Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, August 27, 2012

Mai Nak Habaq Pada Dr Maddey Apa Itu Malaikat ...Habaq Mai Tok Guru Mana Kata Malaikat Pun Buat Salah ???



Assalamualaikum Dr Madeyy dan semua pembaca yang sudi membaca. Semoga meneruskan ibadah yang diperkukuhkan melalui madrasah Ramadhan 1433H yang baru berlalu. Syukur dengan rahmatNya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan amal ibadah di bulan Syawwal, bulan kemenangan.

Apa itu malaikat ?? Ya..ini  soalan budak darjah satu...tapi orang yang bertitle doktor belum tentu boleh menjawab soalan markah percuma ini . Sekiranya dijawab dengan akal fikiran  yang dangkal dan logik sendiri, lebih-lebih lagi tanpa bersandarkan kepada nas yang  bersumberkan wahyu Allah dan hadith yang sahih, boleh mendorong kepada pentafsiran yang sesat lagi salah...alamat hancusssslah  aqidahnya. Manakan tidak kerana beriman kepada Malaikat adalah rukun Islam yang wajib diimani dengan sebenar-benarnya.

Dr Madeyy,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang berbeza sama sekali dengan kejadian manusia di segi zat, sifat dan tugas-tugasnya. Diciptakan terlebih dahulu daripada penciptaan manusia, tercipta daripada cahaya. Malaikat itu tidak lelaki dan tidak perempuan. Mereka termasuk makhluk halus yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera biasa, maka urusan tentang Malaikat hanya Allahlah yang Maha Mengetahuinya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Maka makrifah kepada malaikat terbatas kepada apa yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith dan tidak ada dalam mana-mana kitab-kitab kedoktoran.

Dr Madeyy,
Dalam kitab Al Jawahirul Kalamiyah, ayat 15 mentakrifkan malaikat itu sebagai;
“Mereka itu adalah jisim-jisim yang halus, dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan tidak minum, mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan, tidak menderhakai Allah dalam melaksanakan apa-apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan kepada mereka.”

Dalam sebuah hadith meriwayatkan;
“Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepada mu” Riwayat Muslim.
Firman Allah dalam Al Baraah : 26;
“Dan Ia (Allah) menurunkan tentera (malaikat) yang kamu tidak lihat dan Ia seksa mereka yang kafir, yang demikian itu sebagai ganjaran bagi orang-orang kafir”

Namun dalam keadaan tertentu, malaikat itu dapat menjelma seperti bentuk dan rupa manusia dengan izin Allah melalui pancaindera biasa. Banyak dalil-dalil Al Quran yang menceritakan tentang penyerupaan malaikat kepada rupa fizikal manusia yang boleh dilihat;
“Dan ceritakanlah kisah Maryam yang tersurat dalam kitab, ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya ke suatu tempat yang terletak di sebelah timur. Dia membuat tabir dari mereka. Kemudian kami (Allah) mengutus Roh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya sebagai seorang manusia yang sempurna” Maryam : 16-17.

Malaikat juga boleh diperlihatkan dalam keadaan diri mereka yang sebenar dengan izin Allah seperti yang di saksikan sendiri oleh Rasulullah ketika Isra Mikraj. Rasulullah telah menceritakan bahawa Jibril as mempunyai ratusan ribu sayap ketika baginda diizinkan melihat Jibrail semasa di mikraj. Sering juga malaikat bertemu Rasulullah dalam rupa manusia yang berjubah putih dan wajah yang putih bersih untuk mengajarkan sesuatu kepada Baginda.

Dr Maddeyy,
Malaikat adalah hamba Allah yang sangat dimuliakan walaupun kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding kejadian malaikat itu sendiri. Malaikat hanya diberi aqal, manakala manusia selain dibekalkan dengan aqal mereka dilengkapkan dengan nafsu .
“Bahkan mereka (malaikat) itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan” Al-Anbiya : 26.

Kemuliaan mereka adalah kerana kepatuhan mereka yang  sangat luar biasa, tidak engkar, menjalankan tugas dengan tepat menurut perintah, tanpa lengah sesaatpun, tanpa ada salah dan silap dalam semua tugas yang amanahkan !!!!!  Ada malaikat yang terus sujud sampai kiamat, ada yang terus rukuk sampai kiamat, bersolat sebaik sahaja azan dilaungkan tanpa lengah sesaat pun. Ce coba crita, tang mana malaikat itu ada buat salah ??? Tok Guru mana yang habaq macam tu ???.  Tok Guru mana Maddeyyy Dey Dey Oiiiii??

