Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, November 30, 2011

"Keadilan" Medium Untuk Parti Islam Bergerak



Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah. 

Berita terkini yang diterima oleh ummat Islam sedunia ialah Abdel ilah Benkirane muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang dipilih oleh rakyat Maghribi. Beliau dari Parti Keadilan dan Pembangunan memenangi 107 daripada 395 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya Jumaat lepas. Benkirane, yang merupakan Setiausaha Agung parti itu, menerima watikah pelantikan jawatan Perdana Menteri daripada Raja Maghribi Raja Muhammad VI semalam, menurut Agensi Berita Bahrain (BNA).

Manakala di Mesir pula  Parti Kebebasan dan Keadilan -Hizbul Hurriyah wal Adalah- parti yang didirikan oleh Jama’ah Ikhwanul Muslimin mendominasi perolehan suara sebanyak 40 % memintas undian terhadap parti-parti politik yang lain.
Hasil sementara ini membuktikan bahwa parti yang didirikan oleh rejim sebelumnya, Parti Wafd tumbang, tidak mendapat sokongan, begitu juga parti-parti yang baru pasca revolusi yang diisi oleh wajah-wajah lama rejim Mubarak tidak mendapat  sokongan rakyat. Ini menjadi bukti bahwa rakyat Mesir sangat bijak dalam menggunakan hak mereka sebagai pemilih. Parti keadilan diyakini dapat membela hak rakyat Mesir walaupun parti itu disegi perlembagaan Mesir bukan parti berasaskan agama atau bangsa. Tahniah IM!


Dan rata-rata kita maklum bahawa Parti Keadilan dan Kesejahteraan Turki (AKP) yang diterajui oleh Recep Tayyeb Erdogan, berjaya dan terus maju memecahkan tembok sekular Turki sedikit demi sedikit walaupun secara tersirat. Ana amat percaya perjuangan AKP Turki masih lagi jauh dan pasti menemui mehnah yang panjang kerana sekularisme yang telah berakar umbi di Turki hampir seabad lamanya.
Parti Keadilan Rakyat di negara kita pula  nampaknya telah mendapat tempat di hati pelbagai kaum di Malaysia di beberapa negeri dan berjaya pula menerajui sebuah negeri . Kita benar-benar berharap PKR dapat memberi keadilan kepada rakyat seperti mana yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka. Selamat berjaya dalam PRU 13 nanti.
Sudah pasti pelbagai jenama "Keadilan" yang lebih mesra-rakyat ini berbeza disegi dasar-dasar dan piagam2 kerana parti-parti ini dipengaruhi oleh perlembagaan2, bi'ah  dan masyarakat yang menjadi target group. Yang penting, kita perlu sedar bahawa keadilan itu adalah seruan dari Allah dalam Al Quran.
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al Maa-idah:8]


"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan Keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belitkan, atau engggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." 

(Q.S.Annisak:135)


Kita tunggu pula parti-parti keadilan yang lain pula muncul dari negara-negara Islam seterusnya. Bagi ana...jenama "ISLAM" tetap menjadi pilihan utama. 




Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Semua.Tahiah.

Malaysian players celebrate upon winning their SEA Games soccer final match against Indonesia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 5-4 through penalty shootout.

Mujur sempat jugak nengok detik2 akhir gol kemenangan negara kita yang penuh dramatik dan mengencangkan degup jantung di Temasya Sukan SEA Palembang Jakarta. Masa tu baru masuk ke bilik hotel setelah sehari suntuk berbengkel sejak kelmarin di hotel Seri Mesia Genting. Tahniah rakyat Mesia !! Fuh !! Dapat RM 30 000 sorang !! Menang olimpik pun belum pasti dapat hadiah sebanyak tu..!! Rezeki dia orang la tu...

Saturday, November 5, 2011

Salam Idul Adha 1432 H


Salam Idul Adha buat semua saudara-saudara seIslamku di setiap belahan bumi Allah ini. Berkorbanlah apa sahaja , harta ataupun nyawa semata-mata untuk bertaqarrub kepadaNya.
Semoga hidup sentiasa di bawah petunjuk dan hidayahNya.

 “Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.