Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, September 27, 2010

Penghinaan al Quran Oleh Denmark.


Assalamualaikum pengunjung budiman. Penghinaan  terhadap Al Quran adalah sesuatu yang tidak dapat ditoleransikan oleh ummat Islam keseluruhannya. Lihatlah apa yang telah diperlakukan oleh bukan Islam dari Denmark ini. Lets the pictures speak and paint thousand words for us and lets think the best way to protect our holy book. One of them, boycott Denmark products!!




Fun & Info @ Keralites.net
Fun & Info @ Keralites.net

Fun & Info @ Keralites.net
Fun &
 Info @ Keralites.net
Fun
 &
 Info @ Keralites.net
Fun & Info @ Keralites.net
Fun & Info @ Keralites.net
Fun
 &
 Info @ Keralites.net

If you have Imaan, as from today boycott products of Denmark ….your Imaan is very important and valuable…..



You can live without these things but without Quran there is no life. 





Denmark is Losing 


Please don't let this mail stop in your PC.
Assalaam O Alaikum,

Great News
Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret. Let us make them regret for good. The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible. Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims.
ASAP?

REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, “WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME”? HOW DID YOU DEFEND ME”?

Any products with bar code no. starting with 57 are Danish made Products. Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.

- Email received from a sahabah.



Tuesday, September 21, 2010

Bakar Quran. Kita Tak Hairan



Assalamualaikum pengunjung budiman. Isu membakar naskah Al Quran mungkin dah sejuk sedikit ketika ini kerana 9/11 telahpun berlalu dan pastor Terry Jones nampaknya menunda hasratnya itu kerana sebab-sebab tertentu (Katanya perintah Tuhan ha ha ha). Mengimbas kembali , Jones berkata membakar al-Quran bertujuan memperingati mereka yang dibunuh dengan kejam pada 11 September dan untuk memberi amaran kepada kumpulan radikal Islam. Langkah berkenaan menyusul tercetusnya sentimen Islamofobia berikutan rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York yang berhampiran dengan Ground Zero, tapak di mana pernah menyaksikan berdirinya Pusat Dagangan Dunia sebelum ia musnah dalam serangan 2001 berkenaan.

Apalah yang nak dihairankan sangat dengan tindakan Jones tersebut. Kalau orang Islam yang membakarnya, dah tentu berita ini menghairankan lagi melopongkan mulut kita. Kita baru sahaja bertakbir membesarkan Allah di Idulfitri yang lepas. Tidakkah kita telah mengulang-ulangkan kalimat “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”. Umumnya orang kafir itu membenci orang-orang Islam dan segala kepercayaan Islam. Tak hairan kalau mereka ingin membakar Al Quran sedangkan selama ini jiwa-jiwa orang Islam sendiri dibunuh dan di halau dari tanahair mereka sendiri hanya semata-mata kerana mereka  adalah orang Islam.


Dalam Surah Al Hajj : 39-40 Allah telah menerangkan. 
"Diizinkan peperangan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka mencapai kemenangan, iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata Tuhan kami ialah Allah."

Tindakan membakar Al Quran adalah sekadar ulang tayang sejarah pencabulan umat Islam seawal abad 13 masihi yang berlaku di Bangdad pada tahun 1258 yang dilakukan oleh Hulagu Khan dari bangsa Tartar Mongolia. Rumah-rumah dan masjid-masjid dibakar (dah tentu termasuk naskah2 Al Quran), umat-umat Islam disembelih dan dibunuh kejam termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua,dan hampir semua kitab-kitab ilmu yang dikumpulkan di Baitul Hikmah dicampak ke sungai Tigris dan dijadikan jambatan sehingga warna air sungai menjadi hitam kerana tinta dari kitab-kitab tersebut. Ulamak-ulamak dan cendekiawan Islam dibunuh di sungai Tigris  mengakibatkan warna merah darah bercampur dengan warna tinta. Sejarah telah merekodkan jiwa umat Islam yang terkorban pada penaklukan kota Baghdad tersebut diantara 200,000 hingga 1 juta orang menjadikan kota Bangdad yang terkenal dengan hikayat 1001 malam, padang jarak padang terkukur yang menamatkan era Kegemilangan Tamadun Islam (Islamic Golden Age).


