Seorang makcik felda, Kak Flomah yang berambut tinggi mengalahkan songkok tinggi suaminya, mengadakan mesyuarat kaum ibu felda di Dewan Wang Rakyat di sebuah penempatan felda . Sebelum mesyuarat bermula kerana menantikan ahli-ahli yang belum sampai , Kak Flomah and the geng membantai dulu jamuan yang dihidangkan untuk mesyuarat supaya tidak membazir masa menunggu ahli-ahli korum lain. Begitulah Kak Flomah, tangannya aje dah berat 10 kilo. Belum kira berat badan lagi. Sambil menjamu selera kak Flomah pun bersuara.
"Eh Yunno my husband, very very goodlah. My birthdei kan, he buy for me this cincin permata (sambil menayang semua gelang2, rantai2 dan cincin2 yang dipakainya). Yunno harganya berapa ?" tanya Kak Flomah dengan teruja.
" Ntah....tak tau..." jawab seorang teman busy bodynya.
"One thousand one hundred one ringgit and one one sen !" jawab Kak Flomah dengan bangga.
Kawannya terkedu mendengar jawapan Kak Flomah. Bagi standard orang-orang felda, angka itu terlalu mahal.
"Eh !! I don't look like a LIAR , do I ?" Speakingnya menjadi-jadi.
"Oh No !! You don look like a liar but you do look like a LION". Sampuk seorang makcik felda yang lain sambil matanya menjeling fesyen rambut Kak Flomah.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.