Assalamualaikum saudara2 maya.
Dah lama ana tidak menulis. Orang yang tidak berbakat seperti ana, agak susah untuk menyusun kata-kata dalam bentuk penulisan. Ana ingin kongsikan pengalaman ana dalam menyiapkan diri sebagai Tetamu Allah bagi tahun 1435H yang lalu. Jadi ana cuba juga menulis walaupun susunan ayat ana agak lintang pukang. Dah sebulan ana berada di bumi Malaysia setelah selesai menjalani ibadah haji yang lalu. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui betapa nikmatnya berada di bumi Haramain. Rindu....rindu..rindu. Itu sahaja bahasa yang dapat ana ungkapkan. Deraian airmata apabila teringatkan Haramain. Andai dapat ana menjadi penghuni Makkah selama2nya....Allah.
Tip-tip persiapan haji yang ana catat di sini mungkin sedikit berguna untuk sahabat2 yang bakal menjadi Tetamu Allah dimasa akan datang. Ana setuju, setiap bakal jemaah haji mempunyai cara berbeza dalam menyusun persiapan ini. 10 bakal jemaah haji, 10 juga cara persiapan yang berbeza. Yang ana kongsikan di sini mungkin 1/10 atau 3/10 boleh dijadikan panduan kepada yang lain, mungkin boleh mencetuskan persediaan yang lebih baik lagi, atau mungkin tidak ada satu pun yang boleh dimanfaatkan. Itu ana tidak pasti. Yang pasti ana telah berkongsi sesuatu...mungkin sebuah cerita tentang seorang bakal Dhuyufurrahman yang begitu teruja dengan persiapan2nya, sekadar memenuhi sedikit ruang maya yang lebar tanpa sempadan ini. Allahuaklam.
Gambar2 yang dipaparkan diharap dapat "paint a thousand words of anecdotes".
Persediaan 1 : Fizikal
Banyak berjalan kaki
Alhamdulillah. Ana tidak mempunyai penyakit kronik, nikmat Allah yang sering ana abaikan. Bersaiz kecil, 48kg. Akibatnya ana sering dianggap muda dari usia sebenar. Ibu yang bekerja dengan 8 cahayamata, 4 lelaki dan 4 perempuan. Yang sulung berusia 22 tahun dan yang bongsu berusia 9 tahun. Hanya masalah tulang tumit kaki yang sakit terutama apabila bangun dari tidur. Hidapinya hampir 2 tahun. Menurut doktor, it is a common ilnesses among educators/teachers yang selalu bekerja sambil berdiri. Jadi ana sering berjalan kaki dari blok ke blok, turun naik tangga, di sekitar tempat bertugas walaupun kebiasaannya orang lain akan berkenderaan dan naik lif. Persediaan atau latihan untuk berjalan jauh ke Masya'ir dari hotel penginapan. Ini sebenarnya tip yang rakan-rakan yang telahpun menjadi Tetamu Allah yang diperturunkan kepada ana. Bertahun juga ana workout cara begini. Brisk walk is my major exercise, sesuai dengan usia dan saiz ana.
Vitamin C
Wabak MERSCO-V yang menular di negara padang pasir yang dikatakan berasal dari selsema unta. Ketika sebok2 membuat persiapan ini, lebih kurang 290+orang telah menjadi mangsa kepada penyakit ini di Arab Saudi. Kerajaan AS amat kuatir tentang keselamatan dan kesihatan bakal2 jemaah haji tahun ini dan langkah2 pencengahan diambil dengan tegas sekali. Ana juga mengambil initiatif sendiri dengan mengambil suplimen Vitamin C secara konsisten 2 bulan sebelum berlepas. Satu usaha untuk mencegah. Harapan supaya sihat disana agar sempurna segala kerja2 haji. Ternyata langkah ini memberi kesan kerana sepanjang menunaikan ibadah haji, ana sihat,cergas, tidak demam. Hanya selepas selesai sahaja kerja2 haji, ana dapat batuk2. Alhamdulillah.