 Pada sejarah moden hari ini telah mencatatkan pencabulan demi pencabulan telah berlaku terhadap umat Islam dimana beribu-ribu nyawa umat Islam terkorban dalam banyak siri penjajahan di negara-negara Islam dalam perang dunia ke dua. Pencerobohan Russia terhadap Afhanistan dan disambung pula dengan pencerobohan Amerika, pencerobohan Amerika terhadap Iraq, pembunuhan dan pengusiran umat Islam Rohigya, konflik selatan Thailand, di Palestine, Bosnia, Checnya hatta di penjara Abu Gharib dan Guatanamo, sering kita dengarkan naskah-naskah AlQuran turut dibakar, ada yang dikencing dan dijadikan tisu tandas!!


Sebagai umat yang berimankan Al Quran, memang kita rasa teramat marah dan hati bagai dicincang-cincang mendengarkan penghinaan yang begitu rupa terhadap Kalamullah. Tetapi harus juga kita ingat firman Allah swt;


" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9)

Tangan-tangan kita tak bisa menahan pembakaran Al Quran tersebut tetapi Allah swt tetap memelihara kitabNya melalui dada-dada para huffaz yang bertebaran di muka bumi. Sampai kiamat pun Al Quran tetap terpelihara dan percayalah cetakan Al Quran akan bertambah banyak walaupun selepas di bakar kafir laknat. Takbiiir!!


Terry Jones memang manusia pendek akal, tak cerdik wal bangang malah tidak siuman. Anaknya sendiri mengaku ketidak-siuman bapanya setelah disingkirkan dari gereja di Jerman kerana sikap iri hatinya yang keterlaluan. Kenapa perlu dia membazir wang membeli naskah2 Quran yang  banyak. Bukankah ini akan menambah ekonomi umat Islam juga. Al Quran kan tetap terus dicetak. Kesannya sama seperti 9/11, masyarakat Amerika mula mengenal dan belajar tentang Islam selepas tragedi tersebut, akibatnya ramai masyarakat Amerika yang memeluk Islam. Saya amat-amat bersetuju dengan hujah Muslim Amerika dalam video diatas.


Tindakan Jones bukanlah mewakili kesemua penganut kristian di Amerika atau dimana-mana sahaja kerana Presiden Obama sendiri, Senat2 Amerika dan ramai masyarakat kristian Amerika juga membantah tindakan bodoh Jones.
Tak perlu gusar dan bimbang, peliharalah Al Quran dengan menghafaznya, atau membacanya, memahaminya lebih-lebih lagi mengamalkannya. Bagi saya  adalah lebih menghairankan bila ada umat Islam membaca Al Quran tetapi tidak mengamalkannya dan lebih menghairankan bila ada umat Islam yang tak pernah langsung membaca Al Quran dan teramat menghairankan bila umat Islam sendiri tak kenal Al Quran. Kesemua ini lebih menghairankan dari mendengar orang  kafir membakar Al Quran !!







Friday, September 17, 2010

Puasa Sunat Enam Hari Syawal


Assalamualaikum pengunjung budiman. Ramadhan telahpun meninggalkan kita dan 1 Syawal telahpun kita raikan dengan penuh kegembiraan. Kini tibalah masanya kepada yang suka menghidupkan sunnah, untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal.

