Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, November 19, 2014

Catatan Dhuyufurrahman 2014/1435H : Persiapan Haji

Assalamualaikum saudara2 maya. 

Dah lama ana tidak menulis. Orang yang tidak berbakat seperti ana, agak susah untuk menyusun kata-kata dalam bentuk penulisan. Ana ingin kongsikan pengalaman ana dalam menyiapkan diri sebagai Tetamu Allah bagi tahun 1435H yang lalu. Jadi ana cuba juga menulis walaupun susunan ayat ana agak lintang pukang. Dah sebulan ana berada di bumi Malaysia setelah selesai menjalani ibadah haji yang lalu. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui betapa nikmatnya berada di bumi Haramain. Rindu....rindu..rindu. Itu sahaja bahasa yang dapat ana ungkapkan. Deraian airmata apabila teringatkan Haramain. Andai dapat ana menjadi penghuni Makkah selama2nya....Allah.

Tip-tip persiapan haji yang ana catat di sini mungkin sedikit berguna untuk sahabat2 yang bakal menjadi Tetamu Allah dimasa akan datang. Ana setuju, setiap bakal jemaah haji mempunyai cara berbeza dalam menyusun persiapan ini. 10 bakal jemaah haji, 10 juga cara persiapan yang berbeza. Yang ana kongsikan di sini mungkin 1/10 atau 3/10 boleh dijadikan panduan kepada yang lain, mungkin boleh mencetuskan persediaan yang lebih baik lagi, atau  mungkin tidak ada satu pun yang boleh dimanfaatkan. Itu ana tidak pasti. Yang pasti ana telah berkongsi sesuatu...mungkin sebuah cerita tentang seorang bakal Dhuyufurrahman yang begitu teruja dengan persiapan2nya, sekadar memenuhi sedikit ruang maya yang lebar tanpa sempadan ini. Allahuaklam.

 Gambar2 yang dipaparkan diharap dapat "paint a thousand words of anecdotes".

Persediaan 1 : Fizikal

Banyak berjalan kaki
Alhamdulillah. Ana tidak mempunyai penyakit kronik, nikmat Allah yang sering ana abaikan. Bersaiz kecil, 48kg. Akibatnya ana sering dianggap muda dari usia sebenar. Ibu yang bekerja dengan 8 cahayamata, 4 lelaki dan 4 perempuan. Yang sulung berusia 22 tahun dan yang bongsu berusia 9 tahun. Hanya masalah tulang tumit kaki yang sakit terutama apabila bangun dari tidur. Hidapinya hampir 2 tahun. Menurut doktor, it is a common ilnesses among educators/teachers yang selalu bekerja sambil berdiri. Jadi ana sering berjalan kaki dari blok ke blok, turun naik tangga, di sekitar tempat bertugas walaupun kebiasaannya orang lain akan berkenderaan dan naik lif. Persediaan atau latihan untuk berjalan jauh ke Masya'ir dari hotel penginapan. Ini sebenarnya tip yang rakan-rakan yang telahpun menjadi Tetamu Allah yang diperturunkan kepada ana. Bertahun juga ana workout cara begini. Brisk walk is my major exercise, sesuai dengan usia dan saiz ana.

Vitamin C
Wabak MERSCO-V yang menular di negara padang pasir yang dikatakan berasal dari selsema unta. Ketika sebok2 membuat persiapan ini, lebih kurang 290+orang  telah menjadi mangsa kepada penyakit ini di  Arab Saudi. Kerajaan AS amat kuatir tentang keselamatan dan kesihatan bakal2 jemaah haji tahun ini dan langkah2 pencengahan diambil dengan tegas sekali. Ana juga mengambil initiatif sendiri dengan mengambil suplimen Vitamin C secara konsisten 2 bulan sebelum berlepas. Satu usaha untuk mencegah. Harapan supaya sihat disana agar sempurna segala kerja2 haji. Ternyata langkah ini memberi kesan kerana sepanjang menunaikan ibadah haji, ana sihat,cergas, tidak demam. Hanya selepas selesai sahaja kerja2 haji, ana dapat batuk2. Alhamdulillah.

Persediaan 2 : Ilmu

Kursus Haji 17 siri
Ana dan suami hadiri kursus2 ini walaupun tidak memenuhi kesemua 17 siri. Kami yang bekerja 5 hari seminggu, 9 jam/sehari memang agak liat untuk memenuhi kursus percuma yang disediakan TH 100% (terima kasih TH. Allah sahaja yang membalas jasa2 kakitangan TH dan pengurusannya). Kadang2 urusan keluarga dihujung minggu lebih kami utamakan. Hakikatnya semua itu adalah ilmu2 yang amat bernilai agar para jemaah yang menjalankan manasik haji melaksanakannya dengan ilmu yang cukup dan mantap, bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Walaupun pada permulaan kursus, segala2nya nampak kabur sahaja, tapi tetap berusaha memahamkannya dengan membuat bacaan2 daripada buku2 panduan Haji yang diberi secara percuma.

