Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, March 30, 2011

Mood Ku Datang Kerana Poco-poco !

Ini bukan poco-poco. Ini ialah Pocong


Assalamualaikum kepada pengunjung yang sudi membaca. Sekian lama ghaib di alam maya ini dek kerana berpijak di bumi nyata....menjejaki Haramain yang dirindu-rindukan ummat Islam sedunia selama 13 hari 11 malam bersama suami dan anak sulung tercinta.Syukur atas nikmat Allah yang tidak putus-putus kerana izin dan limpah rahmatNya. Nikmat menyebokkan diri dengan beribadah dan berserah kepadaNya pada setiap detik mata terbuka. Nikmat menjadi tetamu  Baitullah walaupun hina di sisiNya. Nikmat  mengejar pahala ribuan dan ratusan kali ganda. Nikmat di makbulkan segala taubat dan doa.Penuh harap ibadah ini mabrur dan maqbul dan amat takut amalan ini hanya tercatat sebagai satu pelancongan Cuti-Cuti Makkah Jalan-Jalan Cari Kurma dan Jubah. Aduh.....susahnya nanti tempatku disana !

Dunia maya ku lupakan sementara. Bila kembali semula ke rumah, nak mengupdate entry cukup malas kerana masih dibuai mimpi-mimpi indah di Makkah dan Madinah. Perkembangan Libya, dunia Arab dan tanahair tetap aku ikuti jua walaupun antara kisah tak kisah. Tetapi kisah 'disgusting' politik tanahair aku buat don'tno aje. Ah !! Jijik !! Mengaibkan !! Meloyakan !! Persetankan !! Yo lantak ler deme !! 

Tapi.....bila terdengar dan terbaca berita di bawah ni...pasal poco-poco.....aku jadi bersemangat pula dan jari jemariku terasa gatal nak menaip sesuatu...Ah !! Berpuaka betul poco-poco ni ! Moh baca berita mengujakan ini.............


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.


Alhamdulillah.....syukur. Elok bebeno le tu. Terima kasih Pok Jib dan Kak Semah. Semuanya keranamu jua!! Patutnya dari awal lagi tarian ini diharamkan. Pertama kali menonton tarian poco-poca pada pertandingan kebudayaan peringkat sekolah 5 tahun dahulu ketika masih mengajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh, aku beristighfar panjang dan menundukkan wajah kerana tak sanggup melihat lentuk2 dan gerudi2 pelajar2 perempuan menari bersama pelajar2 lelaki. Sungguh hodoh pandanganku ketika itu. Yang Allah.....inikah budaya yang orang Melayu tanamkan dikalangan anak-anak Islam ? Inikah yang kita asuh dan sogok untuk anak bangsa kita yang rata-rata anak orang Melayu Islam ? Kebudayaan Melayu ? Ini jatidiri bangsa kita ? Sungguh kita celaru dengan identiti bangsa kita dengan menerap masuk sesuatu yang jauh menyimpang dengan aqidah apatah lagi dengan kehendak budaya.

Jauh lebih baik apa yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Orang Asal (Asli) yang aku bawa mewakili sekolah aku ketika itu. Persembahan mereka mendapat pujian kerana mempamerkan sketsa tentang hidup bermasyarakat Orang Asal di hutan seperti menyumpit dan memperdengarkan alat bunyi-bunyian mereka. Manakala seorang pelajar perempuan Orang Asal telah mendapat johan mengharumkan nama sekolah kerana dengan jayanya membawa lagu asli Melayu  " Seri Mersing". Sedangkan  pelajar-pelajar Melayu sebok mempertontonkan tarian sensasi Jamaica !! Celaru...celaru.

Ku sangkakan tarian poco-poco diimport dari Indonesia. Menyumpah-nyumpahlah dalam hati ku " Adumak !! Tak cukup dengan dangdut...poco-poco pulak......cikgu mana pulak yang ngajor gerudi2 ni ? Jahil tukil betoi. Astaghfirullahal'azhim !!". Gitulah kisahnya. Jadi bersemangat pulak teman bercakap pasal poco-poco ni.

Bila mufti Perak memaklumkan tentang asal-usul poco-poco dari Jamaica, aku pun terus buat online study. Ini yang aku telah perolehi. Poco-poco juga ada kaitan dengan Indonesia. Moh study sama-sama.


Andai tarian ini tidak digerakkan dalam bentuk salib, bagiku tetaplah ia haram kerana kemudharatannya yang lain. Tarian telah diharamkan Allah sebelum kenabian Rasulullah saw lagi kerana Baginda ditidurkan Allah apabila Baginda berhasrat melihat dan mengetahui apa itu majlis tari menari. Apabila majlis tari menari tamat, barulah Rasulullah disedarkan dari tidurnya maka terlepaslah Rasulullah menyaksikan satu amalan fasik dan mungkar. Peristiwa itu berlaku sebelum Rasulullah saw diangkat menjadi Nabi.

Harap-harap yang diharamkan bukan sahaja poco-poco tetapi diharamkan juga joget lambak, joget lantak, joget ronggeng, joget tonggeng dan segala jenis joget dan tarian yang melibatkan aktiviti mempertontonkan lenggang lenggok wanita Islam dan percampuran antara jantina bukan muhrim. Malah tarian2 jenis ini  sudah jelas haramnya....tak perlu difatwa-fatwakan lagi. 

Bila cakap fasal haram-haram ni......mindaku melayang kembali mengimbau pengalaman di Tanah Suci baru-baru ini. Haram hajji ! Haram hajji ! Haram Hajjah ! Haram Hajjah !! Jerit Anggota Polis Masjidil Haram yang melarang jemaah mencium-cium dinding Ka'abah . Yang dituntut dicium hanyalah Hajarul Aswad bukan dinding-dinding Ka'abah. Gitulah ceritaku kali ini.


Alhamdulliah. selamat dah aku menulis.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.