 Asas kepada amalan puasa enam hari pada Bulan Syawwal ini ialah sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
Menurut Dr Asri Zainal Abidin , berasaskan hadis ini maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara; pertama, berpuasa pada bulan Ramadan. Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal, maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.
Amalan yang terbaik maka  bagi seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawwal. Ini adalah kerana mengqada puasa adalah wajib manakala puasa enam hari di bulan Syawal adalah sunat sahaja. Andaikata kita merasakan khuatir terlepas bulan Syawal kerana sesuatu yang tak dapat dielakkan, sedangkan mengqada puasa boleh dilakukan sepanjang tahun sehingga sebelum Ramadhan akan datang, maka tidak ada kesalahan kita melakukan puasa sunat Syawal terlebih dahulu. Mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya kita menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.
 Terdapat perbezaan dalam kalangan ulama; apakah afdal ditunai puasa enam hari pada bulan Syawwal itu sebaik sahaja selepas hari raya secara berturut-turut, atau mana-mana enam hari pada bulan Syawwal itu sama sahaja. Pendapat Mazhab Ahmad Hambal samada ditunaikan berturut-turut atau tidak adalah sama sahaja. Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’i: Afdalnya berturut-turut selepas hariraya (lihat: Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah 1/380, Beirut: Dar al-Fikr).


 Oleh kerana hari-hari puasa enam Syawwal itu ada pilihan, sementara kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w, daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda:“saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!). Jelas, baginda tidak menggalakkan berpuasa jika ada jamuan demi menjaga perasaan sahabat handai. Maka menjaga perasaan kaum keluarga lebih utama.







Comments

Sunday, September 12, 2010

Eid Mubarak Untuk Semua



Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua yang mengenali saya dimana jua, di alam nyata mahupun di alam maya ini. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Maaf zahir batin. Yang dekat berkunjung-kunjungan, yang jauh berkirim salam dan doa.

Wednesday, September 8, 2010

Takbir Hari Raya-Irama Kemenangan

Assalamualaikum pengunjung budiman. Jom membesarkan Allah di hari kemenangan kita. Dan dengarkan takbir2 ini dengan nada berbeza yang biasa kita laungkan. Taqabballahu minkum. Minna wa minkum taqabbal ya Kareem.





La Tahzan. ..Idul Fitri Hari Kemenangan Kita


Assalamualaikum pengunjung budiman. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Islam di Malaysia apabila menjelangnya Aidilfitri, ada yang akan 'tangkap leleh' airmata lebih-lebih lagi apabila berkumandangnya lagu Saloma /P.Ramlee, "Bila Beduk Berbunyi" ataupun lagu raya M.Nasir, " Satu Hari di Hari Raya". Ada juga yang bersedih kerana mendengarkan takbir kita yang begitu mendayu-dayu. Ada juga  di kalangan kita bersedih kerana terkenangkan orang tersayang yang telah tiada ataupun nun jauh dimata. Bersedih di hari raya tidaklah menjadi kesalahan apa-apa lebih-lebih lagi masyarakat kita memang terkenal dengan jiwa yang sentimental dan mudah tersentuh.

Namun ada  pula masyarakat kita yang bergembira keterlaluan dengan hiburan-hiburan lagha, makan semahu-mahunya (kerana balas dendam berlapar sebulan), bertabaruj cara dilarang Islam dan pelbagai pelanggaran batas-batas syariat. Kalau boleh,nak beraya sakan sampai 31 hari! Ini juga menyimpang daripada falsafah Idul Fitri yang dianjurkan Rasulullah saw.

 Idul Fitri (istilah ini lebih tepat) atau Aidilfitri merupakan hari kemenangan yang mana kemenangan kita berperang dengan hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Maka eloklah kita meraikan kemenangan kita itu dengan kegembiraan dan kesyukuran dalam batas-batas syarak. Disini saya masukkan penerangan dari beberapa blog yang reliable bagaimana caranya untuk kita bergembira di Hari Raya seperti  yang diseru oleh agama Islam.


Dari Blog 1
Adakah harus bergembira pada hari raya?

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka;

“Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh).

Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Son’ani menyimpulkan berdasarkan hadis di atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).

Dari Blog 2 (Minda Tajdid-Dr Mohd Asri zainal Abidin )

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.


Sunday, September 5, 2010

Menyambut Hari Raya Cara Sunnah






Assalamualaikum pengunjung budiman. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

3. Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.