Kitab-Kitab Haji
Tak cukup kitab-kitab yang diberi percuma, siap beli lagi..... Ketika itu ana jadi kemaruk Kitab2 Haji. Hehe....Tak pe. Andai ada sesiapa yang ingin menunaikan haji nanti, kita bolehlah hadiahkan kitab2 itu kepada mereka agar pahala berpanjangan.

Nota Tentang Haji
Nota tentang haji ana sediakan agak last minute kerana kekangan kerja. Ini adalah cara penambahan ilmu secara intensif. Nota2 dicatat diwaktu2 yang agak lapang dalam tempoh working hour seperti lunchour dan ketika tiada kelas. Lebih kurang 2 minggu sebelum bertolak nota2 ini ditulis yang diambil dari kitab2 yang dikumpulkan di atas.. Rukun, wajib, syarat sah, sunat dan lain2 tentang haji yang sebahagiannya ditulis dalam bentuk mindmapping. Itu yang paling paling membantu ana memahamkan segala ilmu tentang haji. Ana mencatat dalam buku bersaiz kecil agar mudah dibawa kesana kemari semasa membuat kerja2 haji. Menjadi rujukan dari semasa ke semasa.



Persediaan 3 : Wasiat

Bil2 dan Hutang2
Alhamdulillah. Ada rakan-rakan yang tolong memperingatkan tentang perkara ini. Ana sediakan wasiat yang ana taip cantik-cantik , dimasukkan dalam fail, diletakkan dalam almari di ruang tamu. Senarai2 bil yang perlu dibayar, hutang2 kenderaan yang perlu dijelaskan pada tarikh2 tertentu, password2 pelbagai akaun (fb, email, insta, dll aplikasi..) pelbagai pinjaman2 yang ada (rumah, kereta, peribadi....) andai terjadi apa2 kepada ana dan suami (ini ana tak begitu bimbang kerana pinjaman yang ada dipotong melalui gaji bulanan dan berinsuran). Wasiat ini ana pesankan kepada anak2 yang dewasa untuk diambil perhatian. Alhamdulillah, hutang2 persendirian dan peribadi kami lunaskan sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Kami juga menjelaskan segala bil-bil, ansuran2  dan yuran-yuran pengajian anak, tambang kenderaan bulan semasa sebelum berangkat. Ada yang dibayar advance sebulan dua kehadapan. Ana amat yakin semua bakal jemaah amat mengambil berat tentang hutang ini kerana ianya termasuk antara syarat2 wajib haji....berkemampuan.

Persediaan 4 : Senarai Tugas Anak-anak

Apa perlu Buat
Ana akan meninggalkan 8 orang anak, 7 berada di rumah dan seorang di UNIMAS. 3 orang yang atas sedang belajar di IPG, UM dan UNIMAS. yang lain2 masih bersekolah. Anak kedua, Abengah yang sepatutnya tinggal di asrama mengambil inisiatif berulang alik dari rumah ke universiti semata-mata untuk membantu abanglongnya menguruskan adik2 ketika ketiadaan kami. Alhamdulillah anak2 kami yang dewasa ini sangat sangat bertanggungjawab mengurus dan menjaga keselamatan adik2.

Tiada sesiapa yang dapat membantu meguruskan keperluan mereka semasa kami mengerjakan haji kerana kesemua adik beradik ana dan suami mempunyai komitmen terhadap keluarga masing2 . Ibu ana sudah tua dan tidak upaya melakukan tugas2 berat. Ibu kepada suami telah 2 tahun tiada, hanya ada bapa yang berusia 80an. So, anak2 analah yang akan menguruskan diri mereka sendiri. Lagipun anak2 ana sudah menjadi anak2 teruna/dara yang gagah perkasa dan boleh diharapkan...hehe. Yang bongsupun berusia 9 tahun....so..no sweat lah. Satu ujian buat mereka yang selama ini segala urusan rumahtangga banyak dilakukan oleh ana sendiri tanpa bantuan anak2. Anak2 tak dinafikan ada membantu tetapi lebih banyak tumpukan kepada hal2 sekolah/pengajian. Ana pulak...bukan ibu yang suka berleter....lebih suka buat sendiri daripada penat mengerah anak2 (tak bagus sebenarnya.....). Inilah masa untuk melatih mereka. A good training ground kepada mereka untuk menjadi anak2 berdikari dan melaksanakan semua house chores kerana selama ini mereka berada dalam zon selesa dan manja.