Persediaan 2 : Ilmu
Kursus Haji 17 siri
Ana dan suami hadiri kursus2 ini walaupun tidak memenuhi kesemua 17 siri. Kami yang bekerja 5 hari seminggu, 9 jam/sehari memang agak liat untuk memenuhi kursus percuma yang disediakan TH 100% (terima kasih TH. Allah sahaja yang membalas jasa2 kakitangan TH dan pengurusannya). Kadang2 urusan keluarga dihujung minggu lebih kami utamakan. Hakikatnya semua itu adalah ilmu2 yang amat bernilai agar para jemaah yang menjalankan manasik haji melaksanakannya dengan ilmu yang cukup dan mantap, bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Walaupun pada permulaan kursus, segala2nya nampak kabur sahaja, tapi tetap berusaha memahamkannya dengan membuat bacaan2 daripada buku2 panduan Haji yang diberi secara percuma.
Kitab-Kitab Haji
Tak cukup kitab-kitab yang diberi percuma, siap beli lagi..... Ketika itu ana jadi kemaruk Kitab2 Haji. Hehe....Tak pe. Andai ada sesiapa yang ingin menunaikan haji nanti, kita bolehlah hadiahkan kitab2 itu kepada mereka agar pahala berpanjangan.
Nota Tentang Haji
Nota tentang haji ana sediakan agak last minute kerana kekangan kerja. Ini adalah cara penambahan ilmu secara intensif. Nota2 dicatat diwaktu2 yang agak lapang dalam tempoh working hour seperti lunchour dan ketika tiada kelas. Lebih kurang 2 minggu sebelum bertolak nota2 ini ditulis yang diambil dari kitab2 yang dikumpulkan di atas.. Rukun, wajib, syarat sah, sunat dan lain2 tentang haji yang sebahagiannya ditulis dalam bentuk mindmapping. Itu yang paling paling membantu ana memahamkan segala ilmu tentang haji. Ana mencatat dalam buku bersaiz kecil agar mudah dibawa kesana kemari semasa membuat kerja2 haji. Menjadi rujukan dari semasa ke semasa.
Persediaan 3 : Wasiat
Bil2 dan Hutang2
Alhamdulillah. Ada rakan-rakan yang tolong memperingatkan tentang perkara ini. Ana sediakan wasiat yang ana taip cantik-cantik , dimasukkan dalam fail, diletakkan dalam almari di ruang tamu. Senarai2 bil yang perlu dibayar, hutang2 kenderaan yang perlu dijelaskan pada tarikh2 tertentu, password2 pelbagai akaun (fb, email, insta, dll aplikasi..) pelbagai pinjaman2 yang ada (rumah, kereta, peribadi....) andai terjadi apa2 kepada ana dan suami (ini ana tak begitu bimbang kerana pinjaman yang ada dipotong melalui gaji bulanan dan berinsuran). Wasiat ini ana pesankan kepada anak2 yang dewasa untuk diambil perhatian. Alhamdulillah, hutang2 persendirian dan peribadi kami lunaskan sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Kami juga menjelaskan segala bil-bil, ansuran2 dan yuran-yuran pengajian anak, tambang kenderaan bulan semasa sebelum berangkat. Ada yang dibayar advance sebulan dua kehadapan. Ana amat yakin semua bakal jemaah amat mengambil berat tentang hutang ini kerana ianya termasuk antara syarat2 wajib haji....berkemampuan.
Persediaan 4 : Senarai Tugas Anak-anak
Apa perlu Buat
Ana akan meninggalkan 8 orang anak, 7 berada di rumah dan seorang di UNIMAS. 3 orang yang atas sedang belajar di IPG, UM dan UNIMAS. yang lain2 masih bersekolah. Anak kedua, Abengah yang sepatutnya tinggal di asrama mengambil inisiatif berulang alik dari rumah ke universiti semata-mata untuk membantu abanglongnya menguruskan adik2 ketika ketiadaan kami. Alhamdulillah anak2 kami yang dewasa ini sangat sangat bertanggungjawab mengurus dan menjaga keselamatan adik2.