Dr Maddeyy,
Allah SWT Maha Bijaksana kerana menciptakan pegawai-pegawaiNya yang sifar kesalahan  dan tersangat cekap lagi tersangat bersih, tersangat amanah dan tersangat patuh !! Kerana Dia telah mengagihkan tugas-tugas yang amat berat yang berkaitan dengan hal-hal ghaib yang manusia tidak mampu melaksanakannya.
Inilah antara tugas-tugas malaikat yang sangat mulia;

1.       Pembawa wahyu Tuhan. Tak kan mereka tersilap nabi, takkan mereka tersilap membacakan kalamullah . Takkan mereka tersalah haribulan!!
“ Katakanlah. Barangsiapa yang menjadi musuh Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu denga izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman” Al Baqarah : 97.

2.       Pemberi salam kepada ahli syurga. Takkan tersilap mereka membawa salam kepada ahli narrrr !!
“Dan para malaikat menemui mereka (ahli syurga) itu dari segala pintu. Mereka mengucapkan Selamat ke atas kamu sekelian (memasuki syurga) kerana keteguhan hatimu” Ar Rad : 23-24.

3.       Menyeksa ahli neraka. Takkan mereka tersilap memberi siksaan. Takkan mereka tersilap memilih pesalah !!!.
“Tidaklah kami jadikan untuk menjaga neraka itu melainkan malaikat” Al Muddatsir : 31.

4.       Mendoakan orang beriman. Takkan salah doa yang dibacakan dan takkan dia tersalah orangnya.
“ Pada setiap pagi hamba Tuhan disertai dua malaikat yang berdoa. Yang satu berkata . Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya (untuk sedekah). Sedang yang lainnya berkata. Ya Allah berikanlah gantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya (untuk kebaikan).” Hadith Rasulullah.

5.       Pencatat amal perbuatan. Takkan salah apa yang dicatatnya walau sezarahpun !! kerana dosa dan pahala perlu dicatat dengan haq walau perbuatan yang sebesar zarrah jua .
“Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa penjaga, malaikat yang mulia sebagai pencatat. Mereka mengetahui apa sahaja yang kamu lakukan” Al Infithar : 10-12.
“Ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat penyambut. Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya sebelah kiri. Tidak sepatah katapun yang diucapkan oleh manusia itu, melainkan di dekatnya ada pengawas, siap sedia (mencatatnya)” Qaf : 17-18.

6.       Pencabut nyawa. Takkan tersalah orang nyawa melayang !! Takkan terlewat takkan tercepat waktu  ajalnya . Takkan tersilap malaikat buat kerja yang bukan main-main ini !!.
“Katakanlah. Malaikat maut yang disertai tugas untuk mematikan kamu” AsSajadah : 11.

7.       Penghibur hati orang-orang beriman. Takkan tersilap malaikat memilih orang. Takkan salah cara menghibur !!
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah itu Tuhan kami, kemudian mereka itu berpendirian teguh, malaikat akan turun kepada mereka, seraya berkata. Jangan kamu takut dan jangan berdukacita dan terimalah berita gembira memperoleh Syurga yang telah dijanjikan kepadamu”. Fushilat:30-31

8.       Pengukuh jiwa Mukmin, Memperkuat barisan Mukminin  . Semua ini adalah tugas-tugas melibatkan perkara ghaib dan kekuasaan Allah. Mana mungkin malaikat-malaikat ini membuat kesilapan.
“KetikaTuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) bersama kamu semua maka perkukuhkanlah orang-orang yang beriman.” Al Anfal : 12.

9.       Penyoal kubur, Penjaga rezeki, penjaga syurga-neraka , penjaga alam, penjaga gunung-ganang  dan pelbagai tugas-tugas alam ghaib yang diperintahkan kepada para malaikat alaihissalam. MANA MUNGKIN MEREKA MEMBUAT KESILAPAN Maddeyyyy !! Mereka adalah hamba Allah yang berterusan beribadah sehingga hari kiamat. They are error-free!!

Dr Madeyy,
Ce cuba sebutkan 10 nama malaikat yang kamu tahu ?? Ada berani ? Jangan masukkan  malaikat ISRAEL udahle !! Kalau itupun tak boleh nak jawab......jangan dok memandai cerita pasal  malaikat. Entah cerita israeliyyat APCO mana yang kau kutip.  Alahai....setan yang ku kenal...........

6 comments:

  1. makin lama makin merapu dr. madeyy ni..

    ReplyDelete
  2. pengaruh syiah ? ..nak crita psal sunni pun x lepassss !!

    ReplyDelete
  3. salam,

    mengaji tak habis camna nak lepas, SPM dapat brp agaknya ikikiki

    KLIK guru akan jadi profesional berprestij AKHIRNYA

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Banyak petikan ucapan Tun Dr Mahadhir di petik sedikit sahaja drpd ucapan penuh beliau....berhati2 menerima risalah2 yang tidak bertanggung jwb begitu......sekarang ini risalah yang di sebarkan di petik seolah2 beliau menolak Rasullullah...sebenarnya bukan begitu...carilah fakta yang jujur dan benar.....baca teks beliau sepenuhnya...anda akan tau ape sebenarnya yg di perkatakan.....

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.