Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. Sudah lama ana tidak berkarya lantaran sibuk dengan urusan rasmi dan rumahtangga. Telah beberapa kali cuba memadamkan dunia maya ini...namun tidak kesampaian hati ana berbuat demikian kerna memikirkan ada beberapa catatan penting yang tak ingin dilupakan. Menulis bukanlah satu perkara mudah buat ana kerana tidak dilahirkan dengan bakat tersebut . Ditambah pula ana tidak punya banyak masa senggang. Di zaman persekolahan dulu pun, markah karangan ana rata-ratanya B belaka. Alhamdulillah. Nikmat Allah manakah yang ingin kamu dustakan ? Bayangkan andai kita dilahirkan untuk menjadi buta huruf selamanya .....au'zubillah.
Hari ini rutin ana ditempat kerja agak berbeza. Lunch break tadi, ana bergegas membuat persediaan mengajar Literasi Nombor yang kuliahnya jam 2.30 petang, kerana berjanji dengan seorang sahabat akan bersama ke majlis ilmu pada jam 12.30 tgh di tingkat 50 Menara Telekom. Kereta ana parking agak jauh dari biasa dek kerana kekurangan tempat parkir halal. Ana pernah disaman kerana meletakkan kereta pada garisan kuning berhampiran menara. Ketika itu ana menghadiri ceramah tentang Palestine yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang aktif menyumbangkan dana untuk rakyat Palestine. Ah ! Saman dari polis !!! Tak hingin ana membayarnya kalau dari polis !!....lantaklah..risiko ana tanggung !!! Ana berjalan agak jauh juga tetapi tidaklah menjadi isu besar memandangkan tajuk ilmu hari ini ialah Persediaan Ramadhan yang ana rasa lebih penting dari kecapetan berjalan demi kelangsungan iman dan taqwa yang semakin memudar.
Ana kurang mengenali sipenceramah, Prof Muhamed Kamil Ibrahim dari UiTM. Dewan seminar dipenuhi 95% kaum ibu yang bekerja di menara tersebut dan dari pejabat2 berhampiran. "InsyaAllah...penghuni syurga juga dipenuhi kaum hawa walaupun penghuni neraka kebanyakannya dari kaum ini ," bisik hati kecil ana. Hakikat yang telah diberitakan oleh Rasulullah saw melalui peristiwa Isra' dan mikraj.
Tersentuh...mengalirkan air mata keinsafan....membuka minda dan jiwa...tersedar...tiadalah kita apa-apa di sisiNya. Begitulah yang dapat digambarkan ciri-ciri kuliah yang telah diperdengarkan Prof kamil. Sepanjang 1 jam yang sempat ana ikuti, beliau belum lagi menyentuh soal Ramadhan, sekadar menyorot perjalanannya dari seorang insan berjiwa kosong, tandus ilmu ruhiyyah, buta agama kepada kemenjadian jati diri seorang hamba Allah yang sentiasa merintih dan mengharapkan rahmat dan hidayahNya hingga ke khatimah hidupnya. Semuanya bermula dari travelog hajinya suatu ketika beberapa tahun dahulu. MasyaAllah. Hidayah itu benar-benar milikNya, diberiNya kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki dan menariknya dari sesiapa sahaja yang Ia kehendaki.
Jam 1.45 ana bergegas kembali ke Jabatan kerana kelas ana akan bermula pula. Ceramah masih berjalan dan tip-tip persediaan Ramadhan belum sempat ana mendengarkannya. Namun...impak anecdote tadi tetap berbekas dalam lubuk hati dan terasa tidak sabar-sabar menanti kehadiran Ramadhan sehari dua lagi . Penuh harap agar Allah melimpahkan kasih rahmat dan pengampunannya buat ana, anak-anak serta suami ana agar hidup dalam penuh ketaqwaan dan keinsafan seperti si Penceramah. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.