Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, July 30, 2010

Meninjau Pendidikan Saudara Kita

Pepatah ada mengatakan bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi hujan batu itu adalah lebih baik bagi diri kita yang hidup di negeri sendiri. Tidak pasti setakat mana kebenarannya. Mungkin imej-imej dibawah ini boleh memberi sedikit tanggapan dan penilaian tentang kesahihan ungkapan yang telah disebutkan tadi.

Pelajar-pelajar Palestine yang berani mati. Pelajar-pelajar Msia juga berani mati...dengan merempit dan dadah.

Solat Jemaah Dhuha di sekolah Dasar di indonesia. Tidak terdapat di sekolah kebangsaan kita.

Beratus-ratus madrasah dan Pusat Tahfiz di Pakistan. kerajaan di sana memberi elaun kepada semua Huffaz. Huffaz di Msia tidak mendapat pengiktirafan kerajaan.


Pengasingan sekolah mengikut jantina di Iran. Sekolah co-education pilihan utama kita.

Sekolah untuk pelajar lelaki di Iran.

Suasana kelas kita yang bercampur.


Wednesday, July 28, 2010

Ummah Yang Kian Parah

(Gambar 1 -Mangsa ragut
Gambar 2- Anak zina yang menjadi mangsa)

Hanya doa yang kupanjatkan dengan penuh harap tinggi melangit. Ya Allah, lindungilah anak cucu serta keturunan ku dari kefasiqan serta kemungkaran zina. Ya Allah, ku mohon perlindungan Mu Yang Maha Pelindung dari segala kejahatan dari tiap-tiap yang jahat terhadap anak cucu keturunanku. Jauhilah mereka dari zina. Meremang bulu roma ku, beristighfar aku semahu-mahunya bila memikirkan zina yang berleluasa di kalangan bangsaku yang Melayu serta Islam. Akhir2 ini, dada-dada akhbar, media2 terus membincangkan isu pembuangan anak2 zina di merata-rata ceruk tanahair. Betapa aibnya bangsaku ini. Luntur iman serta pegangan agama, entah apa yang menjadi pautan dan pedoman bangsa Melayuku hari ini.


18 tahun baktiku curah dalam gelanggang pendidikan, menjadi seorang pendidik di sekolah serta Institusi Perguruan, setahuku dasar pendidikan kita nampak begitu ideal dan harmonis sekali. Untuk melahirkan generasi yang seimbang di segi rohani, emosi serta intelektual...tapi produknya hari ini ? Apa silapnya penerapan nilai-nilai murni yang diperkenalkan pada tahun 1988? Apa tidak cukup murni lagi dasar-dasar pendidikan yang kita ada ?

Yang merempit, yang mencampakkan anak-anak zina kedalam lubang tandas dan tong sampah,
yang menanam hidup-hidup bayi-bayi ini, yang bersekedudukan, yang menagih dadah, yang meragut, memakan rasuah dan entah apa lagi kebejatan yang bangsaku telah lakukan, tak tergamak aku lontarkan segala kefasiqan disini, semuanya telah mendapat pendidikan disekolah-sekolah kita. Maknanya pendidikan di negara kita ini sememangnya telah gagal, tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Memang berat nak dituturkan tapi hakikatnya...Ya..telah GAGAL!

Bersabda junjungan kita Nabi Muhammad saw " Tidak akan sesat ummatku selagi berpegang kepada AlQuran dan sunnahku". Ini sebenarnya ialah satu jaminan yang pembuat dasar-dasar pendidikan kita hanya pandang sebelah mata. Andaikata pendidikan kita bertunjangkan kepada dua dasar Islam ini yakni Al-Quran dan sunnah, maka takkan hanyut, takkan rosak binasa bangsa kita. Mana mungkin adDeen itu hanya diterap-terap sahaja sedangkan tuntutan sebagai ummat Islam ialah membawa Islam keseluruhannya dalam aspek kehidupan. Kalau benar ingin seimbangkan individu yang ingin dilahirkan, tetapi kenapa program-program kerohanian sekolah hanya ibarat malukut ditepi gantang, dibuat sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja ? Tidak seimbang dengan program-program bukan kerohanian yang memonopoli aktiviti-aktiviti sekolah. Mungkin inilah agaknya antara punca (banyak lagi punca-puncanya) kegagalan pendidikan kita yang menyebabkan ummah semakin parah. Allahuaklam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.