Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Tudung Dan Jubahku

Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda, para sahabat juga tabi'in, muslimin muslimat di seluruh penjuru alam. Rahmat dan keampunan Allah untuk semua di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.


Agak terlewat aku cuba membicarakan hasil pembacaan yang ku perolehi dari majalah Solusi isu No 21 di blog ini. Keadaan kesihatan yang tidak menentu menghalang aku daripada mencurahkan segala idea penulisan. Ada kalanya Allah menganugerahkan kita kesejahteraan tubuh badan dan adakalanya Allah menarik segala nikmat tersebut. Yang pasti, sepanjang hayatku, Allah telah melimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya kepadaku dengan kesihatan tubuh badan sedangkan aku terus-terusan dalam keadaan lalai. Syukurlah...keadaan tidak sihat aku kebelakangan ini telah menyedarkan aku betapa Allah swt amat kasihkan aku lantaran aku mula sedar semua nikmat kesihatan yang aku kecapi selama ini. Semua ini adalah menjadi kafarah kepada dosa-dosaku yang tak terhitungkan. Bagiku yang hina ini, penyakit yang ku alami bukan untuk menaiktaraf imanku seperti hamba-hambaNya yang terpilih..cuma sekadar membasuh segala dosa-dosaku yang tersembunyi dan nyata. Syukur alhamdulillah.

Berbalik kepada ilmu yang ku perolehi dari majalah Solusi, pada mukasurat 68, hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, benar-benar membuai dan mengusap kalbuku. Bait-bait ayat yang begitu indah dan puitis gayanya, beliau menyampaikan perasaan jauh di lubuk hati tentang istimewanya tudung labuh yang dipakai beliau sejak remaja. Aku benar-benar merasakan setiap luahan hati tentang tudung labuhnya itu adalah suara hatiku sendiri. Dari alif hingga ya, semuanya realiti keistimewaan tudung labuh yang juga ku pakai sejak tahun 1987 ketika menuntut di Kolej Pengajian Persediaan, Shah Alam, melainkan pengalaman2 peribadi beliau sudah tentu berbeza dengan pengalamanku sendiri.



Bermula 1987, menjadi pelajar kolej, aku mula mengubah cara hidup demi mencari keredhaan Allah. Benar, bak kata ustazah tersebut, aku juga menghormati kata-kata "Don't judge a book by its cover ", jangan nilai sesiapa daripada tudungnya. Yang bertudung hari ini pun ada yang ditangkap khalwat dan membuang anak zina ke dalam tong sampah ! Tapi bagiku secara peribadinya, tudung labuh itu sebenarnya adalah pendinding kepada sipemakai daripada perkara-perkara keji dan sumbang dipandang mata. Tak sanggup aku ke panggung wayang...kerana akukan bertudung labuh ! Begitulah lebih kurang maksudnya.



Mula bertudung labuh pada tahun 1987

Kini aku tambah lagi satu isu...berjubah. Sama sahaja falsafah aku bertudung labuh dan berjubah. Untuk menjadi pendindingku daripada perkara keji dan mungkar ! Nilai tambahnya.. aku dihormati sesiapa sahaja termasuk gengster !! Sebagai guru..di awal posting lagi aku dah dipanggil ustazah sehinggalah menjadi pensyarah di IPG KBM, walhal hakikatnya aku adalah English teacher dan guru matematik ! Tidak pernah pelajar2 nakal mengeluarkan kata-kata tidak enak kepada ku, malah yang kuterima selama 18 tahun menjadi pendidik adalah kata-kata hormat belaka.

Mula berjubah pada tahun 1989, ketika aku menjejakkan kaki di bumi Uncle Sam, Amerika. Anehkan ? Berjubah di negara kafir..Tidak ada yang aneh. Muslim Amerika adalah kelompok minoriti disana, maka muslim Amerika hidup dengan ukhuwwah yang utuh antara satu sama lain. Semua badan-badan islam bergerak aktif dalam dakwah termasuklah persatuan yang aku ceburi secara aktif ketika itu iaitu Malaysian Islamic Study Group (MISG). Juga aku dihormati atas kepercayaan yang aku anuti, sentiasa dipanggil sister oleh mana-mana rakyat Amerika yang cuba mengenaliku. Tidak pernah aku digugat kerana jubah dan tudung labuhku itu.


