Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, September 19, 2011

Perkongsian Dari Sahabat Kaunselor (Mak Ha): Goal Praying Umrah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani
Salam to all anak2 buah mak Ha yang dirahmati Allah. Moga kita sering masuk ke hati dan berbicara dari hati.

Rasa teruja seperti biasa untuk berkongsi dengan sahabat2 agar kita dapat manfaat dari makna sesuatu peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidup kita sehari2. Moga perkongsian ini bebas dari hambatan2 yang ada yang akan merosakkan aliran energi positif mengalir ke dalam hidup kita.

Balik dari ‘Apperentice Vegas Pro’ di Bagan Lalang tempohari, sepanjang perjalanan duk sembang dengan anakanda azzat tentang ‘spiritual marketing’. Sempat juga mak Ha bersma dengan pak Din bercerita jauhnya perjalanan ke Bagan Lalang. Pak Din sempat berseloroh yang berbaloi la kalau dapat RM1k untuk talk dua jam. Mak Ha memberi respon, ‘Biar Allah aja la yang membalasnya’ dan pak Din menjawab lebih kurang maksudnya, ‘balasan di sisi Allah tu lebih bernilai’. Pas solat asar rasa teruja untuk melihat dan mengingat semula content bahan presentations yang telah dibuat tetapi tidak dapat digunakan dalam sharing dengan sahabat2..terutamanya bahan untuk pagi ahad tu yang rasanya tak pernah dibuat sebelum2 ini…idea yang datang dari hati untuk sharing dengan sahabat2 yang ada.

So selepas buat catatan apa yang teringat ( sebahagiannya je yang ingat..hehe), teruja pula nak buat goal praying. Ada dua goals yang terdekat; sebuah notebook canggih dan umrah akhir Ramadhan 2011. Dah dua tiga minggu yang lepas, dua impian dan keinginan ni datang…notebook untuk kuliah di tempat kerja dan training..umrah akhir Ramadhan..Subhanallah. Berseloroh dengan pak Din yang mak Ha nakkena beli notebook baru, nak pergi umrah Ramadhan, nak ganti ke empat-empat tayar gen2 dan nak kena ganti handphone yang baru jatuh dengan begitu teruknya. Pak Din kata, ‘wah…banyaknya nak kena ganti…’

Rasanya pagi ni sempat sharing tentang umrah akhir Ramadhan. Bermula dengan tawaran dari sahabat baik yang sangat dekat di hati sebab dialah sahabat yang pertama mendengar dan dapat menerima malah bersedia praktis goal praying bersama. Ketika sahabat tersebut datang ziarah kali ke 3 di IJN bulan disember 2010 yang lalu, dia sempat membisikkan di telinga…’Ha, kalau ko sihat lepas ni, aku nak sponsor ko pi umrah Ramadhan tahun ni….’. Tersenyum gembira dan dapat momentum luar biasa untuk cepat sembuh.

Masa begitu pantas berlalu selepas peristiwa IJN dan di antara tugas spiritual yang perlu diselesaikan adalah puasa qada’ selama 15 hari yang masih belum berganti sehari pun sedangkan Ramadhan tahun  ni semakin hampir. Entah sejak bila dan dah berapa tahun agaknya tapi ‘lama’nya waktu tu sehingga buat diri ni lupa bagaimana rasanya berpuasa Ramadhan dan qada’ puasa dalam keadaaan sihat dan berkemampuan untuk melakukannya. Bertahun-tahun berpuasa dengan penuh kepayahan tetapi Allah maha menolong dan maha mengasihani akan hamba-hambaNYA yang ingin menyahut cintaNYA. Begitu lah keadaannya bila berpuasa apatah lagi Ramadhan 2010 dilalui dalam keadaan yang sangat tidak sihat fizikalnya dan banyak yang perlu
diqada’kan.

Pendekkan ceritanya, akhirnya dua minggu lepas, mak Ha berjaya melakukannya…qada’ puasa 15 hari dalam masa 3 bulan.. Rasa terharu dan kegembiraan yang sukar digambarkan di sini tapi sempat meluahkan kata-kata ‘Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Allah dan terima kasih ya Allah kerana mengizinkannya berlaku pada diriku’. Walaupun mungkin ketika itu ‘fikiran’ menyatakan apalah yang nak digembirakan sangat tentang hal itu kerana orang lain berkejar-kejar melakukan puasa sunat sepanjang tahun terutamanya di bulan Rejab dan Syaaban..(hehe). Petang tu sebelum berbuka puasa, sempat sms suami untuk berkongsi rasa syukur dan gembira. Di sebalik rasa bersyukur kerana dapat qada’ puasa, terdapat rasa syukur yang lebih luar biasa iaitu ’rasa mampu’ berpuasa yang dititipkan Allah ke dalam diri ini yang entah sekian lama menghilang. Lebih jauh dari itu, tentunya rasa ‘macam dah jauh lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya terutama selepas peristiwa di IJN tempoh hari. Mungkin sahabat-sahabat yang datang ziarah di IJN dapat menggambarkan keadaan ketika itu.