 

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

6. Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

9. Tempat perlaksanaan solat hari raya

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

10. Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari
Hasil garapan oleh : Saudara Rosli Hanip,

Wednesday, September 1, 2010

Memburu Lailatul Qadar


Assalamualaikum pengunjung budiman. Kedatangannya dirinduinya, pemergiannya ditangisi. Itulah bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin. Pada 10 hari terakhir Ramadhan, Allah swt telah menjanjikan umat islam dengan 'pembebasan dari api neraka' dan dihadiahkan pula dengan tawaran terhebat yang menyaingi tawaran-tawaran rahmat Allah yang pernah ditawarkan kepada ummat sebelum ummat Rasulullah saw iaitu  Lailatul Qadar.

Menurut Dr Hamka, makna Qadar itu ada dua : Pertama beerti kemuliaan dan kedua bererti penentuan kerana pada malam itu mula ditentukan langkah Rasulullah dalam memberi petunjuk kepada ummat manusia. Pada malam al-Qadar, Nabi Muhammad saw diberi kemuliaan tertinggi dengan anugerah khatimul anbiya dan Jibrail pertama kali menyatakan dirinya ketika  Rasulullah berada di Gua Hira. Jika diertikan dengan penentuan, ini adalah kerana malam itu menentukan garis pemisah yang memisahkan antara kufur dengan iman, jahiliah dengan Islam dan syirik dengan tauhid. 

Kenapa malam Lailatul Qadar itu diturunkan ? Terjadinya kisah, apabila para sahabat amat mengkagumi dan merasa takjub dengan amalan seorang lelaki dari Bani Israel  yang beribadah sepanjang malam dan berjihad disiang harinya dan melakukannya selama 1000 bulan. Dalam cerita yang lain pula, mengisahkan empat orang dari Bani Israel beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka sedikitpun tidak melakukan maksiat dan kemungkaran. Kemudian datanglah Jibrail menanyakan kepada Rasulullah samada ummatnya merasa hairan dengan amalan-amalan Bani Israel tersebut.   Jibrail telah memaklumkan kepada Baginda sebenarnya Allah SWT telah menganugerahkan sesuatu yang lebih baik lagi kepada ummat Muhammad saw iaitu malam Al-Qadar. Lailatul Qadar tersebut juga lebih baik daripada pemerintahan Nabi Sulaiman dan Zulqarnain iaitu selama 500 bulan.

"Sesungguhnya telah Kami turunkan Quran pada malam Qadar. Tahukah engkau, apakah malam Qadar itu? Malam Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Turun para malaikat dan ruh (Jibrail) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar." Al-Qadar : 1-5.

Banyak hadis-hadis yang menerangkan secara umum bila malam Lailatul Qadar itu diturunkan walaupun tidak ada satupun hadis yang menyatakan secara tepat berlakunya malam al-Qadar.Pendapat yang kuat menyatakan  Lailatul Qadar terjadi di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil , bermula pada 21 Ramadhan sehingga 29 Ramadhan. 


Dari Aisyah radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) . Aisyah ra juga mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari). 


Dan dari Aisyah ra juga mengatakan “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) . 


Bagaimana kita ingin mengetahui sekiranya kita telah menemui malam Lailatul Qadar ? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 
“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Dan  bagaimanapula sekiranya kita telah menemuinya ? Sebuah hadis telah menerangkan akan hal ini. dari Aisyah radiallahuanha meriwayatkan  katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

Sebenarnya mencari atau memburu Lailatul Qadar itu tidaklah sesukar mana kerana menurut hadis dari Anas bin Malik ra menyatakan bahawa rasulullah saw bersabda " Barangsiapa yang bersembahyang maghrib dan isyak berjemaah sepanjang Ramadhan, sesungguhnya dia telah mendapatkan sebahagian daripada Lailatul Qadar".

Carilah atau burulah ia. Lailatul Qadar bukan untuk dinanti atau diangan-angankan sahaja. Hikmahnya kenapa kita tidak diterangkan dengan tepat bila turunnya Lailatul Qadar ialah supaya kita terus mencari-cari atau memburu-burunya dengan ibadah yang banyak dan penuh mengharap serta ikhlas sehingga perginya Ramadhan. Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang bermalas-malas sahaja.












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.