Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, May 8, 2014

Harumnya Raudhah



Harumnya Raudhah...

Aku dan suami telahpun berada di dalam Masjid Nabawi seawal 4.00 pagi agar sempat bertahajjud dan berwitir sebelum berjamaah subuh disana. Hotel penginapan bersebelahan Masjid Nabawi jadi banyak masa dijimatkan untuk ke masjid. Selagi ada kesempatan...selagi itu solat sunat tak putus-putus. Ini rezeki kami yang diidam-idamkan sekian lama lebih-lebih lagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi barakah ini. Sayunya hati ini apabila berada hampir dengan jasad mulia itu dalam masjidnya. Bagi suamiku, ini kunjungannya yang ke dua.
Madinatunnabi ini indah, tersusun dan bersih. Walaupun sentiasa dikunjungi dengan jutaan jemaah umrah/haji/ziarah tanpa putusnya saban tahun...ketenangan tetap dirasakan dimana-mana. Subhanallah.

Waktu bagi kaum wanita mengunjungi raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi begitu terhad berbanding jemaah lelaki yang terbuka hampir setiap masa. Seusai berjamaah subuh, aku sabar seketika menunggu pengumuman pengawal masjid wanita tentang bukanya pintu untuk kaum wanita ke raudhah. Ya Allah...terima kasih ya Allah mengizinkan hamba hina ini menjejakkan kaki ke taman syurga Mu, ke Masjid mulia NabiMu. Rasulullah...aku datang ya Rasulullah. Salawat dan salam ke atas mu, keluarga serta sahabatmu. Tak putus-putus aku bersalawat untuk kekasih Allah itu. Airmata mengiringi ucapan-ucapan salawat aku.
(Raudhah ialah Taman Syurga yang terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah . Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri)




