Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, April 14, 2012

Nasib Jiranku : Susahnya Ambil Iktibar ...

Assalamualaikum kepada pengunjung yang mungkin sudi membaca. Salawat dan salam ke atas junjungan Besar  Nabi Muhammad saw, ahlul bait serta para sahabat, para tabi'in , tabi' tabi'in, semua kaum mualimin muslimat di setiap penjuru alam.

sekian lama tidak menulis. Bukan tidak sudi. Bukan merajuk. Minat menulis masih belum pudar biarpun bakat itu tidak menyerlah mana. Kekangan masa adalah faktor utama. Sebok dan menyebok yang tak berkesudahan. Urusan keduniaan yang entah bila sampai noktahnya. Sampai ke liang lahad ana kira..
 “Bermegah-megah telah melalaikan kamu sehinggalah sampai kamu masuk ke dalam kubur" At Takathur : 1

A'uzubillahi min zallik. Mohon perlindungan Allah dari kelalaian yang sedemikian yang membawa kerugian di dunia dan akhirat. Amin.


Kejadian-kejadian disekitar pun kini ana kurang ambil iktibar. Siri kejadian gempa Acheh yang turut mengegarkan negara kita sepatutnya ana lihat dengan mata hati yang menembus pandangan kepada murka-murka Allah. Patut diselidik sebab musababnya. Betapa kita kini sedang diherdik ditegur dengan amaran-amaran yang kian keras. Ibarat mencurah air di daun keladi. Tidak terkesan dengan curahan-curahan air. Berita bencana yang dibaca dan didengar seakan-akan berita yang dibawa dari Utusan Meloya.  Tidak terkesan dengan ana !! Lebih baik menyiapkan semua tugas2 pejabat yang tertunda. Fikiran dungu ana memberikan alasan-alasan yang selfish.


Sehinggalah pada satu pagi, 11 April, apabila jiran sebelah seorang apek tua mati membunuh diri dengan menggantung diri. Barulah sedikit hati ini terjentik. 


Ana dan suami adalah saksi pertama yang meluru membantu isteri tua simangsa setelah 2 kali loceng pagar ditekan oleh isteri mangsa yang memohon bantuan jiran2. Menenangkan sibalu yang terkejut dan menghubungi pihak polis. Mereka adalah pasangan tua yang mendiami rumah corner lot di deretan rumah teres yang ana diami.  Menyaksikan kematian tragis didepan mata buat pertama kalinya. Barulah ana mula bermuhasabah diri apabila mayat apek tua itu tergantung didepan mata.


...Alangkah manisnya menjadi Islam. Nikmat dan beruntungnya dipilih Allah menjadi seorang Islam. Nikmat yang tidak diperolehi oleh simati. Yang Allah jangan kau cabut nikmat itu sehinggalah ke hujung nyawaku. Cuba bayangkan andai Allah tidak memberi nikmat Islam itu kepada ana, mungkin juga ana mengakhiri nyawa dengan cara yang sama. A'uzubillahi min zallik.


Entah berapa lama peringatan begitu terkesan pada diri ana...ana kurang pasti. Yang pasti, hari ini ana melalui masa-masa seperti tiada apa2 yang berlaku seolah-olah sudah pasti syurga itu milik ana. Teruslah ana sebok dengan urusan dunia....Oh jiwa yang keras.....






1 comment:

  1. wonderful blog, feel free to comment on my new blog-let, on Knowledge

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.