Assalamualaikum pengunjung budiman. Kedatangannya dirinduinya, pemergiannya ditangisi. Itulah bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin. Pada 10 hari terakhir Ramadhan, Allah swt telah menjanjikan umat islam dengan 'pembebasan dari api neraka' dan dihadiahkan pula dengan tawaran terhebat yang menyaingi tawaran-tawaran rahmat Allah yang pernah ditawarkan kepada ummat sebelum ummat Rasulullah saw iaitu Lailatul Qadar.
Menurut Dr Hamka, makna Qadar itu ada dua : Pertama beerti kemuliaan dan kedua bererti penentuan kerana pada malam itu mula ditentukan langkah Rasulullah dalam memberi petunjuk kepada ummat manusia. Pada malam al-Qadar, Nabi Muhammad saw diberi kemuliaan tertinggi dengan anugerah khatimul anbiya dan Jibrail pertama kali menyatakan dirinya ketika Rasulullah berada di Gua Hira. Jika diertikan dengan penentuan, ini adalah kerana malam itu menentukan garis pemisah yang memisahkan antara kufur dengan iman, jahiliah dengan Islam dan syirik dengan tauhid.
Kenapa malam Lailatul Qadar itu diturunkan ? Terjadinya kisah, apabila para sahabat amat mengkagumi dan merasa takjub dengan amalan seorang lelaki dari Bani Israel yang beribadah sepanjang malam dan berjihad disiang harinya dan melakukannya selama 1000 bulan. Dalam cerita yang lain pula, mengisahkan empat orang dari Bani Israel beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka sedikitpun tidak melakukan maksiat dan kemungkaran. Kemudian datanglah Jibrail menanyakan kepada Rasulullah samada ummatnya merasa hairan dengan amalan-amalan Bani Israel tersebut. Jibrail telah memaklumkan kepada Baginda sebenarnya Allah SWT telah menganugerahkan sesuatu yang lebih baik lagi kepada ummat Muhammad saw iaitu malam Al-Qadar. Lailatul Qadar tersebut juga lebih baik daripada pemerintahan Nabi Sulaiman dan Zulqarnain iaitu selama 500 bulan.
"Sesungguhnya telah Kami turunkan Quran pada malam Qadar. Tahukah engkau, apakah malam Qadar itu? Malam Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Turun para malaikat dan ruh (Jibrail) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar." Al-Qadar : 1-5.
Banyak hadis-hadis yang menerangkan secara umum bila malam Lailatul Qadar itu diturunkan walaupun tidak ada satupun hadis yang menyatakan secara tepat berlakunya malam al-Qadar.Pendapat yang kuat menyatakan Lailatul Qadar terjadi di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil , bermula pada 21 Ramadhan sehingga 29 Ramadhan.
Dari Aisyah radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) . Aisyah ra juga mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari).
Dan dari Aisyah ra juga mengatakan “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) .
Bagaimana kita ingin mengetahui sekiranya kita telah menemui malam Lailatul Qadar ? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Dari Aisyah radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) . Aisyah ra juga mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari).
Dan dari Aisyah ra juga mengatakan “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) .
Bagaimana kita ingin mengetahui sekiranya kita telah menemui malam Lailatul Qadar ? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Dan bagaimanapula sekiranya kita telah menemuinya ? Sebuah hadis telah menerangkan akan hal ini. dari Aisyah radiallahuanha meriwayatkan katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Sebenarnya mencari atau memburu Lailatul Qadar itu tidaklah sesukar mana kerana menurut hadis dari Anas bin Malik ra menyatakan bahawa rasulullah saw bersabda " Barangsiapa yang bersembahyang maghrib dan isyak berjemaah sepanjang Ramadhan, sesungguhnya dia telah mendapatkan sebahagian daripada Lailatul Qadar".
Carilah atau burulah ia. Lailatul Qadar bukan untuk dinanti atau diangan-angankan sahaja. Hikmahnya kenapa kita tidak diterangkan dengan tepat bila turunnya Lailatul Qadar ialah supaya kita terus mencari-cari atau memburu-burunya dengan ibadah yang banyak dan penuh mengharap serta ikhlas sehingga perginya Ramadhan. Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang bermalas-malas sahaja.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.