Dari inspirasi saya... Bendera baru Malaysia.
Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya ucapkan selamat menyambut kemerdekaan kali yang ke 53. 1Malaysia Menjana Transformasi. Wah ! Dah lebih setengah abad negara kita mencapai status kemerdekaan, apakah kita benar-benar merdeka dari segi minda dan fizikalnya ? Fizikalnya mungkin kita dah merdeka, tapi disegi minda kita...mungkin kita masih lagi terkongkong dan dibelenggu dengan pelbagai polemik paradigma yang jumud yang menyebabkan kita tidak dapat berfikir seperti masyarakat kelas pertama.
Buktinya..negara kita maseh lagi berada pada index teratas dalam amalan rasuah. Perkembangan ekonomi kita telahpun dipintas oleh negara-negara jiran terdekat kita seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia yang mana satu ketika dulu mereka berada di belakang kita. Amat malang, negara kita juga antara pusat 'human traficking' yang tersohor di rantau Asia dan disegi politiknya, amalan demokrasi kita dipertikaikan oleh masyarakat luar. Memang tidak dinafikan ada beberapa perkara yang boleh menjadi kebanggaan kita semua tentang kejayaan yang telah dicapai dan dikecapi oleh negara kita, tetapi secara umum, tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini bahawa mentaliti kita masih lagi seperti masyarakat kelas ketiga walaupun sudah lebih setengah abad masyarakat kita hidup merdeka berdasarkan bukti-bukti di atas tadi.
Tidak hairan, musuh-musuh Islam telah menyalahkan 'Islam' itu adalah penyebab kepada semua amalan rasuah, keganasan serta kemunduran walhal kesalahan itu sebenarnya terletak atas bahu orang-orang Islam yang mencemarkan nama Islam tersebut. Bukanlah salah agama itu, tetapi salah orang-orang Islam sendiri. Andai kita memilih Islam sebagai pengaturcara mentadbir negara serta masyarakat, saya yakin 100%, minda kita terus merdeka dan berfikir secara kelas pertama.
Mungkin menjadi satu rahmat apabila, seorang rakyat negara kita dikenali sebagai "Namewee" telah mencetuskan satu kontroversi apabila klip video "Negaraku"nya di Youtube didakwa berunsur menghina dan tidak patriotik pada tahun 2007 ketika beliau menuntut di Taiwan. Walaupun ramai yang menyatakan kemarahan terhadap klip video tersebut, namun kontroversi itu telah membuka pekung di dada pemerintah kita bahawa selama ini lagu "Negaraku" kita itu hanyalah sekadar lagu ciplak sahaja! Andai tidak kerana isu kontroversi tersebut, tidak ramai yang tahu bahawa kita telah menciplak hasil ciptaan orang lain sejak 53 tahun dahulu untuk sebuah lagu kebangsaan. Amat pahit untuk kita menerima hakikat ini.!!
Inilah yang dikatakan minda kelas ketiga, tidak genuin, dan tidak ada jati diri. Memang mengaibkan bila mengetahui lagu kebangsaan kita itu adalah lagu yang diciplak dari "Mamula Moon" sebuah lagu Hawaii (Layari Youtube). Bukan sahaja lagu kebangsaan kita yang menjadi isu...bendera kitapun diciplak dari bendera Amerika. Sejarah telah merekodkan bahawa bendera kita dicipta oleh rakyat kita sendiri iaitu Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947, tetapi sepatutnya penciptaan yang perlu diterima ialah ciptaan yang mencerminkan jati diri bangsa kita sendiri dan bukannya penyamaan kepada identiti orang lain.
Saya tidak bercakap mewakili mana-mana parti politik, kerana politik bukanlah bidang saya. Education is still uppermost in my mind. Saya bercakap atas dasar kesedaran diri dan jiwa merdeka saya sendiri dan melihat isu jati diri bangsa sebagai satu isu yang patut dirasionalkan oleh semua rakyat Malaysia. Be open-minded and start thinking out of box then become the first class society. Kepada kerajaan kita, JOM TUKAR BENDERA DAN LAGU KEBANGSAAN ! Hasilkan sesuatu yang baru lagi genuine dan ori, hasil ciptaan anak bangsa kita .
Di atas adalah sekadar cadangan dari saya rupa bendera kita yang baru. Amacam ok tak ? Bagi lagu kebangsaan pula, kalau dah malas sangat nak mencari ilham baru, ambil sahaja lagu2 patriotik kita yang sedia ada sebagai lagu kebangsaan. Pastikan ketulenannya supaya pisang tak berbuah dua kali. Di akhir penulisan ini...Selamat menjana transformasi !!MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
salam.. my komen..
ReplyDelete1. serius,bendera tu xleh jd global brand image.. xmenarik langsung
2. kenapa guna bintang bendera israel..
Thanx 4 the comment. Idea shj. Sorry x pandai buat "14 point stars" niat tu mmg nak buat 14 point star...x jadi. Israel? A'uzubillah.Nnti sy cuba tukaq...
ReplyDelete