Assalamualaikum kepada pengunjung budiman. Jenuh ana memikirkan hikmah kejadian musibah yang menimpa keluarga sehari sebelum Aidilfitri menjelang, pada 29 Ogos, Isnin. Empat anak (dari lapan orang) yang menaiki Viva, berconvoy dari Kelantan untuk beraya di Perak, terlibat kemalangan di lebuh raya timur barat, Batu 13 Gerik. Lemah longsai menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki budiman yang membantu anak2 ketika kemalangan berlaku, di waktu kenderaan ana mendahului kenderaan anak-anak dan meninggalkan mereka di belakang. Aidilfitri kali ini kami berendam airmata di Hospital Besar Ipoh, sesuatu yang tidak pernah terfikirkan dan dibayangkan. Hampir setiap hari ana bersujud syukur dan bersolat hajat kerana semua anak-anak ana selamat walaupun ada yang cedera. Ya Allah, Engkaulah Maha Bijaksana mengaturkan segala sesuatu. Pasti sarat hikmah atas musibah yang melanda kami sekeluarga. Ya Allah berilah kami kekuatan dan hidayah untuk menempuh ujian berat ini. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.