Jadi ana cari juga masa menyediakan senarai tugas anak2. Ana taip, laminate dan tampal di dinding dapur. A kitchen turns out to be a gallery !! 7 senarai tugas kerana ada 7 anak berada dirumah ketika itu. Beberapa hari sebelum berangkat, senarai2 tugas ana tampalkan. Bila doa selamat diadakan, 3 hari sebelum berangkat, tetamu2 yang datang tersenyum melihat "galeri" kami. Itulah cara ana mengingatkan tugas2 yang wajib mereka laksanakan setiap hari semasa ketiadaan kami. Mereka akan tahu secara jelas dan ini juga untuk mengelakkan feud dalam kalangan mereka. Cukup ana takut anak2 ini bergaduh sesama sendiri kerana bertolak2 membuat kerja. Maklumlah...big family.



Reminders
Reminders juga ana taip, laminate dan tampal merata2 dalam rumah. Biarlah gambar2 di bawah berbicara....




Persediaan 4 : Makanan Anak-anak

Frozen Food
Rabbi Yassir wala tuassir. Rabbi tammim bilkhair. Ini zikir ana yang tidak putus2 sepanjang persediaan menunaikan Haji. Subhanallah, dalam kesuntukan masa, kerja yang tiada cuti panjang ( mohon 2 hari cuti sebelum bertolak), ana dapat menyediakan 4 jenis frozen food yang ana buat sendiri sehari sebelum berlepas...dijangkakan cukup untuk makan lebih sebulan bagi 7 orang anak.
Memandangkan mereka ramai, sudah tentu belanja membeli lauk pauk di restaurant/kedai setiap hari akan memakan belanja yang besar. So...untuk menjimatkan bajet...ana buat sendiri frozen food. Anak2 hanya akan masak nasi. Untuk lauk pauk ana sediakan frozen perencah ayam masak merah, perencah kari, sambal tumis dan tomyam. Masakan2 tersebut ana pekkan dalam bekas2 plastik yang kecil2. Untuk tomyam, bahan2nya ana bungkus2kan aje dlam plastik kuih : serai, daun limau, cili api, bawang merah, bawang putih,halia, asam, kiub tomyan, garam, gula secukupnya. Campakkannya aje dalam periuk, masuk air, ayam/sayur2an. Didihkan dn siap dimakan.
Alhamdulillah. frige kami sebesar almari...so freezer agak besar untuk memuatkan makanan2 frozen tersebut.

Jadi, tidaklah banyak kerja anak dara ana yang berusia 16 tahun untuk sediakan makanan adik-beradiknya. Jimat masa. Tak ganggu masa urusan sekolah mereka. Segala instructions menggunakan makanan frozen tersebut ana magnetkan di pintu peti ais kami. Selama ini memang anak dara ana ini tidak pernah memasak...kerana salah ibunya yang tak percaya anak daranya boleh ke dapur....huhu.

Resepi Ringkas
Zaman ini semuanya dihujung jari..tapi untuk menjimatkan masa  search resepi2 dari lebai gugel...ana magnetkan juga resepi2 ringkas di petiais : sup ayam, masak kicap, lemak kuning, sambal telur, masak sardin...Memang ana jangkakan anak2 juga akan membeli makanan yang siap dimasak, tetapi dengan adanya frozen food tersebut dan mencuba masak yang ringkas2 belanja dapat dikurangkan.



Persediaan 5 : Kerohanian

1. Perbanyakkan solat taubat. Sentiasa memperbaiki niat.
2. Menghafal doa2 penting yang ringkas spt doa solat jenazah. Bagi doa2 yang panjang seperti doa2 ketika masuk Makkah, doa2 tawaf, doa2 saie, ana sediakan buku2 doa yang mudah dibawa. Yang diberi percuma oleh TH juga sangat membantu.
3. Mencatat objektif yang ingin dicapai sepanjang menjalankan haji : Ana taip dan balut kemas dengan plastik, bersaiz kecil dan dijadikan bookmark kitab2 yang akan dibaca disana nanti.


My bookmark

4. Mantapkan amalan sunat : solat dhuha, tahajuud, witir, tilawah dan zikir-zikir.
5. Mohon banyak2 doa dari orang2tua, orang2 soleh, sahabat2 solehah, anak2 didik, saudara mara.
6. banyak2 mohon keampunan dari orang2 sekeliling kita.