Tiada sesiapa yang dapat membantu meguruskan keperluan mereka semasa kami mengerjakan haji kerana kesemua adik beradik ana dan suami mempunyai komitmen terhadap keluarga masing2 . Ibu ana sudah tua dan tidak upaya melakukan tugas2 berat. Ibu kepada suami telah 2 tahun tiada, hanya ada bapa yang berusia 80an. So, anak2 analah yang akan menguruskan diri mereka sendiri. Lagipun anak2 ana sudah menjadi anak2 teruna/dara yang gagah perkasa dan boleh diharapkan...hehe. Yang bongsupun berusia 9 tahun....so..no sweat lah. Satu ujian buat mereka yang selama ini segala urusan rumahtangga banyak dilakukan oleh ana sendiri tanpa bantuan anak2. Anak2 tak dinafikan ada membantu tetapi lebih banyak tumpukan kepada hal2 sekolah/pengajian. Ana pulak...bukan ibu yang suka berleter....lebih suka buat sendiri daripada penat mengerah anak2 (tak bagus sebenarnya.....). Inilah masa untuk melatih mereka. A good training ground kepada mereka untuk menjadi anak2 berdikari dan melaksanakan semua house chores kerana selama ini mereka berada dalam zon selesa dan manja.
Jadi ana cari juga masa menyediakan senarai tugas anak2. Ana taip, laminate dan tampal di dinding dapur. A kitchen turns out to be a gallery !! 7 senarai tugas kerana ada 7 anak berada dirumah ketika itu. Beberapa hari sebelum berangkat, senarai2 tugas ana tampalkan. Bila doa selamat diadakan, 3 hari sebelum berangkat, tetamu2 yang datang tersenyum melihat "galeri" kami. Itulah cara ana mengingatkan tugas2 yang wajib mereka laksanakan setiap hari semasa ketiadaan kami. Mereka akan tahu secara jelas dan ini juga untuk mengelakkan feud dalam kalangan mereka. Cukup ana takut anak2 ini bergaduh sesama sendiri kerana bertolak2 membuat kerja. Maklumlah...big family.
Reminders
Reminders juga ana taip, laminate dan tampal merata2 dalam rumah. Biarlah gambar2 di bawah berbicara....
Persediaan 4 : Makanan Anak-anak
Frozen Food
Rabbi Yassir wala tuassir. Rabbi tammim bilkhair. Ini zikir ana yang tidak putus2 sepanjang persediaan menunaikan Haji. Subhanallah, dalam kesuntukan masa, kerja yang tiada cuti panjang ( mohon 2 hari cuti sebelum bertolak), ana dapat menyediakan 4 jenis frozen food yang ana buat sendiri sehari sebelum berlepas...dijangkakan cukup untuk makan lebih sebulan bagi 7 orang anak.
Memandangkan mereka ramai, sudah tentu belanja membeli lauk pauk di restaurant/kedai setiap hari akan memakan belanja yang besar. So...untuk menjimatkan bajet...ana buat sendiri frozen food. Anak2 hanya akan masak nasi. Untuk lauk pauk ana sediakan frozen perencah ayam masak merah, perencah kari, sambal tumis dan tomyam. Masakan2 tersebut ana pekkan dalam bekas2 plastik yang kecil2. Untuk tomyam, bahan2nya ana bungkus2kan aje dlam plastik kuih : serai, daun limau, cili api, bawang merah, bawang putih,halia, asam, kiub tomyan, garam, gula secukupnya. Campakkannya aje dalam periuk, masuk air, ayam/sayur2an. Didihkan dn siap dimakan.
Alhamdulillah. frige kami sebesar almari...so freezer agak besar untuk memuatkan makanan2 frozen tersebut.
Jadi, tidaklah banyak kerja anak dara ana yang berusia 16 tahun untuk sediakan makanan adik-beradiknya. Jimat masa. Tak ganggu masa urusan sekolah mereka. Segala instructions menggunakan makanan frozen tersebut ana magnetkan di pintu peti ais kami. Selama ini memang anak dara ana ini tidak pernah memasak...kerana salah ibunya yang tak percaya anak daranya boleh ke dapur....huhu.
Resepi Ringkas
Zaman ini semuanya dihujung jari..tapi untuk menjimatkan masa search resepi2 dari lebai gugel...ana magnetkan juga resepi2 ringkas di petiais : sup ayam, masak kicap, lemak kuning, sambal telur, masak sardin...Memang ana jangkakan anak2 juga akan membeli makanan yang siap dimasak, tetapi dengan adanya frozen food tersebut dan mencuba masak yang ringkas2 belanja dapat dikurangkan.
