Assalamualaikum Dr Madeyy dan semua pembaca yang sudi
membaca. Semoga meneruskan ibadah yang diperkukuhkan melalui madrasah Ramadhan
1433H yang baru berlalu. Syukur dengan rahmatNya, kita masih diberi peluang
untuk meneruskan amal ibadah di bulan Syawwal, bulan kemenangan.
Apa itu malaikat ?? Ya..ini
soalan budak darjah satu...tapi orang yang bertitle doktor belum tentu
boleh menjawab soalan markah percuma ini . Sekiranya dijawab dengan akal
fikiran yang dangkal dan logik sendiri,
lebih-lebih lagi tanpa bersandarkan kepada nas yang bersumberkan wahyu Allah dan hadith yang sahih,
boleh mendorong kepada pentafsiran yang sesat lagi salah...alamat
hancusssslah aqidahnya. Manakan tidak
kerana beriman kepada Malaikat adalah rukun Islam yang wajib diimani dengan
sebenar-benarnya.
Dr Madeyy,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang berbeza sama
sekali dengan kejadian manusia di segi zat, sifat dan tugas-tugasnya. Diciptakan
terlebih dahulu daripada penciptaan manusia, tercipta daripada cahaya. Malaikat
itu tidak lelaki dan tidak perempuan. Mereka termasuk makhluk halus yang tidak
dapat dikesan melalui pancaindera biasa, maka urusan tentang Malaikat hanya
Allahlah yang Maha Mengetahuinya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara
ghaib. Maka makrifah kepada malaikat terbatas kepada apa yang dijelaskan dalam
Al Quran dan hadith dan tidak ada dalam mana-mana kitab-kitab kedoktoran.
Dr Madeyy,
Dalam kitab Al Jawahirul Kalamiyah, ayat 15 mentakrifkan
malaikat itu sebagai;
“Mereka itu adalah jisim-jisim yang halus, dijadikan
daripada cahaya, tidak makan dan tidak minum, mereka adalah hamba-hamba yang
dimuliakan, tidak menderhakai Allah dalam melaksanakan apa-apa yang
diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan
kepada mereka.”
Dalam sebuah hadith meriwayatkan;
“Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan
daripada nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepada
mu” Riwayat Muslim.
Firman Allah dalam Al Baraah : 26;
“Dan Ia (Allah) menurunkan tentera (malaikat) yang kamu
tidak lihat dan Ia seksa mereka yang kafir, yang demikian itu sebagai ganjaran
bagi orang-orang kafir”
Namun dalam keadaan tertentu, malaikat itu dapat menjelma
seperti bentuk dan rupa manusia dengan izin Allah melalui pancaindera biasa.
Banyak dalil-dalil Al Quran yang menceritakan tentang penyerupaan malaikat
kepada rupa fizikal manusia yang boleh dilihat;
“Dan ceritakanlah kisah Maryam yang tersurat dalam kitab,
ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya ke suatu tempat yang terletak di
sebelah timur. Dia membuat tabir dari mereka. Kemudian kami (Allah) mengutus
Roh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya sebagai seorang
manusia yang sempurna” Maryam : 16-17.
Malaikat juga boleh diperlihatkan dalam keadaan diri mereka
yang sebenar dengan izin Allah seperti yang di saksikan sendiri oleh Rasulullah
ketika Isra Mikraj. Rasulullah telah menceritakan bahawa Jibril as mempunyai
ratusan ribu sayap ketika baginda diizinkan melihat Jibrail semasa di mikraj.
Sering juga malaikat bertemu Rasulullah dalam rupa manusia yang berjubah putih
dan wajah yang putih bersih untuk mengajarkan sesuatu kepada Baginda.
Dr Maddeyy,
Malaikat adalah hamba Allah yang sangat dimuliakan walaupun
kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding kejadian malaikat itu
sendiri. Malaikat hanya diberi aqal, manakala manusia selain dibekalkan dengan
aqal mereka dilengkapkan dengan nafsu .
“Bahkan mereka (malaikat) itu adalah hamba-hamba Allah yang
dimuliakan” Al-Anbiya : 26.
Kemuliaan mereka adalah kerana kepatuhan mereka yang sangat luar biasa, tidak engkar, menjalankan
tugas dengan tepat menurut perintah, tanpa lengah sesaatpun, tanpa ada salah
dan silap dalam semua tugas yang amanahkan !!!!! Ada malaikat yang terus sujud sampai kiamat,
ada yang terus rukuk sampai kiamat, bersolat sebaik sahaja azan dilaungkan
tanpa lengah sesaat pun. Ce coba crita, tang mana malaikat itu ada buat salah
??? Tok Guru mana yang habaq macam tu ???.
