Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, April 14, 2011

Penggunaan "Sayyidina" Dalam Salawat



Assalamualaikum pengunjung yang sudi berkunjung dan membaca. Suatu hari suami saya bertanya kepada saya ketika terdengar saya mengucapkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. " Dari mana hujah penggunaan sayyidina dalam salawat tu ? Kenapa suka menambah-nambah ? ".

Agak terkejut juga dengan soalan yang diajukan.....tapi  tak lah sampai terkejut beruk. Satu soalan yang unik yang belum pernah diajukan kepada saya sebelum ini. Mungkin ada dari kalangan kita, lebih2 lagi ilmuwan agama, isu ini telah lama dibangkitkan, mungkin dah agak basi. Tapi bagi layman macam saya, baru tersedar bahawa ini sebenarnya ini adalah satu isu. Eh ! Tak boleh ke menggunakan gelaran ''Sayyidina" kepada Rasulullah dalam salawat ? Tidakkah gelaran itu bermakna "tuan" ? Tidakkah penggunaannya untuk menunjukkan penghormatan besar kepada junjungan kita ? Telah lebih 3 dekad saya bersalawat menggunakan perkataan Sayyidina Muhammad termasuklah dalam solat. Itulah ilmu yang diperolehi ketika kecil ketika mula-mula diajar bersolat  oleh ustaz/ustazah malah penggunaan Sayyidina Muhammad adalah tidak asing dalam masyarakat kita ketika mengucapkan salawat.

Untuk menjawab soalan suami saya, saya memerlukan masa untuk membuat rujukan dan study. Pertama sekali, saya ke  Pusat Sumber di Institut saya untuk mencari rujukan-rujukan muktabar (tak terfikirpun nak tanya Pakcik Google sebab lama tidak berblog). Oleh kerana masa terhad, saya hanya membuat rujukan pada sebuah kitab lengkap "Pedoman Zikir Dan Doa" yang ditulis oleh Prof Dr T. M . Hasbi Ash Siddiqie 1959 (ulang cetak 1989). Disitu ada jawapannya tentang isu ini pada mukasurat 88.

Menurut kitab tersebut: Berkata An Nawawy "Menambah perkataan warham Muhammadan dalam salawat, adalah bida'ah hukumnya. Dan Ibnul 'Araby menguatkan pula akan pendapat An Nawawy itu dengan alasan yang kuat. Kalau sekiranya perkataan "warham Muhammad" itu tidak boleh ditambah dalam salawat, apatah lagi menambah perkataan "sayyidina" dalam salawat asal yang diterima dari  Rasulullah dengan tidak memakai kalimah tersebut. Jadi penggunaan "Sayyidina" dalam salawat adalah satu bida'ah."

Daripada 10-15 hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang lafaz-lafaz salawat yang sahih, tidak satu pun yang menggunakan perkataan Sayyidina.

Langkah seterusnya, saya berjumpa seorang Ustazah untuk penjelasan yang lebih. Ustazah tersebut turut mengiyakan penggunaan "Sayyidina Muhammad" adalah satu bida'ah. Penggunaannya adalah ditegah didalam solat tetapi tidak menjadi kesalahan menggunakannya diluar solat. Dalam sukatan Pendidikan Islam di sekolah, perubahan telahpun dibuat. Salawat yang diajar dalam solat tidak lagi menggunakan perkataan 'Sayyidina'.

So....berikutnya, saya pun memberikan jawapan tersebut kepada suami saya dan membenarkan 'penambahan' yang telah berlaku. Sejak itu, saya terus melatih diri saya bersalawat tanpa perkataan 'Sayyidina'....susah jugak sebab dah terbiasa. Walaupun dikatakan dibolehkan menggunakannya di luar solat, saya tetap berpendapat, versi yang diajar dari Rasulullah saw adalah yang paling sempurna dan tiada celanya. Tak perlulah nak menokok menambah apa yang dah sempurna cantik.

Maka bersalawatlah kita menurut apa yang telah diajarkan Rasulullah dan bersalawatlah sebanyak yang mungkin menurut kesanggupan kita. 