Persediaan 6 : Mengumpulkan Doa2 Keluarga Dan Rakan-rakan

Lembaran Doa2 Bersaiz suku A4. Laminate
3 minggu sebelum bertolak, ana mula text/mesej kpd saudara mara, sahabat2, rakan2 setugas dan pelajar2 sekiranya mereka ingin mengirimkan doa2 untuk didoakan disana. Tujuannya agar ana sempat kumpul, taip dan laminate. Apabila menerima doa2 tersebut, ana terus taip. 3 hari sebelum berlepas barulah ana print kesemuanya, dipotong dalam saiz suku A4, dilaminate dan dicantum supaya senang dilipat2 seperti lembaran kecil. Idea menlaminate lembaran doa ini bukanlah dari idea ana sendiri tetapi tip kreatif seorang sahabat yang kaya ilmu. MasyaAllah. Semoga Allah memberkati sahabat ana itu. Sangat menyenangkan, kreatif dan tersusun. Lihat gambar di bawah.
Doa2 yang ana masukkan adalah  doa2 ana sendiri, untuk suami, untuk ke lapan2 orang anak, ibubapa, ibubapa mertua, adik beradik, saudara mara, rakan2 dan pelajar2. Bagi doa2 yang sampai di saat akhir, ana terpaksa catat dalam buku nota kecil.

Lembaran doa2: 20 mukasurat boleh lipat

Persediaan 7 : Kelengkapan
Yang ini terpulang kepada individu. Ada yang membawa secara minimum kerana berniat membeli keperluan2 lain semasa di Tanah Suci. Sesetengah jemaah suka membawa bagasi yang ringan dan kosong semasa pergi. Di Tanah Suci, segala2nya ada. Kedai2 dan penjual2 merata2 di Makkah, Madinah, Mina, di masjid2 yang sentiasa dilawati...sediakan fulus aje. Habis cerita. Ada yang membeli segala2nya di malaysia kerana berniat ingin fokus ke masjid, ibadah dan sebagainya. Bagi ana, ana selesa menyediakan kelengkapan dari rumah kerana ana bukan jenis yang gemar ke kedai/shopping. Berus, hanger, tali, pengepit kain, jubah2, sejadah, tasbih, ubat2an....semua dari Malaysia. Semua ada, tapi sekadarnya. Semasa di Haramain, ana tetap juga membeli keperluan yang masih tidak mencukupi tetapi tidaklah terlalu banyak kerana telah disediakan terlebih awal.


Itulah antara persediaan2 yang telah ana lakukan. Samada catatan ana ini dapat memberi sedikit input atau tidak kepada pembaca2 budiman... Allahuaklam. Hanya yang ana harapkan, penulisan ini dapat dicatat sebagai usaha kecil yang diterima Allah. Amiin....amiin...aminnn. Ana rinduuuuuu Makkah !!

catatan...

Dyufurrahman 1435H
Haji Akbar 2014
Muassasah TH , KT 20, Maktab 83
H. Movenpick/ Abraj Janadariah
.......akan konsikan pengalaman di haramain. InsyaAllah x taw bila...tengok pd masa dan mood.

Tuesday, September 2, 2014

INI JIHADKU...

Kepada semua saudara2 ku yang mengenaliku secara maya dan nyata. Mohon keampunan zahir dan batin. Doakan kemudahan ku menunaikan ibadah haji dan mendapatkan haji yang mabrur. aamiin.Aku bermohon padaMu yang Allah, memperolehi satu antara dua : Syahid disana atau pulang dengan kemenangan.












Sunday, August 3, 2014

Muzik Itu Haram

In recent years, music has become an extremely important issue 
for Muslims across the entire world, to such an ......

baca di sini


Tuesday, July 22, 2014

Mengintai Lailatul Qadar

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (alQuran) pada Lailatul Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul qadr ? Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan" Al Qadr : 1-3.




"Bahawa Rasulullah saw apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat erat kain sarungnya." HR Bukhari & Muslim.

"Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh"

" Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya " HR Bukhari & Muslim

" Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir " 

Dari Abu Hurairah r.a "Barangsiapa yang beribadah pada malam al Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu." HR Bukhari & Muslim


Nabi saw bersabda, " Apabila datang Lailatul Qadr, Malaikat Jibril bersama malaikat lainnya turun ke bumi mendoakan kepada setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah, Allah menyatakan kepada para malaikat bahawa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman "Pulanglah kamu sekelian, Aku telah mengampuni  dosa kalian dan Aku telah menggantikan kejelekan dengan kebaikan". Maka mereka pulang dan telah mendapatkan ampunanNya "
HR Al Baihaqi dari Anas Bin Malik.

