diri kepada zina.

Pandangan mata ibarat panah beracun sebagaimana sabda Rasulullah saw :

"Sesungguhnya pandangan mata itu adalah anak panah beracun dari panahan iblis". (HR At-Thabrani)

Jika seseorang terkena panah beracun, meskipun anak panah telah dicabut, namun racun tetap akan menjalar di dalam tubuh kita.

Demikianlah pandangan mata, meskipun mata tidak lagi memandang, namun akibat yang ditimbulkan oleh pandangan ini tidak segera hilang. Pandangan itu telah meracuni hati sehingga wajah yang dipandang tetap terbayang difikirannya.

Untuk menghindarkan dari kesan ini Allah swt berfirman :

"Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (QS An-Nur : 30)




Kesimpulannya, lagu "Bila Berpacaran" perlu difahami senikatanya dengan betul kerana ada bait-bait ayat yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Mungkin lagu ini sekadar nak menasihati anak-anak muda yang berpacaran supaya meminimakan dosa-dosa ketika berpacaran. Dosa tetaplah dosa. Berpacaran tetap dilarang Islam. Berpacaran dengan gaya sopan tetap mengundang dosa lebih2 lagi zina mata yang boleh menjurus kepada zina sebenarnya. Lagu ini yang mempromosikan 'boleh pandang-pandang' adalah salah dan melanggar tuntutan syariat. 


Mungkin ada yang berkata ....ah ! lagu ini sekadar hiburan semata-mata. Begitulah masyarakat kita terlalu dilalaikan dengan hiburan tanpa memikirkan impaknya ( Adakah anda tahu negara kita berada tempat ke-10 negara yang suka berhibur ? Tidakkah ini memalukan kompeni aje ?). Saya benar- benar bimbang ada pendengar-pendengar lagu yang terpengaruh dengan lagu ini dengan mengambil kira 'boleh padang-pandang  sahaja' dan memenuhi beberapa syarat seperti tidak bersentuhan, duduk renggang-renggang dan malu-malu bila berdating. Pendek kata, berdating cara orang berimanlah ! Maka akan bertambahlah pasangan yang berpacaran ni kerana sudah ada tips berpacaran cara halal ...tidakkah begitu ?

Ya Allah lindungilah anak cucu keturunanku  daripada bahaya 'pacaran' . SAY NO TO PACARAN.


4 comments:

  1. Wala taqrobuz zinah !

    Zama sekarang memang tak dapat nak bataskan pandangan yang membawa kepada jahatnya mata, sbb itu jangan pandang tiga kali berturut-turut kerana disana ada syaitan bersebelahannya dan jangan juga pandang sekali terlalu lama kerana nak mengelakkan 3 kali pandang

    ReplyDelete
  2. Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali :
    “Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan”.

    ReplyDelete
  3. ish2 cikgu ni...nama pun kalau..sekurang2nya ada nasihat utk meminimumkan dosa bg yg tak mampu mengelakkannya,tu dah kira bagus..



    hehe..barulah best komen kalau ada unsur tegur menegur...

    ReplyDelete
  4. Salam m.hati."kalau' ke 'tak kalau ke' tetaplah dilarang agama. Jgn main2 dgn hukum. Lagu ini adalah antara lagu terbaik pengisiannya dikalangan lagu2 artis yg banyak sia-sia tapi maseh ada silapnya.Nak nyanyi silakan.... tapi perlu faham tuntutan sebenar Islam sayang....

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.