Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Tuesday, April 19, 2011

Berzikirlah Dengan Suara Yang Halus


Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. 

Berkatalah Al Ustaz Ali Mahfuz dalam Al 'Ibda : " Diantara bid'ah yang makruh ialah mengkhatamkan solat dengan cara yang tekenal yakni duduk berkumpul (berjamaah) membaca doa dengan suara yang keras dan tetap melakukan demikian hingga orang awam menyangka begitulah harus dikahatamkan sembahyang, padahal doa itu lebih afdhal dibaca sendiri-sendiri. Allah swt telahpun berfirman dalam hal ini.

" Serulah (berdoalah) dengan tadharru' dan tidak mengeraskan suara (suara yang tersembunyi) , bahawasanya Allah tiada menyukai orang yang melampaui batas " Al 'Araf : 7.
 Diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Ummu Salamah,  bahawasanya Rasulullah berdiam sebentar saja sesudah memberi salam. Kata Ibnu Syihab pula, yakni sekadar menanti para makmum memberi salam.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban, juga dari Aisyah ra bahawasanya apabila Nabi telah memberi salam, Nabi pun beristighfar tiga kali, kemudian baginda membaca :

Allahumma antassalam wa minka salam tabaarakta yaa zaljalaali wal ikraam
" Wahai Tuhanku Engkaulah As Salam yang melimpahkan keselamatan, dari Engkau datangnya keselamatan, Maha Pemberi berkat wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran ".

Jika orang berkata: Kenapa tidak dibenarkan kita berzikir dengan bersuara keras padahal di zaman Nabi ada suara keras seperti yang disampaikan oleh Bukhari dari Amir ibn Dinar, bahawa Abu Ma'bad menerangkan bahawa Ibnu Abbas berkata,
" Bahawasanya berzikir dengan mengangkat suara ketika selesai dari sembahyang fardhu, ada dilakukan di masa Rasul. Aku mengetahui mereka telah selesai dari sembahyang dengan mendengar suara itu apabila aku mendengarnya". Ada ulama menjelaskan kenyataan Ibnu Abbas  ini sebagai alasan mengeraskan suara ini untuk sementara waktu sahaja, untuk mengajar sifat zikir, bukan berkekalan demikian.

Hal ini telah diterangkan oleh As Syafie' sebagaimana yang dihikayatkan oleh An Nawawi. Jumhur ulama menetapkan bahawa imam dan makmum mesti menyembunyikan zikirnya, kecuali jika perlu untuk diajarkan kepada umum.
 Ditegaskan lagi dalam firman Allah;
" Ingatlah (berzikirlah) Tuhanmu dengan merendah diri dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang hari, dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf : 205.

Dalil-dalil Keutamaan Berzikir

Diantara ayat-ayat dalam Al Quran yang menyebutkan tentang keutamaan berzikir ialah;
" Maka berzikirlah padaku, nescaya Aku ingat kepadamu".Al Baqarah : 152.
" Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak". Al Ahzab : 41.
" Mereka itu sama berzikir kepada Allah dengan berdiri, duduk dan tidur". Aali Imran: 191.
"Apabila kamu semua telah selesai mendirikan solat, maka berzikirlah kepada Allah dengan berdiri, duduk dan tidur". An Nisa : 103.

Adapun keterangan-keterangan dari hadith, di antaranya,Sabda Rasulullah saw; 
" Allah 'azza wa jalla berfirman (dalam hadith Qudsi): Aku sentiasa beserta hambaKu selama ia tetap berzikir padaKu dan selama kedua bibirnya tetap bergerak untuk ingat kepadaKu".

Diriwayatkan oleh Hakim, Ibnu Hibban dan lain-lain. Rasulullah saw bersabda pula;
"Barangsiapa yang ingin tinggal ditaman-taman syurga ? maka eloklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah 'azza wa jalla " (HR Thabarani).

Diriwayatkan pula oleh Bukhari dan Muslim;
"Allah Ta'ala yang Maha Suci dan Luhur berfirman (dalam hadith Qudsi): Apabila ada seorang hambaKu ingat kepadaKu dalam hatinya sendiri, maka Akupun ingat ia dalam DzatKu. Apabila ia ingat padaKu didepan khalayak ramai, maka Akupun ingatnya di depan kumpulan makhluk yang lebih mulia dari kumpulannya. Apabila ia mendekatiKu sejengkal, maka Akupun mendekatinya sezi'ra'(sehasta)......(dan seterusnya)".

Sumber; Bimbingan Mukminin (Imam  Ghazali) dan Pedoman Zikir Dan Doa (Ash Siddiqie).

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.