Muslim , Abu Daud dan Al Tirmidzi meriwayatkan melalui sahabat nabi Ubay bin Kaab. "Tanda kehadiran Lailatul Qadr adalah matahari pada pagi harinya (terlihat) putih tanpa sinar"
"Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin, tidak pula panas " HR Ahmad bin Hambal.
"Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadr, tetapi fulan dan fulan telah berdebat diangkat, tidak dapat lagi diketahui bila Lailatul Qadr terjadi. semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 " HR Bukhari.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a oleh Ahmad, ibnu Majah dan juga Termidzi, katanya
"Saya bertanya, " ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul Qadr itu ? Apakah yang harus say ucapkan ketika itu ? Maka ujar Nabi saw, ucapkanlah


Friday, July 11, 2014

Teguran Itu Pahit

Assalamualaikum sahabat maya yang dirahmati Allah. Di bulan mulia penuh barokah ini ku panjatkan doa agar kalian dilimpahkan rahmat dan keampunanNya yang melimpah ruah. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke pertengahan Ramadhan. Allah....cepatnya masa berlalu. Sempat aku berkira-kira, di bulan pesta ibadah ini...banyak manakah yang telah aku manfaatkan ? Adakah lebih baik dari yang sebelumnya.? Malu nak jawab. Walaubagaimanapun, bersyukurlah kita seikhlas-ikhlasnya kerana masih diberi peluang sampai juga ke Ramadhan ini. Alhamdulillah.


Menangani Teguran

Fitrah manusia, memang tidak gemar ditunjukkan kesilapan sendiri. Pasti ada rasa malu, marah, geram, kecil hati atau sedih apabila ditegur. Ya maklumlah...aib atau kesilapan kita itu dihighlightkan. Termasuklah yang menulis ini. Terus terang, aku tidak suka ditegur !! Malu !! Malu ada cela, malu ada kesilapan, malu tidak sempurna. Malah kadang-kadang marah bila orang kata ada sesuatu yang tidak kena  walhal kita meyakini yang kita sudah cukup baik dan sempurna. Marah kerana ditunjukkan ketidak sempurnaan itu. Geram kerana kita rasa kita tidak bersalah tetapi orang yang menegur kata salah. Apatah lagi yang menegur itu ialah pasangan kita sendiri. No way mannn ! Itu hakikat aku. Saudara-saudara bagaimana pula ? Cool dengan setiap teguran ?? Sama juga kan....

Hanya yang membezakan setiap individu dengan setiap individu yang lain ialah bagaimana kita menangani perasaan yang muncul apabila ditegur. Kasi penumbuk kepada yang menegur ? Beri penampar buaya ? Atau pui pui kan ajer ? Atau sekadar mengkelatkan muka ? Mungkin ada yang sembur wal hambur kepada si penegur. Atau senyum ajer...jangan kata apa-apa ?.Yang terbaik ialah memeluk cium orang yang menegur sambil mengucapkan terima kasih kepada si penegur. Korang hader?? Tentulah ada 1001 macam cara orang menangani teguran- teguran, bergantung pula kepada tahap kebrutalan atau cara berhikmah yang digunakan. Bergantung juga kepada siapa yang menegur : ibu, ayah, adik, kakak abang, bestfren, musuh, bf, gf, roomate, classmate, guru, pensyarah, suami isteri, budak kecil, orang tua, JKKK, boss, ustaz, ustazah, awek cun, dan pelbagai jenis manusia. Waktu dan tempat juga memainkan peranan: hujung bulan, awal bulan, datang bulan, pagi, petang, siang, malam, waktu rehat, dalam meeting, semasa perhimpunan, semasa kuliah, dalam rumah, luar rumah, di pejabat, masjid, surau , dalam jamban dan seumpamanya.

Cara aku sendiri menangani teguran juga berbeza kekadang. Bergantung kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Walaupun aku ini dalam kategori agak kool (ampuuunn...perasan jap) , dalam banyak keadaan, aku lebih kepada menjadi 'merahmuka' atau 'tebal muka' dan malu tak kira siapa yang menegur itu. Tetapi hanya seorang sahaja yang berjaya membuat aku melenting  (kadang-kadang la) kalau ditegur. Boleh teka siapa yang menegur itu?.......................................................................................................
Suami aku la.....hihihi ( ampuuun bang !!). Begitulah teruknya aku ini dalam menangani teguran. Kalau saudara-saudara ada tip-tip terbaik cara menangani teguran, silakan berkongsi di komentar saya.

Islam itu adalah nasihat. Jika kita memandang teguran itu sebagai nasihat, masyaAllah, hati kita lebih terbuka untuk menerima. 
Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)

Al Quran itu sendiri penuh dengan teguran-teguran. Penuh dengan peringatan melalui berita-berita takut dan berita-berita gembira untuk orang-orang beriman.. Teguran atau nasihat sebenarnya adalah panduan dari orang lain untuk kita memperbaiki kesilapan-kesilapan. Kita sepatutnya bersyukur apabila ada yang ingin memberi teguran. TEGUR ITU TANDA SAYANG.

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sering terjadi, orang yang menegur tidak menggunakan skill menegur dengan baik. Suka hati makbapak dia aje nak mengeluarkan kata-kata teguran . 
" Eh...Mamat. Engkau ni...bola..bola..bola. daripada qiamulail tuk bola, kan lebih baik buat 2 rokaat tahajjud. Ntah-ntah..tengah tengok bola, malaikatmaut datang tamatkan riwayat idup kau...masuk goal neraka lah jawabnya nkau !! " Contoh !! contoh lah ni. Contoh teguran yang tak guna otak atau guna otak tetapi otak terletak di kepala lutut. Tak berhikmah langsung.