Tok Guru mana Maddeyyy Dey Dey Oiiiii??
Dr Maddeyy,
Allah SWT Maha Bijaksana kerana menciptakan
pegawai-pegawaiNya yang sifar kesalahan dan tersangat cekap lagi tersangat bersih,
tersangat amanah dan tersangat patuh !! Kerana Dia telah mengagihkan
tugas-tugas yang amat berat yang berkaitan dengan hal-hal ghaib yang manusia
tidak mampu melaksanakannya.
Inilah antara tugas-tugas malaikat yang sangat mulia;
1.
Pembawa wahyu Tuhan. Tak kan mereka tersilap
nabi, takkan mereka tersilap membacakan kalamullah . Takkan mereka tersalah
haribulan!!
“ Katakanlah. Barangsiapa yang menjadi
musuh Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu
denga izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi
petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman” Al Baqarah : 97.
2.
Pemberi salam kepada ahli syurga. Takkan tersilap
mereka membawa salam kepada ahli narrrr !!
“Dan para malaikat menemui mereka (ahli
syurga) itu dari segala pintu. Mereka mengucapkan Selamat ke atas kamu sekelian
(memasuki syurga) kerana keteguhan hatimu” Ar Rad : 23-24.
3.
Menyeksa ahli neraka. Takkan mereka tersilap
memberi siksaan. Takkan mereka tersilap memilih pesalah !!!.
“Tidaklah kami jadikan untuk menjaga neraka
itu melainkan malaikat” Al Muddatsir : 31.
4.
Mendoakan orang beriman. Takkan salah doa yang
dibacakan dan takkan dia tersalah orangnya.
“ Pada setiap pagi hamba Tuhan disertai dua
malaikat yang berdoa. Yang satu berkata . Ya Allah berikanlah kerosakan
terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya (untuk sedekah). Sedang yang
lainnya berkata. Ya Allah berikanlah gantian terhadap orang yang gemar
membelanjakan hartanya (untuk kebaikan).” Hadith Rasulullah.
5.
Pencatat amal perbuatan. Takkan salah apa yang
dicatatnya walau sezarahpun !! kerana dosa dan pahala perlu dicatat dengan haq
walau perbuatan yang sebesar zarrah jua .
“Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa
penjaga, malaikat yang mulia sebagai pencatat. Mereka mengetahui apa sahaja
yang kamu lakukan” Al Infithar : 10-12.
“Ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat
penyambut. Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya sebelah kiri.
Tidak sepatah katapun yang diucapkan oleh manusia itu, melainkan di dekatnya
ada pengawas, siap sedia (mencatatnya)” Qaf : 17-18.
6.
Pencabut nyawa. Takkan tersalah orang nyawa
melayang !! Takkan terlewat takkan tercepat waktu ajalnya . Takkan tersilap malaikat buat kerja
yang bukan main-main ini !!.
“Katakanlah. Malaikat maut yang disertai
tugas untuk mematikan kamu” AsSajadah : 11.
7.
Penghibur hati orang-orang beriman. Takkan
tersilap malaikat memilih orang. Takkan salah cara menghibur !!
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan
bahawa Allah itu Tuhan kami, kemudian mereka itu berpendirian teguh, malaikat
akan turun kepada mereka, seraya berkata. Jangan kamu takut dan jangan
berdukacita dan terimalah berita gembira memperoleh Syurga yang telah
dijanjikan kepadamu”. Fushilat:30-31
8.
Pengukuh jiwa Mukmin, Memperkuat barisan Mukminin
. Semua ini adalah tugas-tugas
melibatkan perkara ghaib dan kekuasaan Allah. Mana mungkin malaikat-malaikat
ini membuat kesilapan.
“KetikaTuhanmu mewahyukan kepada para
malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) bersama kamu semua maka perkukuhkanlah
orang-orang yang beriman.” Al Anfal : 12.
9.
Penyoal kubur, Penjaga rezeki, penjaga
syurga-neraka , penjaga alam, penjaga gunung-ganang dan pelbagai tugas-tugas alam ghaib yang
diperintahkan kepada para malaikat alaihissalam. MANA MUNGKIN MEREKA MEMBUAT
KESILAPAN Maddeyyyy !! Mereka adalah hamba Allah yang berterusan beribadah
sehingga hari kiamat. They are error-free!!
Dr Madeyy,
Ce cuba sebutkan 10 nama malaikat yang kamu tahu ?? Ada
berani ? Jangan masukkan malaikat ISRAEL
udahle !! Kalau itupun tak boleh nak jawab......jangan dok memandai cerita
pasal malaikat. Entah cerita israeliyyat
APCO mana yang kau kutip. Alahai....setan yang ku kenal...........