Al Furqan : 53
" Dan Dialah yang membatasi dua lautan; manis dan tawar, dan yang masin dan pahit. Tuhan mengadakan antara keduanya dinding dan batas yang tak boleh dilalui."
Ar Rahman : 19-20
" DibiarkanNya mengalir kedua lautan itu, bertemu satu sama lain. Antara keduanya ada batas yang tidak melampaui."
Ar Rahman : 19-20
" DibiarkanNya mengalir kedua lautan itu, bertemu satu sama lain. Antara keduanya ada batas yang tidak melampaui."
Sains moden menganggapnya mitos manakala AlQuran telah menjelaskannya lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Bagi orang Islam, fenomena dua jenis air lautan yang tidak bercampur ini bukanlah aneh kerana ianya ialah tanda-tanda kekuasaan Allah dalam penciptaanNya hanya melalui kalimah "kun fayakun". Ini bukanlah bermakna orang Islam tidak perlu mengkaji secara saintifik tentang fenomena alam semulajadi seperti kejadian dua jenis laut ini malah orang Islam amat dituntut membuat kajian ilmiah dan hikmah setiap kejadian Allah.
Banyak tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk fenomena alam semulajadi kelihatan aneh di mata manusia, dapat mencetuskan kajian sains supaya dapat dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Seperti fenomena dua laut ini, ahli sains mendapati dua jenis air laut yang mempunyai batas ini mempunyai suhu, darjah kemasinan dan kepadatan yang berbeza. Fenomena ini berlaku di beberapa tempat termasuk adanya pembahagi antara air laut Mediterranean dan air lautan Atlantik di Gibraltar. Satu jaluran putih kelihatan jelas di Cape Point, Semenanjung Cape, Afrika Selatan dimana Lautan Atlantik bertemu Lautan Hindi.
Tetapi bila Al Quran menyebut tentang pertemuan air tawar dan air masin , ia menyebut tentang 'dinding yang tak boleh dilalui'. Fenomena ini terjadi di beberapa tempat di Mesir dimana air sungai Nil mengalir masuk ke laut Mediterranean dan ini diakui sendiri oleh Pakar Marine dan Profesor Sains Geologi, Dr William Hay dari University of Colorado, USA. Subhanallah.
Salam,
ReplyDeletesubhanallah!
KLIK:IPAR TAJUDIN MENANG 36 BULAN GAJI