Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, November 12, 2015

Tidak Berzikir Secara Berjemaah dan Berqunut Dianggap Wahabi ???

Ketika itu, Disember 1988, pengalaman pertama kali menjejakkan kaki atas salji winter  di Bumi Uncle Sam. Macam-macam culture shock yang aku depani. Rare. Dibumi milik orang-orang Nasara ini, aku ditaqdirkan berada di suatu daerah yang dihuni oleh ramai muslim dari pelbagai celahan dunia. Sebuah Universiti di selatan Illinois yang menawarkan pendidikan tinggi kepada international students dari segala ceruk rantau. Siap ada Islamic Centre lagi. Wah...aku tidak merasakan seperti out of place..tercangak2 dikelilingi mat saleh, malah rasa aman selesa kerana sering terserempak dengan "brothers' and 'sisters' di sana-sini.





trobek...

Palestine, Pakistani, Bangladeshi, Chinese, arab dari pelbagai negara, asia tenggara,, India, afrika, iran tak terkecuali American muslims...dah terasa seperti di Makkah. Makanan halal tak der masalah langsung.



Berada di Islamic Centerlah yang sangat menyeronokkan. Berbual, berkenalan, memerhati, berjemaah, ber'lesson'(majlis ilmu/usrah) dengan saudara2 berlainan bangsa. Semua adalah sama kecuali taqwa sahaja yang membezakan.



Keadaan seusai solat tidaklah sama seperti di Tanahair. Jemaah segera berinteraksi dan menyambung aktiviti harian. Tiada doa dan zikir ramai2 atau secara berjemaah. Solat subuhpun tidak ada qunut. Keadaan yang sama di semua Islamic Center atau Masjid2 di seluruh Amerika. Mula2 rasa janggal dan terasa ada yang kurang. Namun lama kelamaan aku mula faham..amalan zikir berjemaah ini hanyalah amalan di Nusantara Melayu. Dan qunut subuh hanya diamalkan oleh orang-orang Islam yang bermazhabkan Imam Shafie majoritinya Asia Tenggara. Zaman itu bukanlah zaman fb atau tweeter atau handfon atau digital. Belum wujud lagi. Belum pandai membanding2 atau mencedok2 sesuka hati info2 yang diperolehi. Pengalaman kontektual sahajalah menjadi tool pengayaan ilmu.



Perbezaan2 yang wujud memaksa aku rajin berada di Pusat Sumber  Islamic Center menelaah kitab2 dan berdikusi semasa 'lessons' mencari dalil2 sohih bersama komuniti muslim Amerika sambil menadah kitab Fiqh Syed Sabiq yang memperincikan masalah fiqh melalui 4 mazhab ASWJ. Juga bersoal jawab dengan sheikh-syeikh di sana. Bertolak dari itu aku mula mengamalkan zikir secara individu tidak seperti amalan2 selepas solat ala malaysia. Dan aku bersetuju dengan dalil2 yang lebih sahih tentang tiada qunut dalam solat subuh. Dalil berqunut pada solat subuh juga ada dalam hadith-hadith sohih Bukhari/Muslim tetapi dalil tidak berqunut dalam Sohih Bukhari/Muslim adalah lebih rajih. Aku hormati semua saudara2 Islam di Malaysia yang berqunut sejak azali. Peace..no war.



Zaman itu (80s-90s) belum ada sesiapa pun menyebut tentang WAHABI atau terdengar tuduhan2 mengamalkan wahabi. None. Pelajar2 dari Saudi pon adalah sekerat dua. Bangsa Arab Palestine merupakan kelompok Arab yang teramai ketika itu dan standout berbanding kelompok muslim lain di Amerika. (mungkin semangat jihad mereka tinggi). Tamat pengajian aku pulang ke tanahair dengan amalan yang aku yakini. Puluhan tahun aku dengan stand 'zikir itu adalah ibadah individu' dan tiada qunut subuh sehinggalah sekarang di zaman riuhrendah WAHABI ini. 