Berjubah pada tahun 1989 ketika menuntut di bumi Amerika

Setelah 23 tahun berjubah dan bertudung labuh...kini baru identiti yang telah sebati ditubuhku digugat ditanahair sendiri oleh saudara seislamku. Tudungku tidak dipertikaikan tetapi jubahku.
Sebagai kakitangan kerajaan, aku terikat dengan akta-akta serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling2. " Eh ! Goverment Servant dilarang berjubah. Mesti pakai two pieces !". Itu teguran yang aku terima daripada seorang rakan sejawatan. Kemudian aku menerima lagi teguran2 lain yang bernada sama. Aku mencari segala pekeliling tentang akta berpakaian bagi kakitangan kerajaan. Tidak kutemui satupun tentang larangan berjubah bagi kakitangan wanita kecuali larangan berjubah bagi kakitangan lelaki lebih-lebih lagi bagi pegawai kerajaan negeri Terengganu, gara-gara politik yang menghalang kakitangan lelaki kerajaan negeri menyamai anggota parti pembangkang yang ramai berjubah ! Kerana politik rupa-rupanya.

Berikut adalah beberapa pekeliling yang mengeluarkan garis panduan berpakaian rasmi bagi pegawai kerajaan:
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, 1985 - Pakaian Masa bekerja Dan semasa Menghadiri
Upacara2 Rasmi Bagi Pegawai2 Awam.
2. S.P.Perkhidmatan Bil 1, 2006- Pakaian Alternatif Pada upacara rasmi.
3. S.P. Pekeliling Bil 1, 2008 - Kewajipan Berpakaian batik pada setiap Khamis bagi pegawai lelaki.
4. surat Ketua Pengarah Pendidikan Msia 7 jun 2001 - Larangan Berjubah /beserban bagi Pegawai lelaki. Digalak bertali leher.

Jadi aku membuat rumusan bahawa larangan berjubah bagi pegawai kerajaan wanita adalah sekadar hearsay. Seingat aku, semasa bertugas sebagai guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar selama 9 tahun (1996-2004) dan 5 tahun bersama Ketua Pengarah Pelajaran Msia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menjadi Pengetua ketika itu, tidak pernah sekalipun menegur cara aku dan beberapa rakan sejawatan wanita yang berjubah walhal sebagai sekolah elite, etika dan protokol sangat menjadi keutamaan. Malahan kami juga menjadi penyambut tetamu dari kalangan pembesar2 negeri , negara dan antarabangsa. Masih ku ingat seorang pengetua sebuah sekolah di Ipoh secara explicit telah menerangkan kepada semua guru-guru semasa perhimpunan bahawa jubah hanya dilarang untuk guru lelaki sahaja tetapi dibenarkan bagi guru wanita. Andaikata jubah dilarang bagi kakitangan wanita, sudah pasti pakaian maternity juga turut dilarang. Sedangkan ini tidak berlaku.



Bertugas di MCKK 1996-2004. Tan sri Alimuddin Mohd Dom ketika memegang jawatan
sebagai Pengetua (99-03)

Sehingga hari ini aku masih tetap mempertahankan jubahku walaupun rakan2 seperjuangan yang berjubah dan bertudung labuh telah lama meninggalkan identiti tersebut. Walaupun kadang-kadang aku mula berjinak-jinak dengan baju kurung yang maseh mematuhi syariat, tetapi hati maseh terpaut dengan jubahku. Andaikata Ketua Unit Khidmat Pengurusan (KUKP) memanggil aku kerana menyatakan larangan berjubah beserta bukti surat Pekeliling yang menyatakan secara hitam putih larangan berjubah bagi pegawai wanita, tidak ada halangan aku akur kepada perintah am tersebut. Cumanya, jubah itu cukup istimewa bagi ku kerana telah membaluti dan mendindingi tubuhku selama 21 tahun !!

16 comments:

  1. Salam... tahniah. Dengan blog ni dapat juga berkongsi hati dan minda. Berkaitan pakaian, memang tidak dinyatakan tidak boleh memakai jubah tetapi dalam pekeliling dinyatakan cara berpakaian yang dicadangkan tp kalau nak pakai.. pakai je. Setiap individu tu berbeza so cara berpakaian pun tentunya berbeza.. kak sina

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah...