Di antara sms kepada pak Din, ‘…rasa rindu untuk ke Mekah dan bestnya kalau dapat pergi mengerjakan umarah akhir Ramadhan tahun ini untuk menyatakan rasa syukur ini…’
Rasa tak sempat nak cerita panjang lagi..pagi ni teruja untuk pergi recharge ESQ training di Flamingo. Doakan dapat sharing lagi…

Pendek cerita, selepas ‘Asar dari Bagan Lalang, mak Ha duduk atas katil buat goal praying petang tu dan visualisasikan sedang mengerjakan umrah…tetiba datang perasaan yang sangat positif hingga tak sedar mengalirkan air mata…walaupun saat itu dan hingga ke saat ini, mak Ha belum nampak lagi jalan bagaimana untuk ke sana terutamanya kekangan kewangan dan kesihatan yang tidak mungkin memampukan diri ini melakukannya ketika ini..sejak keluar IJN, hampir seluruh gaji tiap bulan disalurkan untuk ikhtiar kesembuhan diri fizikal, spiritual, mental dan emotional.

Alhamdulillah ada pak Din yang sentiasa memberi sokongan..hehe. Walau pun sahabat baik mak Ha janji nak biayai mak Ha tapi hati kecil ni rasa lebih aman dan selesa kalau dapat pergi umrah atas biaya sendiri dan tidak mengharap bantuan apatah lagi pembiayaan orang lain. Walau pun sebulan dua yang lepas (masih duduk di rumah bercuti sakit yang panjang) dia ada menanyakan samada mak Ha nak pergi ikut dia atau tidak…dan sambil bergurau mak Ha mengatakan ‘..kalau orang nak belanja, merangkak pun sanggup pergi..’. Kami gelak bersama dan isu tersebut tidak dibincangkan lebih lanjut kerana waktu itu memang keadaan fizikal tidak mengizinkan pun. Lagi pun, mak Ha memang mengenalinya dan hasil dari perbualan kami menunjukkan tanda-tanda yang dia pun belum ada kewangan yang mencukupi untuk dia sekeluarga seramai dua belas orang untuk pergi umrah Ramadhan tahun ini. Setiap tahun sekurang-kurangnya sekali dia akan pergi sekeluarga dan sekurang-kurangnya seramai sepuluh orang keluarga yang lain akan dibawa bersama dan dibiayai sepenuhnya. Tentunya memerlukan kos yang agak lumayan gitu. Lagi pun hati kecil ini bercadang hendak membawa seseorang yang akan menemani dan membantu mak Ha di sana. Tak bercadang nak bawa anakanda Azzat sebab nak bagi peluang pada orang lain ke sana terutamanya mak Ija dan ayah Me. Kan anakanda Azzat dah diberi peluang oleh NYa untuk mengerjakan umrah dan Haji waktu usianya muda. Petang tu telefon mak Ija dan mak Ija terkejut dengan pelawaan tersebut. Selepas tu telefon pula Muaz dan Muaz gelak-gelak dan bertanya mak Ha ke nak biayai dia. Mak Ha menjawab, sekarang ni bukan lagi zaman makcik belanja anak buah, anak buah la kena belanja makcik. Muaz bertanya ‘..baper la agaknya kos pergi umrah tu..’. Mak Ha menjawab ‘boleh la tahan bila Ramadhan ni antara tujuh hingga lapan ribu…’. Muaz pula memberi respon ‘wah…mana nak cari duit tu…’. Bila jumpa Maya malam tu di rumah mak Ina, terus bertanya, ‘jadi ke Maya planning umrah kita masa kat IJN dulu…?’ Tersenyum-senyum Maya, ‘tak jadi la mak Ha sebab…..’. Mak Ha menjawab lebih kurang begini, ‘mak Ha pun belum nampak jalannya tapi goal tu terpahat di hati mak Ha sejak tu dan Ramadhan dah dekat ni…’.