Menegur di laman sosial pun telah menjadi trend terkini. Ada teguran yang mendapat impak yang positif dan tak kurang jugak sebaliknya. Macam-macam implikasinya. Implikasi-implani tersebut tercermin melalui komentar-komentar pengguna laman sosial tersebut dengan bermacam-macam nada. Ada yang poyo, ada yang tak bole blah, ada yang defensif dan ada yang bersikap positif.

Kepada yang menerima teguran, ingatlah, jangan memandang kepada niat orang yang menegur. Itu adalah urusan si  penegur dengan Allah. Ya benar. Ada kalanya orang yang menegur itu sekadar berniat ingin mengaibkan atau ingin rasa lebih hebat apabila menunjukkan kekurangan orang lain. Pedulikan dia. Uruskan teguran itu. Teguran musuh adalah penunjuk kelemahan yang paling reliable. Ambil peluang ini untuk perbaiki diri. Terima kasih kita ucapkan kerana menunjukkan kesalahan yang mungkin kita tidak sedar. Andai teguran dari ibu bapa atau orang yang rapat...masyaAllah, itu petanda sayang dari mereka. Memberi teguran atau peringatan sebenarnya adalah satu seruan agama bukanlah satu tindakan bodoh dan tidak berhati perut.

"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)


Tips Kepada Yang Menegur

Kepada orang yang ingin membuat teguran, Islam telah menggariskan skill yang perlu dipatuhi. Perlulah menegur dengan penuh hikmah dan kata-kata yang baik atau bahasa teknikalnya constructive comment. Elakkan mengguna kata-kata yang menghina dan kasar. Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita dalam bab memberi teguran dan nasihat.
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu? Inilah nasihat yang tebaik buat aku yang sering juga membuat teguran. 

Perlukah yang membuat teguran terdiri daripada ustaz/ustazah, imam, sheikh sahaja? Orang kebiasaan janganlah memandai-mandai untuk menegur.  Benarkah ? Tentu sekali salah. Tugas menegur dan mencegah terpikul atas semua bahu individu islam yang mukallaf.

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said 

Perlukah juga yang menegur itu seseorang yang sudah sempurna akhlak dan kebaikannya ?Betulkan diri kamu dulu sebelum menyuruh orang lain. Mungkin itu respon kita terhadap orang yang menegur yang kita rasa pun masih kurang. Yang ini  juga tidak betul

Sahabat Rasulullah yang bernama Anas r.a. telah bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kepada kebaikan apabila kami mengerjakan semuanya, dan bolehkah kami mencegah kemungkaran apabila kami  menghindari semuanya?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan perintahkanlah kepada kebaikan, meskipun kamu masih belum mengamalkan keseluruhannya dan cegahlah kemungkaran meskipun kamu masih belum dapat menghindari seluruhnya.” 

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”. Kerana tidak ada seorang manusia pun yang bebas dari dosa-dosa kecuali para nabi.



Aku pun pernah membuat teguran-teguran. Biasa menegur anak-anak, para pelajarku dan insan sekelilingku. Respon-respon teguran yang aku buat kadang-kadang berhasil, tetapi adakalanya terkena batang hidungku sendiri. Aku perlu bermuhasabah diri sendiri dalam kaedah memberi teguran. Cara memberi teguran  dan kepada siapa kite tegur berbeza antara satu sama lain. Kepada yang berkecil hati, marah, menyampah dan unfren aku kerana kesilapan dalam membuat teguran, tegur lah aku pula. Kalau aku menegur, maknanya aku sayang insan yang kutegur. Aku akui aku juga tak suka ditegur, tetapi aku peruntukkan ruang untuk perbaiki diri. Jangan bimbang ,aku sedar...TEGURAN ITU PAHIT.

Thursday, June 12, 2014

Lagu Ini Amat Sinonim Dengan Aku Menjelang Ramadhan



Setiap kali menjelangnya ramadhan pasti nasyid ini yang menyejuk jiwaku. Marhaban...marhaban ya ramadhan.

Thursday, May 8, 2014

Harumnya Raudhah



Harumnya Raudhah...