    ReplyDelete
  3. Jazakallah khair. Doakan ana istiqomah.

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan dan ukhuwah..minta izin kpd tuan punya blog utk share artikel ini..sgt menarik..tahniah

    ReplyDelete
  5. salam barokatillah 'alaik puan..

    subhanallah, t'senyum sniri sy bc entry puan ni. sy sndiri p'nah ditegur sbb pkai jubah ke kuliah.. adeh! 'mungkin' bg kami guru2 pelatih ni, mmg x blh 'kot'?

    tp, alhamdulillah.. skurg2nya bi'ah solehah dh mula b'cmbh biak di ipg kite. even msih lg diwarnai p'kara2 yg blh wat kite geleng kpala..tp, insyaAllah. sume 2 takes time kn puan.

    kne buat rumus polya kot. haha. k la puan, slmt b'cuti.

    FN: t'tanya2 tntg keadaan pn.noreha.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. tahniah... saya sgt sukakan tulisan ini

    ReplyDelete
  7. salam, boleh tak puan upload pekeliling larangan memakai jubah bg pegawai lelaki tersebut. saya try search tp tak jumpa, tq

    ReplyDelete
  8. Aslkm honey. Larangan berjubah bagi peg lelaki tidak ada dalam pekeliling hanya Surat arahan pengarah pelajaran msia bertarikh 7 jun 2001 yg perlu dibaca bersama2 akta berpakaian pegwai2 lelaki. boleh tanya pd pejbt2 krjaan. surat tersebut mmg sy download secara online tpi dah lupa adrss web tersebut. kena rajin2 tanya lebai googel.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum puan,

    Saya kagum dengan pendirian puan. Saya pernah ditegur oleh ustazah / pensyarah. Beliau meminta sy perbanyakkan baju kurung. Saya akur. Cuma sekali atau dua kali seminggu sy pakai jubah.

    Saya juga dah tengok pekeliling itu. Memang betul untuk guru lelaki atau pegawai lelaki sahaja dilarang. Pernah sekali saya jd model pemakaian jubah. Alhamdulillah beliau mengatakan pemakaian jubah sy tidak salah. Tak menjolok mata dan tidak mghlang pgerakan. Sy percaya pemakaian jubah patuh syariah dibolehkan.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info
    Dh 2 tahun pakai jubah ke sekolah setiap hari dgn hati yg takut2 di marah pengetua
    Bila baca info info ni rasa berani skit
    Pengetua pun x melarang.. mungkin dia faham.. dia pun baik.. sesuai dgn status haji nya

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas info.. saya dh 2 tahun pakai abaya hitam ke sekolah.. dlm hati takut2 juga sbb ada yg kata jubah/ abaya x d larang pakai oleh penjawat awam. Ada pengetua (perempuan) yg larang cikgunya pakai abaya di sekolah berhampiran
    Alhamdulillah.. pengetua saya (lelaki) tidak menegur/ melarang guru di sekolah ini yg berjubah

    ReplyDelete
  12. Assalam, saya rasa sekolah saya dilanda krisis 'tak boleh pakai jubah oleh guru perempuan'.
    Untuk pengetahuan, saya dah pakai jubah/abaya hitam sejak tahun 2010 lagi, setelah pulang dri Umrah bersama suami. Pengalaman saya di Masjid Nabawi, dimarahi 'berapi-api' oleh petugas wanita masjid tsb, kpd jemaah Asia Tenggara kerana memakai pakaian berwarna- warni, menyedarkan saya tentang 'kecantikan' dalam Islam. Islam begitu menjaga kaum Muslimat, tetapi kita sendiri mendedahkan diri kita kepada 'fitnah dunia'. Saya rasa lebih tenteram dan tenang memakai jubah hitam dan bertudung labuh apabila keluar rumah, walaupun mengajar di sekolah. Saya rasa kefanatikan saya untuk membeli bajujkurung selama ini telah dpt dibendung...berpakaian kerana Allah,tidak kerana ingin pujian manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah ukhtie....sabar mnunggu pakaian perhiasan dr Allah kelak.

      Delete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.