Sekarang ini, dari aspek fizikal pula, walaupun banyak perkembangan-perkembangan yang luar biasa tetapi masih jauh perjalanannya khususnya masalah-masalah teknikal ketika sesuatu perjalanan tu jauh. Kekerapan buang air kecil, jari-jari di kedua belah kaki dan tangan masih ‘numb’ dan sakit, pinggang ke bawah terutamanya kedua belah lutut masih sakit dan lemah, sering rasa berpusing dan pening yang berkemungkinan disebabkan oksigen dan darah yang sampai tu tak mencukupi, tidak mampu berdiri mahu pun duduk lama apatah lagi berjalan jauh dan masih tidak dapat melakukan sujud ketika solat. Apabila anakanda Azzat diberitahu akan keinginan ini, dia terus memberi respon yang kalau mama nak pergi, mama tak boleh pergi sorang-sorang..walaupun makcik dan anak-anak dia ada tapi mana sama keluarga sendiri…mama tu kadang-kadang nak pakai setokin pun kena orang tolong..lagilah bila nak tawaf dan saie..ni pergi umrah ma….’ dan panjang lagi leterannya. Mak Ha diam dan mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan itu benar belaka. Mak Ha memberi respon, ‘…mama tak tau nak respon apa...tu la yang mama kata yang mama memang tak nampak jalan pun nak pergi terutama kewangan dan kesihatan fizikal..tapi teruja betul terutamanya bila membaca ‘andainya ini Ramadhan terakhir…entah la…yang pastinya mama teruja nak pergi dan mama hanya boleh menyatakan pada Azzat yang biar lah Allah yang memelihara dan menjaga mama..tahu la Allah nak menjaga, mengatur dan meyusun yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kalau ianya baik buat mama, sesuai waktunya dan mama pilihan Allah untuk manjadi tetamuNya Ramadhan ni, tentu mudah dan ada jalannya…’. Terdiam Azzat dan termenung panjang, akur dengan penjelasan tersebut.

Pagi Selasa atau Rabu sms pak Din, ‘…abang izinkan tak kalau nak pergi umrah akhir Ramadhan tahun ni…?’ Beberapa hari tu dah pun bertanya tapi pak Din diam nampaknya seperti berfikir panjang. Dua kali sms barulah pak Din membalas dengan panjang lebar walaupun hanya meminta izin darinya..antara isi isms tu ‘..x tau nak jawab apa sebab abang belum ada duit yang cukup untuk hantar p umrah dan….’.Mak Ha balas sms tu ‘….Cuma minta keizinan abang je tapi panjang lebar jawapannya…hehe..relak-relak dan tenang-tenang bang..keinginan nak pergi tu kuat tapi memang belum nampak pun jalannya terutama kewangan dan kesihatan…..’.

Jumaat tengah hari ketika di Flamingo, muncul keinginan yang semakin kuat untuk pergi umrah Ramadhan. Sambil berESQ training, sempat melakukan goal praying dan ‘affirmation’ mengerjakan umrah Ramadhan..lagi lah kuat keinginan tu bila melihat phamplet malam renungan ESQ bertajuk “Andainya ini Ramadhan terakhir…’. Rasa sayu dan terharu dengan tajuknya sambil tersenyum-senyum datangnya perasaan yang positif dengan bisikan…’bestnya andainya aku akhiri Ramadhan tahun ini di depan rumahMU sambil menggambarkan aku sedang bertawaf mengelilingi Kaabah bersama para malaikat…apatah lagi kalau andainya ini Ramadhan yang terakhir buatku…’. Pak Ary lak baru je melakukan aksi helang terbang bebas seperti hati yang terbang bebas dan merdeka naik ke atas bertawaf sambil berzikir mengelilingi cakerawala….Subhanallah…itulah di antara sebab mak Ha tetap meneruskan ‘recharge’ ESQ training walau pun media sibuk dengan isu pengharaman ESQ. Perjalanan spiritual yang sangat bermakna dan sukar untuk dikongsikan bersama yang lain.  Mak Ha terus menghubungi sahabat baik mak Ha tu dan menyatakan keinginan untuk pergi bersama dia dan keluarganya. Masa dah terlalu singkat, hanya seminggu lagi Ramadhan tiba dan ini bermakna pada bila-bila masa permohonan visa akan ditutup. Mak Ha bertanya.’..agaknya ada ruang lagi tak untuk saya join umrah dengan awak…?.’ Tergelak sahabat mak Ha dan dicampur dengan perasaan cemas menyatakan yang masa dah terlalu singkat dan grup mereka dah penuh malah dah selesai pun urusan-urusan yang perlu dilakukan. Mak Ha hanya pasrah menerimanya.