Aku dan suami telahpun berada di dalam Masjid Nabawi seawal 4.00 pagi agar sempat bertahajjud dan berwitir sebelum berjamaah subuh disana. Hotel penginapan bersebelahan Masjid Nabawi jadi banyak masa dijimatkan untuk ke masjid. Selagi ada kesempatan...selagi itu solat sunat tak putus-putus. Ini rezeki kami yang diidam-idamkan sekian lama lebih-lebih lagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi barakah ini. Sayunya hati ini apabila berada hampir dengan jasad mulia itu dalam masjidnya. Bagi suamiku, ini kunjungannya yang ke dua.
Madinatunnabi ini indah, tersusun dan bersih. Walaupun sentiasa dikunjungi dengan jutaan jemaah umrah/haji/ziarah tanpa putusnya saban tahun...ketenangan tetap dirasakan dimana-mana. Subhanallah.

Waktu bagi kaum wanita mengunjungi raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi begitu terhad berbanding jemaah lelaki yang terbuka hampir setiap masa. Seusai berjamaah subuh, aku sabar seketika menunggu pengumuman pengawal masjid wanita tentang bukanya pintu untuk kaum wanita ke raudhah. Ya Allah...terima kasih ya Allah mengizinkan hamba hina ini menjejakkan kaki ke taman syurga Mu, ke Masjid mulia NabiMu. Rasulullah...aku datang ya Rasulullah. Salawat dan salam ke atas mu, keluarga serta sahabatmu. Tak putus-putus aku bersalawat untuk kekasih Allah itu. Airmata mengiringi ucapan-ucapan salawat aku.
(Raudhah ialah Taman Syurga yang terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah . Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri)




