Assalamualaikum buat pengunjung yang dirahmati Allah. Memang berniat untuk menyertai Demonstrasi menarik balik penggantungan terhadap Prof Aziz tempoh hari seusai solat Jumaat di Masjid UIA, namun perjalanan pergi balik yang mungkin mengambil masa 1 jam, mengkhuatirkan ana akan sampai semula ke kampus tempat bertugas melewati 2.30 pm. Sudah kira mencuri masa waktu bertugas kerana tempoh lunch hour tamat 2.30 pm. Lantas mengajak seorang pelajar ke majlis ilmu untuk kaum wanita pada waktu lunch hour tersebut. Perjalanan majlis ilmu itu memberi tempoh yang agak selesa untuk sampai semula ke tempat bertugas.
.
Ah ! Tak apa...secara peribadi ana terkesan dengan Azizbarisme walaupun tidak bersama anak-anak muda yang memprotes penggantungan Prof Aziz.Yang penting ana adalah sebahagian dari Azizbarisme !!
Dunia akademik adalah dunia ana sejak 20 tahun yang berlalu. My bread and butter. Bergelumang dengan dunia pendidikan menyebabkan ana agak sensitif dengan isu2 berkaitan akademik dan perkembangan ilmu.
Begitulah betapa dunia ketiganya mentaliti pemimpin kita yang tidak boleh dijentik lansung walaupun mereka cuba diperbetulkan dengan dalil akademik dan fakta-fakta perundangan walhal undang-undang tersebut adalah dicipta oleh tangan-tangan dan kepala otak mereka sendiri. Terkedu ana memikirkannya betapa sempitnya pemikiran pemerintah kita yang kononnya bermazhabkan demokrasi. Demokrasi amenda...DEMOTAKASi adala...
Malang teramat malang...pelajar-pelajar menjadi mangsa dengan tindakan tidak bertamadun ini. Kepakaran bijak pandai tidak dihargai semata-mata memuaskan hati golongan tertentu. Padahal Prof Aziz tidak memberi komen atas mana-mana tiket parti politik. Tangan-tangan ghaib sering mengganggu gugat pentadbiran universiti sehingga perkembangan ilmu menjadi begitu jumud dan terbantut. Tidak hairan....ranking universiti-universiti kita terus-terusan berada di bawah. Nak menyebut UIA sebagai universiti bertaraf antarabangsa, rasa-rasanya lebih sesuai dianggap ia sebagai sebuah universiti bertaraf paya kangkung.
Teruskan perjuangan pena dan ilmiah mu Prof. Aziz Bari. Kami golongan akademik dan pendidik tetap berdiri teguh dibelakangmu. Kami bersama anda dalam SOLIDARITI KEBEBASAN AKADEMIK.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.