Pagi Sabtu sebelum ke ESQ training, dia telefon dan minta mak Ha hantar pasport antarabangsa secepat mungkin pagi ini juga…’Ha, kalau awak betul-betul nak pergi, kena hantar pasport dan gambar pagi ni juga..bilik memang tak ada, dah penuh. Ni pun Husin kesian kat awak dan hanya sorang je lagi boleh ikut, itu pun kena share katil dengan orang lain…’. Terdiam dan tergamam, macamana nak buat keputusan dalam waktu yang sangat singkat. Hati terus berbicara dan fikiran terus mencelah. Akhirnya mak Ha mencari passport dan masukkan ke dalam beg tangan. Fikiran mengatakan, ‘apa-apa pun hantar dulu passport, keputusan nak pergi atau tidak dan bagaimana nak atasi kekangan-kekangan serta hambatan-hambatan yang ada tu kemudian…’. Sejam dua selepas tu dia telefon semula dengan gelak ketawanya…’betul-betul la ko ni…kelam kabut saya dan Husin dibuatnya…selesai dah urusan visa dan tiket ko…dah boleh packing barang..’. Terdiam mendengar khabar tersebut walaupun sempat melahirkan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..Masih teringat kata-katanya petang semalam yang agak sukar untuk dapat visa lagi dalam waktu begini. Katanya lagi, proses visa  untuk Ramadhan ni, seperti permohonan visa di musim haji yang memerlukan kelulusan Arab Saudi terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan visa di sini…banyak prosedur dan lama prosesnya.

Terima kasih ya Rabb…nanti kita sambung ok..dah lewat sangat untuk bersiap ke ESQ training…lakukanlah goal praying dengan penuh keyakinan dan pengharapan hanya pada DIA.
Asyik dengan penyampaian demi penyampaian Pak Ary dan Pak Iman di ESQ training, sambil tersenyum-senyum melakukan goal praying umrah akhir Ramadhan tanpa membuat keputusan dan mencari solusi terhadap kekangan-kekangan yang ada. Perjalanan spiritual yang luar biasa sewaktu penyampaian Pak Ary malam renungan “Andainya ini Ramadhan terakhir…’ dan bila masuk kereta untuk pulang ke rumah malam tu bersama Maya, mak Ogy, Zarif, pakcik Sepul dan Azzat, mak Ha terus menyatakan..’ geram tu dengan Pak Ary..Allah beri dia pakej yang cukup menjadi seorang trainer yang hebat dan luar biasa…especially rumusan Ramadhan ddengan ESQ 165 yang sangat padat, ringkas, tersusun dan mmenarik…tu kalau duk depan Pak Ary sepuluh kali pun, belum tentu dalam sampaikan pada orang lain seperti yang Pak Ary sampaikan…’. Begitulah setiap kali selepas mendengar penyampaian ESQ terutamanya Pak Ary.

Balik dari ESQ petang Ahad, keletihan dan berehat sambil meneruskan ‘affirmation’ yang sedang dilakukan. Sepanjang pagi Isnin, berkejar ke sana sini di pejabat menyiapkan kerja-kerja yang banyak yang perlu diselesaikan hari tu juga. Sering mengingatkan diri agar lakukannya dengan hati yang positif dan sering ingatkan bahawa itulah zikir dan tasbihku pada DIA. Sesekali tersenyum riang kerana banyak perkara ‘miracle’ berlaku terutama kerja-kerja yang banyak menjadi mudah. Pagi tu bila nak pergi kerja teringat dengan kurma beberapa kotak di atas meja di ruang tamu. Hati berbisik ‘..mmm, lupa lak dengan kurma ni..’ dan sambil turun lif dan menuju ke kereta, sempat visualisasikan sambil tersenyum hari ni kurma mariami  terjual dua kilo, kurma ajwa sekilo dan kurma zam-zam terjual beberapa kotak kecil. Teringat respon Azzat bila dia dengar bercadang nak jual kurma, ‘..mama jangan kata nak jual kurma pulak….’. Sambil tersengih-sengih, mak Ha membalas responnya, ‘..suka-suka dan terasa teruja betul bila tengok banyaknya kurma kat show room che Mat…kebetulan tengah hari tu sampai di tempat che Mat, kurma satu lori pun tiba...lagi pun mama memang mencari-cari sesuatu yang memberi momentum dan mengaktifkan aliran energi positif yang dah berbulan-bulan berehat ni…bukan nak berniaga sangat pun..’.
Antara yang lucunya, tetiba pagi tu seorang kawan pejabat meminta sekilo kurma mariami…tersenyum sendiri mengingatkan goal praying kurma sebelum pergi kerja pagi tadi.

