Sesampai di tempat kerja.....fikiran kembali berserabut. Kerja kursus pelajar belum bersemak, kertas ujian belum bertanda, kertas pepriksaan yang belum dibina, minit mesyuarat yg belum ditaip, maklumat-maklumat yang belum diisi secara online, belum itu...belum ini. Jadual kelas yang padat. Sudah 4 sabtu berturut2 tiada dirumah...kursus, kuliah, camping, lawatan....itu ini.
8 jam waktu bertugas sehari, hanya 2 jam waktu terluang untuk membereskan segala yang tertunggak !!! Terkejar-kejar di waktu lunch break, solat sekadarnya. Kalau dulu, solat wajib ditampungi dengan solat rawatib, sempat meluangkan masa berzikir, bermunajat. Dinilai tambah dengan solat Dhuha.Hari ini, semua itu tiada.
Setiba dirumah, kepenatan. Sering terlelap sebelum maghrib, waktu dilarang untuk tidur, banyak mudharatnya. Waktu membaca Al Quran antara maghrib dan Isyak, sekadar 2-3 'ain. Dalam Ramadhan, mampu pulak mengkhatamkan Quran di hari ke 16, mampu pulak menghabiskan 2 juzuk sehari. Mampu berdiri malam sehingga tamatnya Ramadhan walau dalam keuzuran. Tahajjud, hajat dan witir, menjadi rutin peribadi. Hari ini, ibadah sekadar memenuhi yang wajib dan rukun sahaja. Tiada lagi salawat 100 kali sehari. Tiada lagi zikir itu ini. Begitu sebok dengan urusan dunia...ibadah pun cincai-cincai aja...
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menapak semula di jalan Mu...
Your investing into this wonderful blog. Please do follow/comment on my blog. Stay blessed and keep up the good work, see my new article on gold investing online.
ReplyDeletewalaikum asalam mashAllah nice blog
ReplyDelete