"Arabi !!! Arabii!" Makguard masjid Nabawi terjerit-jerit mengumumkan supaya jemaah wanita keturunan Arab berkumpul dipintu yang akan di buka sebentar lagi. Siap ada sepanduk lagi...setiap sepanduk tertulis.. Arab, Urdu, Melayu dan Turkiye dan beberapa bangsa lagi untuk memaklumkan setiap jemaah perlu berkumpul ikut bangsa masing-masing disekitar sepanduk yang dipegang polis wanita masjid Nabawi. " Huh!!! rasis ! rasis ! orang arab rasis !! Buat peraturan....orang arab masuk dulu...bangsa2 lain kemudian!" sempat jugak aku merungut-rungut. Tersedar. Beristighfar banyak-banyak. Masih aku tidak berpuashati. Sepanduk yang tertulis "Melayu" rupa-rupanya di pintu yang akan dibuka akhir sekali. "Tak adilnya...." aku rasa tersentuh sekali. "Tak aci betul arab ni.." Nampaknya aku tidak dapat mengawal ketidakpuasan hatiku itu walaupun sudah beristighfar banyak kali. Ku lihat wajah-wajah yang berada disekitar sepanduk yang berlabel "Melayu". Ya..jemaah2 wanita dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Filipina mungkin. Wajah-wajah penuh sabar dan penuh baik sangka.
Ku toleh pula kepada jemaah-jemaah wanita yang berkumpul disekitar sepanduk "Arab". Fuh !! rata-rata bersaiz L, XL dan XXL..hihihi. Riuh rendah bertolak-tolak..tiada ehsan...mak oiii..gerunn aku yang bersaiz XS ni. "Tak aci ! Tak aci ! orang arab rasis. Beri keutamaan kepada bangsa sendiri." masih lagi aku merungut-rungut. 
Pintu pun dibuka !! Menderu-deru mak-mak arab berlari-lari menuju raudhah. Macam acara marathon ! Berlumba-lumba . Jarak antara pintu bahagian solat wanita dengan raudhah lebih kurang 25-30m..agaknya lah. Kawasan raudah yang dibuka untuk wanita hanya lebih kurang luas sebuah bilik darjah. Bayangkan nak dikunjungi oleh beribu-ribu jemaah wanita dalam satu masa. Tu yang terpaksa berebut-rebut tu. Tah macamana...aku menyelit ke dalam kumpulan wanita-wanita arab tersebut dan turut berlumba-lumba bersama mereka. Sambil bertakbir aku memecut sekuat hati. Polis Masjid lelaki Arab yang mengawas sepanjang laluan wanita ambil kesempatan bersorak-sorak memberi sorakan semangat supaya kayuh laju-laju. Cisss !! apa...diaorang ingat ini sukaneka Hari Keluarga ka?  Raudhah punya pasal. Hahaha...oleh kerana saizku yang kecil..badanku ringan...langkahku tangkas...aku adalah antara pelumba yang terawal sampai ke Raudhah. Mak-mak arab yang debab-debab tu..tercungap-cungap untuk sampai ke raudah dengan kelajuan yang terbatas. Aku sampai dahulu di ruang paling selesa dan lapang. Sempat menghabiskan 2 rakaat pun masih belum terasa tolakan-tolakan mak-mak arab tersebut. Alhmdulillah..alhamdulillah..air mata berjurai-jurai ibarat hujan lebat monsoon. Non stop. Allah...x tahu nak digambarkan perasaan ketika itu. Sayu terharu gembira...alangkah indahnya andai nyawaku juga tercabut di raudah ketika itu!!! Allah....
Ya Allah....ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah daku, peliharalah aku dari kejahatan-kejahatan diriku, matikan aku dalam husnul khotimah...doa kupanjatkan buat semua yang kukasihi...suamiku, orangtua kami, anak-anak, saudara mara, sahabat-sahabat. Salawat tak putus-putus. Supaya dapat memberi peluang kepada jemaah wanita lain, aku hanya selesaikan 4 rakaat dgn 2 salam sahaja. Sengaja tidak mahu lama-lama. Beri peluang untuk semua.Tanpa ada masalah..tenang selesa tidak sesiapapun yang menolak aku. Terima kasih ya Allah. Kasih rahmatMu buat aku dan jemaah-jemaah lain. Ketika meninggalkan raudah sempat aku melihat mak-mak arab bertolak-tolak berebut-rebut diruang raudah yang sempit itu sehingga ada yang tercabut tudung !! Inna lillahi wainna ilaihi rooji'un. Kasihan mereka.
Begitulah strategi aku seterusnya untuk mengunjungi raudah. Aku tidak akan masuk ke kumpulan "Melayu" yang terakhir yang akan dilepaskan ke raudah, tetapi aku join team "Arab" buat kali ke 2 dan ke 3 kerana yakin aku akan membolot tempat terawal ke raudhah apabila bersaing dengan mak-mak arab. Semasa kunjungan yang ke tiga...aku mula merasakan seperti aku bersikap tidak adil terhadap jemaah wanita arab. Ah..ini giliran mereka, aku pula yang ambil..giliran aku akhir bersama jemaah-jemaah "Melayu". Macam potong Q pulak. 
Dalam kunjungan ke 3 pada hari ke 3 berada di Madinah, seperti biasa aku berlari-lari menuju raudah. Kali ini aku memperlahankan langkah supaya mak-mak arab dapat memotong aku. "Kan ke aku dah 2 kali mendapat solat sunat dengan selesa sebelum ini. Berilah peluang kepada mereka pula...aku dah rasa...syukur.." hatiku berdetik. Sedang berramai-ramai berlumba-lumba ke raudah seorang mak arab terlanggar divider masjid lalu tersungkur disebelah aku. Tidak ada sesiapa yang sudi menolong. Aku kasihan..berpatah laluan lalu menolong mengangkatnya kerana jemaah arab lain sudah tidak nampak apa-apa kecuali raudhah sahaja. Aku mengosok-gosokkan kakinya yang kesakitan. "syukran ! syukran !" dia menepuk-nepuk aku dengan senyuman tanda penghargaan nya atas bantuan aku. Selepas  beberapa minit, dengan kaki terhenjut-henjut dia menyambung lariannya ke raudah. Oleh kerana dari awal tadi aku mula berniat memberi peluang kepada orang lain..maka aku tidak kisah tidak sampai awal di raudah. Biarlah orang lain pula sampai awal. Selesai insiden itu...aku pun menyambung larian menuju raudah. Perlumbaan belum tamat beb !! Aku lari perlahan sahaja dan kali ini aku tidak memecut. So amazing !! Di luar jangkaan ku !! Aku tetap sampai terawal!!! Subhanallah !! Ketika aku sampai di raudah..ruang kosong masih banyak !! Masih belum ramai jemaah wanita arab yang sampai. Aku solat penuh selesa..berdoa penuh harap...berjurai-jurai airmataku seperti airpaip percuma. Allah....terima kasih ya Allah kasih dan ranmatMu yang menyampaikan kami di taman syurga ini. Makbulkannlah segala doa-doa kami. Salawat tidak putus-putus...aku menangis terharu meninggalkan raudah keluar dari masjid Nabawi.
Kali keempat mengunjungi raudah...barulah aku join team "Melayu". Padanpun mak-mak Arab terpaksa dilepaskan terlebih dahulu kerana sikap mereka yang terburu-buru, kecoh, sukar dikawal dan tidak sabar. Sambil menunggu giliran ke raudah, jemaah wanita melayu duduk penuh sabar sambil mendengar tazkirah dari makguard masjid. Subhanallah. Jemaah melayu tidak begitu bertolak-tolak di raudhah, lebih sopan dan lebih bertolak ansur..kami solat penuh selesa. Terima kasih ya Allah rahmat dan kasihMu mengizinkan kami bertemu kekasihmu di raudhah ini. Izinkan aku sampai lagi di musim haji pula ya Allah,..izinkan aku bertamu lagi. Izinkan ya Allah. Cinta kasih rinduku tertumpah disini..aku rindu harumnya  raudhah .subhanallah walhamdulillah wa laa ila haillallah wAllahuakbar.
catatan umrah ziarah 2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.