Bersabda Rasulullah saw " Barangsiapa bersalawat untukku sekali , nescaya Allah bersalawat untuknya sepuluh kali " (HR Muslim dari Abu Hurairah).
"Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari kiamat, ialah orang yang paling banyak bersalawat untukku" (HR Tarmizi).
Sabda Baginda lagi ."Barangsiapa bersalawat untukku di pagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, dapatlah ia syafaatku pada hari kiamat." (HR Thabarani Al Jami').
Diriwayatkan juga dari Ahmad, An Nasaei dan Ad Darimi bahawa Nabi saw  telah bersabda "Bahawasanya bagi Allah Tuhan semesta alam ada beberapa malaikat yang diperintah berjalan di muka bumi untuk memperhatikan keadaan hambaNya. Mereka menyampaikan kepadaku (sabda Nabi) akan segala salam yang diucapkan oleh ummatku."

Allahumma solli 'ala Muhammad 'abdika warasulika nabiyyi umiyyi wa 'ala aalihi wa sohbihi wassallam (10 kali). 

10 comments:

  1. 30 dekad?
    tu dah kira 300 tahun tu...
    panjang umur ante...

    ReplyDelete
  2. http://dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=292&text=sayyidina

    ReplyDelete
  3. betul ker tu ? cek betul2 jangan dok sebar benda mcm ni! nak membesarkan nabi pun tak leh ....menimba ilmu lagi ..... manusia hidup tak lame mcm tu jin ade la kot ehhehe

    ReplyDelete
  4. 6 dilihat dari atas kebawah =6 tapi jadi 9 jika dilihat dari celah kangkang. 1 dekad =10 tahun maka 30 dekat betullah 300 tahun...

    ReplyDelete
  5. kita x boleh bergantung pada satu pandangan shj.isu sayyidina ini banyak khilafiyyah ulamak..xsilap sy ustaz azhar idrus pernah beri pandagan hal ini dimana pandangan dr wahbah zuhaili mantan mufti arab saudi membenarkan.jgn terus buat ketetapan hukum dalam hal wali fasik bolehkah jadi wali ada 11 pandagan berbeza ulamk as syafie shj san semua kemuka nas yang soheh.

    ReplyDelete
  6. Nak guna atau tak guna "Sayyidina" terpulang. Belum ada ulama yg mengharamkannya. Ustaz/ustazah di Msia pun ramai kata OK. Cuma secara peribadi saya suka mengikut kepada sumber sohih. Boleh juga semak bacaan salawat dlm solat dari 3 mazhab yang lain selain AsSyafie'. Semak juga hadith2 sohih bacaan salawat yg diajarkan Rasulullah saw kpd kita. Ayuh...bersalawatlah banyak2 malaikat juga mengintai2 org yg bersalawat kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada Baginda saw.

    ReplyDelete
  7. Versi asal salawat yg diajarkan Rasulullah melalui hadith2 sohih tidak menggunakan "sayyidina". Gelaran ini ditambah golongan tertentu berdasarkan Sabda Rasulullah saw
    " Aku adalah Sayyid kepada anak2 Adam" dan juga Sabdanya "Aku adalh Sayyid kepada manusia". Ada kalangan ulama yg membenarkan penambahan ini berdasarkan sabda2 diatas manakala yg keras telah melarangnya kerana ia merupakan "penambahan" kepada kalimah salawat yg asal yg sohih. Saya lebih cenderung pada pendapat kedua ini. Saudara mungkin bersetuju pada yg pertama. Terpulanglah.Allahu'aklam.

    ReplyDelete
  8. klu ssuatu yg tiada asasnya bkn bermakna ulamak2 dhulukala tlah mlakukan perkara bida'ah lantas dianggap ضلّ وأضل .. jgn trus mngmabil jlan mudah dgan hnya brpndukan pda kedengkelan kita mengeksplore khazanah ilmu yg dtggalkan para ulamak mu'tabar dhulu...

    ReplyDelete
  9. Salam.. MasyaAllah.. Bleh saya tanya jikalau saya bleh beli buku pedoman doa dan zikir hasil buatan Dr Prof Hasbi siddiq?

    ReplyDelete
  10. dr prof hasbi siddiqui adalh ulamak acheh yg faqih, hebat dan amat berhati2, yg salah silahnya berakhir kpd sydn Abu Bakr Assiddiq (beliau kturunan Arab). beliau (almarhum 1975) adalh ulamak yg berjuang menentang bidaah dlm masyrakat melayu nusantara semasa hayat beliau. Kitab2 beliau sgt banyak diulang cetak berkali2 boleh didapati byk di ibukota spt di Pustaka Mukmin dan minerva. Carilah. Lautan ilmu dari beliau.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.