Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru Buatku Dan Semua Guru


Selamat Hari Guru kepada semua muallim/muallimah dimana sahaja mereka berada dipenjuru dunia ini, baik yang masih mendidik, yang bakal mendidik (guru2 pelatih), yang telah bersara maupun yang telah mendahului kita ke alam barzakh. Setiap detik, setiap tinta pena dan marker, setiap titik peluh menitis menyampaikan segala ilmu serta kebaikan, InsyaAllah pasti diganjari Allah dengan pahala yang tidak putus-putus.
" Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah amalannya melainkan 3 hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang baik yang diambil manfaatnya (mengajarkan ilmu) dan doa anak yang soleh " (HR Muslim).

Apa sahaja ilmu yang baik , tidak kira samada ilmu agama mahupun ilmu keduniaan , pasti mendapat rahmat dari Allah. Bersabdalah Junjungan Besar Nabi Muhammad saw,
"Rahmat Allah bagi seluruh pengganti-penggantiku". Baginda pun ditanya "Siapakah pengganti tuan itu?". Baginda saw menjawab "mereka itu ialah orang-orang yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada hamba-hamba Allah ". 


Maka Mu'az salah seorang sahabat Nabi pun menjelas hal tersebut. Menurut beliau, belajarlah ilmu pengetahuan sebab belajar kerana Allah merupakan tanda taqwa kepadaNya, mencarinya merupakan ibadat, menelaahnya adalah sebagai tasbih, menyelidiknya adalah jihad dan mengajarkannya  kepada orang yang belum mengetahui adalah sedeqah, menyampaikan kepada ahlinya adalah kebaktian.

Allah meninggikan pangkat sesuatu kaum kerana ilmu pengetahuan yang mereka miliki. kemudian Allah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin, penghulu, pembimbing yang diikuti petunjuknya. Mereka juga sebagai penunjuk kejalan kebaikan, sepak terjahnya dicontohi, kelakuannya ditiru dan diteladani.

"Sesungguhnya Allah swt juga malaikat serta para penghuni langit dan bumi, sampai semut yang didalam lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan, semuanya memohonkan rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan pada orang banyak" (HR At Tarmizi).

MasyaAllah begitulah tingginya martabat dan luhurnya  jawatan sebagai murabbi atau muallim/muallimah atau ustaz/ustazah atau cikgu/cikgi atau teacher/sir atau pensyarah/instructor atau apa2 sahaja gelaran diberi kepada seorang pembimbing atau pendidik. Satu jawatan yang mewarisi sunnah nabi yang pasti perlu dijaga maruah keguruan agar tidak mencemari gelaran tersebut. Selamat hari Guru.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. GURU2 ADALAH TRANSFORMER NEGARA !!


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.