Seorang kawan menelefon setibanya di rumah  selepas kerja, ‘..kak Ha, boleh ke kalau kalau saya nak kurma zam-zam seratus dua puluh kotak kecil dan kurma mariami enam kilo (satu kotak besar)…’. Mak Ha hanya mampu tersenyum dan menyatakan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah…dan terus berbicara dengan hati, ‘…agaknya inilah pesanan Allah padaku..norihah, tugas  ko meminta padaKu dan  ko izinkanlah ianya berlaku…dan yang lain-lain tu tugas Aku. Aku lah yang maha Pemberi Rezeki, maha Mengatur dan maha Mendengar. Aku akan memberi pada yang meminta padaKu pada waktu yang tepat dan sesuai dengan hamba-hambaKu…’. Malam tadi seorang kawan rapat datang ke rumah, ambil kurma ajwa sekilo dan kurma mariami setengah kilo lagi. Keletihan tertidur selepas itu tapi sempat mengucapkan ‘Alhamdulillah, terima kasih ya Allah…I’m getting better and better physically, spiritually, mentally and emotionally’.

Terselit pula cerita tentang kurma (selingan)….Setiba sahaja di rumah, terus bercerita dan menyatakan pada Azzat, ‘…gembiranya mama hari ini..’ dan terus sharing tentang banyak hal-hal ‘miracle’ berlaku kat pejabat hari ini termasuklah hal kurma tadi. Mak teruskan sharing, ‘tapikan ada satu lagi kegembiraan yang tak terjangkau dek fikiran hari ni…tadi sebelum balik teringat tentang umrah Ramadhan dan sambil membelek borang permohonan bercuti ke luar negara sambil bercadang untuk menelefon sahabat baik yang menguruskan umrah tersebut. Belum sempat lagi untuk bersembang panjang dengannya tentang proses visa dan sebagainya. Tetiba handphone berbunyi dan sahabat baik mak Ha menelefon..menjawab telefon sambil tersenyum…sahabat mak Ha terus menyampaikan berita gembira dengan penuh perasan, ‘Ha, saya dah settlekan semua bayaran ko pergi umrah tu…ko diam-diam…’. Mak Ha sempat bertanya’ ‘agaknya berapalah saya kena bayar dengan awak tu..’. Dia menjawab,’kan saya dah kata..saya dah settlekan semuanya..ko tinggal siap-siap dan bawa badan yang sihat…buat umrah betul-betul dan berdoa banyak-banyak..ko jangan lupa doakan saya…nanti ko kena ajar saya macamana ko buat goal praying tu…kalau ko nak tau, saya baru je dapat duit RM50k tadi…hehe..’. Itu lah di antara kata-katanya dan mak Ha sekali lagi hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah….’ Dan mak Ha mengucapkan padanya,’..saya hanya mampu mendoakan awak ,husin dan keluarga terus diberi rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah…’. Dia memberi respon lagi,’Ha, cukuplah ko mendoakan aku sentiasa diberi rezeki yang cukup untuk mengerjakan umrah dan haji setiap tahun bersama anak-anak dan lain-lain’.  Dia mengakhiri sembang kami dengan ' so insyaAllah kita akan p pada Jumaat 19 Ogos  jam 3 petang dari KLIA ke Jeddah pernerbangan SV833 dan balik pada 2 September 2011 (birthday siapa agaknya…) jam 1 tengah hari pernerbangan SV828 dari Madinah...dah...x yah fikir banyak-banyak lagi, siap-siapkan diri untuk pergi ke sana'.  Rasa tidak sabar hendak berkongsi kegembiraan ini dengan pak Din, Azzat, tok yah dan tok Tan. Bila agaknya dapat jumpa dan bagitahu pak Din berita gembira ini. Jauh di sudut hati, bestnya kalau dapat pergi dengan pak Din, Azzat, mcik Zah, kakak, adik, mak Ija, ayah Me dan makcik Net sekali. Antara respon Azzat yang paling best sekali, “dah tu Azzat puasa dan raya sorang-sorang la ??? Sedap je mama…’.

InsyaAllah kita sambung lagi…nak pergi IJN dan pejabat…berminat nak tahu macamana langkah-langkah yang perlu untuk melakukan goal praying ? Doakan agar mak Ha diberi kekuatan dan kelapangan untuk berkongsi dengan korang semua.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.