Terima kasih datok ! terima kasih datok ! kami sayang kamu semua ! Kerana dengan kasih sayang kamu...sebahagian rakyat malaysia yang inginkan kebebasan berhimpun secara aman, seaman perhimpunan maulidir Rasul atau perhimpunan kemerdekaan atau perlawanan bola sepak atau kenduri kahwin atau perhimpunan agong umno....dapat menikmati nikmat perhimpunan aman tersebut di perkarangan Mahkamah Tinggi KL, jalan Duta pada 9 Jan. Ya..ini bukan demontrasi jalanan tapi demontrasi perasaan dan hasrat rakyat yang inginkan keadilan, ketelusan dan pemerintahan yang baik dan berjiwa rakyat...ianya bukan kerana DSAI.
Rakyat-rakyat yang ingin berkumpul seawal 7.oo pagi dinasihati ikutilah tip-tip ini:
1. keluar dengan doa, wuduk atau solat sunat dulu. (adab2 melangkah keluar yg baik. Paling kurang dgn berdoa)
2. Parking kenderaan dgn baik. Jgn tinggalkan barangan berharga didlm kereta. kunci dan tawakkal.
3. Berkumpul dan dengar arahan polis dan petugas keselamatan yang dilantik.
4. Beri salam dan senyum pada polis.
5. Jangan bertolak2.
6. jangan ganggu persidangan mahkamah.
7. Jangan buat sebarang provokasi kpd pihak keselamatan.
8. Bersurai selepas 1 jam keputusan dijatuhkan .
SELAMAT BERHIMPUN AMAN SEMUA....Semoga ketidakadilan dan kezaliman terhapus di muka bumi Malaysia.Dan Semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam ..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.