Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, June 29, 2012

Ana Salute Khadam Ini. MasyaAllah...


Naglaa Ali Mahmoud attends a rally during a campaign rally for her husband, then presidential candidate Mohammed Morsi, in Cairo May 12. She is now Egypt’s first lady, though she prefers the term ‘first servant.’
Naglaa Ali Mahmoud

Wanita Pertama Mesir yang baharu Naglaa Ali Mahmoud dan bekas wanita pertama sebelum ini, Suzzane Mubarak mempunyai sekurang-kurangnya satu persamaan: Kedua-dua mereka menyaksikan suami dan anak lelaki mereka meringkuk dalam penjara.

Isteri President Hosni Mubarak yang disingkirkan  adalah seorang wanita yang bergaya, elegan, berkelulusan universiti dengan darah keturunan British di sebelah ibunya. Dia dikritik kerana bersikap elite, bongkak, menonjolkan diri, berlebih-lebihan dan tidak mencerminkan peribadi wanita kebiasaan Mesir.

Berbeza dengan isteri Presiden yang dipilih rakyat  Mohammed Morsi, beliau mempamirkan ciri-ciri wanita konservatif, berhijab, beragama dan tidak mempunyai pendidikan tinggi. Para pengkritik menyifatkan penampilan beliau sebagai usaha terancang untuk menjadikan Mesir negara Islam konservatif manakala para penyokong beliau melihatnya sebagai simbol maruah yang terkandung dalam semangat revolusi.


Naglaa Ali Mahmoud telah menyatakan bahawa dia tidak berhasrat untuk menetap di istana presiden dan juga menolak gelaran Wanita Pertama (Ditempat kita ada pulak org perasan dengan gelaran FLOM !!)
" Saya hanya mahu dikenali sebagai isteri presiden" katanya kepada wartawan Associated Press. " Siapakah yang menggelar isteri presiden itu sebagai Wanita Pertama ?" katanya yang menandakan rasa tidak setuju atas gelaran tersebut. Beliau lebih suka digelar Umm Ahmad yang bermaksud Ibu kepada Ahmad, anak lelaki sulung.

Beliau juga tidak menggunakan nama keluarga suaminya sebagai tanda merendah dirinya dan lagipula cara itu adalah mematuhi kehendak islam di Mesir. Sekiranya beliau perlu mempunyai gelaran, beliau lebih suka dengan gelaran " Khadam Pertama Mesir".

Perbezaan kedua-dua Isteri Presiden yang baharu dan yang lama telah menjadi satu simbolik kepada perubahan besar politik Mesir. Morsi merupakan Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara bebas. 


Penampilannya:
 Berabaya hitam atau berjubah, tidak menggunakan alat solek selari dengan tuntutan agama. Bertudung labuh, tudung yang biasa dipakai oleh anggota muslimah Ikhwanul Muslimeen. Tidak seperti isteri-isteri masyarakat konservatif arab, Umm Ahmad tidak melarikan diri dari pemberita malah beliau memberi kerjasama ketika di interview pemberita-pemberita. Beliau juga sering turut serta dalam kempen-kempen suaminya.


Saturday, June 23, 2012

Panji Ar Rayyah Dan Al Liwa. Bendera Untuk Negara Islam



Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar-Rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah al-Munawwarah pada tahun 622M. Dari segi bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (majmuk) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya disebut sebagai alwiyah. Secara syar’ie, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu.

Bendera Al Liwa' : adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulnya'.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Muhammad s.a.w. berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh Amirul Jihad (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi Amirul Jihad tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Dari Jabir, "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Makkah dengan membawa Bendera Al Liwa' berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat Usama ibn Zaid sebagai Amirul Jihad (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan Bendera Al Liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.


Panji Ar Rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Nabi Muhammad s.a.w., semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Nabi Muhammad s.a.w.. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu tempat."
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Muhammad s.a.w.." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w.. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Inilah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah s.a.w. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah s.a.w. diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah s.a.w... kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”.

Thursday, June 14, 2012

Huru-hara Terkini di Mesir. SPR dan Mahkamahnya Dikuasai UMNO !!!



KAHERAH: “Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim Mubarak”.

Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini.

Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

(Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah)

Namun setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi  24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi.

Semasa penulis menziarahi Markaz parti  Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu.

Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak  bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.

Menurut Dr. Ahmed Solaiman lagi; “mereka sedang merancang penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak,” tegas beliau.

Keadaan ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin.

Mereka yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini.

Ini amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam. 

Namun saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang dirancang ini.

Mereka tetap yakin dengan ‘Kuasa Rakyat’ untuk menumbangkan calon ‘feloul’ ini walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang kini berada di Mesir sebagai pemerhati pilihan raya. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter: @syedazman   e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk

Saturday, June 9, 2012

Ana suka yang nih...hhehehehe

Hari2 kluar ceta umno ngan rasuah....apa MCA sama MIC banyak bersih ka??korrekk...korrekk...korrekk....kehhhh....kehhhh....


sumber : ceramah politik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.