Agak mengecewakan apabila ada orang memilih zikir secara sir dan individu dan solat subuh tanpa qunut itu dituduh sebagai pengamal wahabi. Ignorant !! Mohon bersikap adil. 



Orang yang berzikir secara sir itu kerana ; Dalil-dalil Al Quran;


1. Al Araf : 55 "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara yang perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas"
2.   Maryam : 3 ”Yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”
3.   Al Araf :205 ."Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai ".

Dalil-dalil hadith ;

1. Dari Abu Musa al-'Asya'ari:  Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebuah peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, memanjat bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau pun mendekati kami lalu bersabda:


Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai 'Abdullah B. Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim))

2.    Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dari Imam AsShafie sendiri;

1. Terjemahan Al Umm, Cetakan kedua Tahun 2000, m/s 296 : Bab-Berkata-katanya Imam Dan Duduknya Sesudah Memberi Salam. "Ini termasuk yang dibolehkan (mubah) membacanya (Laa ilahaillallah wahdahuu laasyarikalah.Lahulmulk walahulhamd...) bagi imam dan bukan makmum. Imam manapun yang berzikir kepada Allah menurut yang saya (As Shafie) terangkan dengan suara keras atau suara berbisik atau dengan cara lain maka adalah baik. Saya memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah sesudah keluar dari solat. Keduanya itu MENYEMBUNYIkan zikir, kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan suaranya. Kemudian ia mengecilkan suaranya.
2.. Aku (As Shafie) berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) darinya, maka dia boleh mengeraskan zikirnya, sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah ia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi 'ala Muslim, 5/84)


Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri pula turut berkata:

يندب الذكر والدعاء عقب كل صلاة ويسر به. فإن كان إماما يريد تعليمهم جهر. فإذا تعلموا أسر

Terjemahan: Disunnahkan untuk berzikir dan berdoa di setiap kali selesai solat (fardhu) dan hendaklah ia merendahkan suaranya. Apabila seseorang imam dan hendak mengajarkan makmumnya (tentang bacaan zikir), maka ia boleh untuk mengeraskan suaranya, kemudian apabila mereka telah mengetahui, ia kembali merendahkan (suara zikirnya). (Imam an-Nawawi, at-Tahqiq fil Fiqh asy-Syafi'e, m/s. 219. Dinukil dari Muhammad Ariffin Badri, Zikir 'Ala Tasawuf, m/s. 152-154. Rujuk juga: Edisi e-Book (manuskrip))
Berdasarkan sedikit kupasan di atas ini, alhamdulillah dapat dibuat kesimpulan dengan beberapa point bahawa:


1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan) .

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

4 – Boleh dikeraskan bacaan sekiranya bertujuan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain yang mahu memperlajarinya.

Manakala dalam bab qunut saya berpandukan pendapat 3 mazhab yang lain iaitu Imam Hanafi, Hambali dan Maliki. Semua orang2 Islam yang memegang pendapat ketiga-tiga imam ini tidak berqunut semasa subuh. Termasuk suamiku yang bermazhab Hanafi.

Aku tidaklah meriuhrendahkan atau meremehkan orang2 yang  berzikir secara keras dan berjemaah. Lantak koranglah tetapi tidaklah aku nak join sangat.Tidak juga memarahi orang yang berqunut subuh malah aku menghormati mereka yang berpegang kepada pendapat Imam AsShafie. Aku dulupun sejak kecil hingga remaja bersolat subuh dengan berqunut tanpa gagal. Malangnya wujud kelompok di Malaysia ini kerjanya mengwahabikan orang lain apabila orang itu tidak berqunut dan tidak mahu berzikir secara jemaah. Bermakna mereka ini juga mengwahabikan Imam hanafi, Hambali dan Maliki juga!! Tidak adil sungguh. Aku wahabi pon x taw apa ke benda nya..

Abis tu...yang di Makkah dan Madinah tu apa crita? Imam di kedua2 Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tidak berqunut Subuh dan berzikir secara jamaah tu dikira wahabi juga ya ? Allahu...mereka itu berpegang kepada Mazhab Hambali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.