Persediaan 5 : Kerohanian
1. Perbanyakkan solat taubat. Sentiasa memperbaiki niat.
2. Menghafal doa2 penting yang ringkas spt doa solat jenazah. Bagi doa2 yang panjang seperti doa2 ketika masuk Makkah, doa2 tawaf, doa2 saie, ana sediakan buku2 doa yang mudah dibawa. Yang diberi percuma oleh TH juga sangat membantu.
3. Mencatat objektif yang ingin dicapai sepanjang menjalankan haji : Ana taip dan balut kemas dengan plastik, bersaiz kecil dan dijadikan bookmark kitab2 yang akan dibaca disana nanti.
My bookmark
4. Mantapkan amalan sunat : solat dhuha, tahajuud, witir, tilawah dan zikir-zikir.
5. Mohon banyak2 doa dari orang2tua, orang2 soleh, sahabat2 solehah, anak2 didik, saudara mara.
6. banyak2 mohon keampunan dari orang2 sekeliling kita.
Persediaan 6 : Mengumpulkan Doa2 Keluarga Dan Rakan-rakan
Lembaran Doa2 Bersaiz suku A4. Laminate
3 minggu sebelum bertolak, ana mula text/mesej kpd saudara mara, sahabat2, rakan2 setugas dan pelajar2 sekiranya mereka ingin mengirimkan doa2 untuk didoakan disana. Tujuannya agar ana sempat kumpul, taip dan laminate. Apabila menerima doa2 tersebut, ana terus taip. 3 hari sebelum berlepas barulah ana print kesemuanya, dipotong dalam saiz suku A4, dilaminate dan dicantum supaya senang dilipat2 seperti lembaran kecil. Idea menlaminate lembaran doa ini bukanlah dari idea ana sendiri tetapi tip kreatif seorang sahabat yang kaya ilmu. MasyaAllah. Semoga Allah memberkati sahabat ana itu. Sangat menyenangkan, kreatif dan tersusun. Lihat gambar di bawah.
Doa2 yang ana masukkan adalah doa2 ana sendiri, untuk suami, untuk ke lapan2 orang anak, ibubapa, ibubapa mertua, adik beradik, saudara mara, rakan2 dan pelajar2. Bagi doa2 yang sampai di saat akhir, ana terpaksa catat dalam buku nota kecil.
Lembaran doa2: 20 mukasurat boleh lipat
Persediaan 7 : Kelengkapan
Yang ini terpulang kepada individu. Ada yang membawa secara minimum kerana berniat membeli keperluan2 lain semasa di Tanah Suci. Sesetengah jemaah suka membawa bagasi yang ringan dan kosong semasa pergi. Di Tanah Suci, segala2nya ada. Kedai2 dan penjual2 merata2 di Makkah, Madinah, Mina, di masjid2 yang sentiasa dilawati...sediakan fulus aje. Habis cerita. Ada yang membeli segala2nya di malaysia kerana berniat ingin fokus ke masjid, ibadah dan sebagainya. Bagi ana, ana selesa menyediakan kelengkapan dari rumah kerana ana bukan jenis yang gemar ke kedai/shopping. Berus, hanger, tali, pengepit kain, jubah2, sejadah, tasbih, ubat2an....semua dari Malaysia. Semua ada, tapi sekadarnya. Semasa di Haramain, ana tetap juga membeli keperluan yang masih tidak mencukupi tetapi tidaklah terlalu banyak kerana telah disediakan terlebih awal.
Itulah antara persediaan2 yang telah ana lakukan. Samada catatan ana ini dapat memberi sedikit input atau tidak kepada pembaca2 budiman... Allahuaklam. Hanya yang ana harapkan, penulisan ini dapat dicatat sebagai usaha kecil yang diterima Allah. Amiin....amiin...aminnn. Ana rinduuuuuu Makkah !!
catatan...
Dyufurrahman 1435H
Haji Akbar 2014
Muassasah TH , KT 20, Maktab 83
H. Movenpick/ Abraj Janadariah
.......akan konsikan pengalaman di haramain. InsyaAllah x taw bila...tengok pd masa dan mood.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.