"Arabi !!! Arabii!" Makguard masjid Nabawi terjerit-jerit mengumumkan supaya jemaah wanita keturunan Arab berkumpul dipintu yang akan di buka sebentar lagi. Siap ada sepanduk lagi...setiap sepanduk tertulis.. Arab, Urdu, Melayu dan Turkiye dan beberapa bangsa lagi untuk memaklumkan setiap jemaah perlu berkumpul ikut bangsa masing-masing disekitar sepanduk yang dipegang polis wanita masjid Nabawi. " Huh!!! rasis ! rasis ! orang arab rasis !! Buat peraturan....orang arab masuk dulu...bangsa2 lain kemudian!" sempat jugak aku merungut-rungut. Tersedar. Beristighfar banyak-banyak. Masih aku tidak berpuashati. Sepanduk yang tertulis "Melayu" rupa-rupanya di pintu yang akan dibuka akhir sekali. "Tak adilnya...." aku rasa tersentuh sekali. "Tak aci betul arab ni.." Nampaknya aku tidak dapat mengawal ketidakpuasan hatiku itu walaupun sudah beristighfar banyak kali. Ku lihat wajah-wajah yang berada disekitar sepanduk yang berlabel "Melayu". Ya..jemaah2 wanita dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Filipina mungkin. Wajah-wajah penuh sabar dan penuh baik sangka.
Ku toleh pula kepada jemaah-jemaah wanita yang berkumpul disekitar sepanduk "Arab". Fuh !! rata-rata bersaiz L, XL dan XXL..hihihi. Riuh rendah bertolak-tolak..tiada ehsan...mak oiii..gerunn aku yang bersaiz XS ni. "Tak aci ! Tak aci ! orang arab rasis. Beri keutamaan kepada bangsa sendiri." masih lagi aku merungut-rungut. 
Pintu pun dibuka !! Menderu-deru mak-mak arab berlari-lari menuju raudhah. Macam acara marathon ! Berlumba-lumba . Jarak antara pintu bahagian solat wanita dengan raudhah lebih kurang 25-30m..agaknya lah. Kawasan raudah yang dibuka untuk wanita hanya lebih kurang luas sebuah bilik darjah. Bayangkan nak dikunjungi oleh beribu-ribu jemaah wanita dalam satu masa. Tu yang terpaksa berebut-rebut tu. Tah macamana...aku menyelit ke dalam kumpulan wanita-wanita arab tersebut dan turut berlumba-lumba bersama mereka. Sambil bertakbir aku memecut sekuat hati. Polis Masjid lelaki Arab yang mengawas sepanjang laluan wanita ambil kesempatan bersorak-sorak memberi sorakan semangat supaya kayuh laju-laju. Cisss !! apa...diaorang ingat ini sukaneka Hari Keluarga ka?  Raudhah punya pasal. Hahaha...oleh kerana saizku yang kecil..badanku ringan...langkahku tangkas...aku adalah antara pelumba yang terawal sampai ke Raudhah. Mak-mak arab yang debab-debab tu..tercungap-cungap untuk sampai ke raudah dengan kelajuan yang terbatas. Aku sampai dahulu di ruang paling selesa dan lapang. Sempat menghabiskan 2 rakaat pun masih belum terasa tolakan-tolakan mak-mak arab tersebut. Alhmdulillah..alhamdulillah..air mata berjurai-jurai ibarat hujan lebat monsoon. Non stop. Allah...x tahu nak digambarkan perasaan ketika itu. Sayu terharu gembira...alangkah indahnya andai nyawaku juga tercabut di raudah ketika itu!!! Allah....
Ya Allah....ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah daku, peliharalah aku dari kejahatan-kejahatan diriku, matikan aku dalam husnul khotimah...doa kupanjatkan buat semua yang kukasihi...suamiku, orangtua kami, anak-anak, saudara mara, sahabat-sahabat. Salawat tak putus-putus. Supaya dapat memberi peluang kepada jemaah wanita lain, aku hanya selesaikan 4 rakaat dgn 2 salam sahaja. Sengaja tidak mahu lama-lama. Beri peluang untuk semua.Tanpa ada masalah..tenang selesa tidak sesiapapun yang menolak aku. Terima kasih ya Allah. Kasih rahmatMu buat aku dan jemaah-jemaah lain. Ketika meninggalkan raudah sempat aku melihat mak-mak arab bertolak-tolak berebut-rebut diruang raudah yang sempit itu sehingga ada yang tercabut tudung !! Inna lillahi wainna ilaihi rooji'un. Kasihan mereka.
Begitulah strategi aku seterusnya untuk mengunjungi raudah. Aku tidak akan masuk ke kumpulan "Melayu" yang terakhir yang akan dilepaskan ke raudah, tetapi aku join team "Arab" buat kali ke 2 dan ke 3 kerana yakin aku akan membolot tempat terawal ke raudhah apabila bersaing dengan mak-mak arab. Semasa kunjungan yang ke tiga...aku mula merasakan seperti aku bersikap tidak adil terhadap jemaah wanita arab. Ah..ini giliran mereka, aku pula yang ambil..giliran aku akhir bersama jemaah-jemaah "Melayu". Macam potong Q pulak. 
Dalam kunjungan ke 3 pada hari ke 3 berada di Madinah, seperti biasa aku berlari-lari menuju raudah. Kali ini aku memperlahankan langkah supaya mak-mak arab dapat memotong aku. "Kan ke aku dah 2 kali mendapat solat sunat dengan selesa sebelum ini. Berilah peluang kepada mereka pula...aku dah rasa...syukur.." hatiku berdetik. Sedang berramai-ramai berlumba-lumba ke raudah seorang mak arab terlanggar divider masjid lalu tersungkur disebelah aku. Tidak ada sesiapa yang sudi menolong. Aku kasihan..berpatah laluan lalu menolong mengangkatnya kerana jemaah arab lain sudah tidak nampak apa-apa kecuali raudhah sahaja. Aku mengosok-gosokkan kakinya yang kesakitan. "syukran ! syukran !" dia menepuk-nepuk aku dengan senyuman tanda penghargaan nya atas bantuan aku. Selepas  beberapa minit, dengan kaki terhenjut-henjut dia menyambung lariannya ke raudah. Oleh kerana dari awal tadi aku mula berniat memberi peluang kepada orang lain..maka aku tidak kisah tidak sampai awal di raudah. Biarlah orang lain pula sampai awal. Selesai insiden itu...aku pun menyambung larian menuju raudah. Perlumbaan belum tamat beb !! Aku lari perlahan sahaja dan kali ini aku tidak memecut. So amazing !! Di luar jangkaan ku !! Aku tetap sampai terawal!!! Subhanallah !! Ketika aku sampai di raudah..ruang kosong masih banyak !! Masih belum ramai jemaah wanita arab yang sampai. Aku solat penuh selesa..berdoa penuh harap...berjurai-jurai airmataku seperti airpaip percuma. Allah....terima kasih ya Allah kasih dan ranmatMu yang menyampaikan kami di taman syurga ini. Makbulkannlah segala doa-doa kami. Salawat tidak putus-putus...aku menangis terharu meninggalkan raudah keluar dari masjid Nabawi.
Kali keempat mengunjungi raudah...barulah aku join team "Melayu". Padanpun mak-mak Arab terpaksa dilepaskan terlebih dahulu kerana sikap mereka yang terburu-buru, kecoh, sukar dikawal dan tidak sabar. Sambil menunggu giliran ke raudah, jemaah wanita melayu duduk penuh sabar sambil mendengar tazkirah dari makguard masjid. Subhanallah. Jemaah melayu tidak begitu bertolak-tolak di raudhah, lebih sopan dan lebih bertolak ansur..kami solat penuh selesa. Terima kasih ya Allah rahmat dan kasihMu mengizinkan kami bertemu kekasihmu di raudhah ini. Izinkan aku sampai lagi di musim haji pula ya Allah,..izinkan aku bertamu lagi. Izinkan ya Allah. Cinta kasih rinduku tertumpah disini..aku rindu harumnya  raudhah .subhanallah walhamdulillah wa laa ila haillallah wAllahuakbar.
catatan umrah ziarah 2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.