Assalamualaikum sahabat maya yang dirahmati Allah. Di bulan mulia penuh barokah ini ku panjatkan doa agar kalian dilimpahkan rahmat dan keampunanNya yang melimpah ruah. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke pertengahan Ramadhan. Allah....cepatnya masa berlalu. Sempat aku berkira-kira, di bulan pesta ibadah ini...banyak manakah yang telah aku manfaatkan ? Adakah lebih baik dari yang sebelumnya.? Malu nak jawab. Walaubagaimanapun, bersyukurlah kita seikhlas-ikhlasnya kerana masih diberi peluang sampai juga ke Ramadhan ini. Alhamdulillah.
Menangani Teguran
Fitrah manusia, memang tidak gemar ditunjukkan kesilapan sendiri. Pasti ada rasa malu, marah, geram, kecil hati atau sedih apabila ditegur. Ya maklumlah...aib atau kesilapan kita itu dihighlightkan. Termasuklah yang menulis ini. Terus terang, aku tidak suka ditegur !! Malu !! Malu ada cela, malu ada kesilapan, malu tidak sempurna. Malah kadang-kadang marah bila orang kata ada sesuatu yang tidak kena walhal kita meyakini yang kita sudah cukup baik dan sempurna. Marah kerana ditunjukkan ketidak sempurnaan itu. Geram kerana kita rasa kita tidak bersalah tetapi orang yang menegur kata salah. Apatah lagi yang menegur itu ialah pasangan kita sendiri. No way mannn ! Itu hakikat aku. Saudara-saudara bagaimana pula ? Cool dengan setiap teguran ?? Sama juga kan....
Hanya yang membezakan setiap individu dengan setiap individu yang lain ialah bagaimana kita menangani perasaan yang muncul apabila ditegur. Kasi penumbuk kepada yang menegur ? Beri penampar buaya ? Atau pui pui kan ajer ? Atau sekadar mengkelatkan muka ? Mungkin ada yang sembur wal hambur kepada si penegur. Atau senyum ajer...jangan kata apa-apa ?.Yang terbaik ialah memeluk cium orang yang menegur sambil mengucapkan terima kasih kepada si penegur. Korang hader?? Tentulah ada 1001 macam cara orang menangani teguran- teguran, bergantung pula kepada tahap kebrutalan atau cara berhikmah yang digunakan. Bergantung juga kepada siapa yang menegur : ibu, ayah, adik, kakak abang, bestfren, musuh, bf, gf, roomate, classmate, guru, pensyarah, suami isteri, budak kecil, orang tua, JKKK, boss, ustaz, ustazah, awek cun, dan pelbagai jenis manusia. Waktu dan tempat juga memainkan peranan: hujung bulan, awal bulan, datang bulan, pagi, petang, siang, malam, waktu rehat, dalam meeting, semasa perhimpunan, semasa kuliah, dalam rumah, luar rumah, di pejabat, masjid, surau , dalam jamban dan seumpamanya.
Cara aku sendiri menangani teguran juga berbeza kekadang. Bergantung kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Walaupun aku ini dalam kategori agak kool (ampuuunn...perasan jap) , dalam banyak keadaan, aku lebih kepada menjadi 'merahmuka' atau 'tebal muka' dan malu tak kira siapa yang menegur itu. Tetapi hanya seorang sahaja yang berjaya membuat aku melenting (kadang-kadang la) kalau ditegur. Boleh teka siapa yang menegur itu?.......................................................................................................
Suami aku la.....hihihi ( ampuuun bang !!). Begitulah teruknya aku ini dalam menangani teguran. Kalau saudara-saudara ada tip-tip terbaik cara menangani teguran, silakan berkongsi di komentar saya.
Islam itu adalah nasihat. Jika kita memandang teguran itu sebagai nasihat, masyaAllah, hati kita lebih terbuka untuk menerima.
“Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)
Al Quran itu sendiri penuh dengan teguran-teguran. Penuh dengan peringatan melalui berita-berita takut dan berita-berita gembira untuk orang-orang beriman.. Teguran atau nasihat sebenarnya adalah panduan dari orang lain untuk kita memperbaiki kesilapan-kesilapan. Kita sepatutnya bersyukur apabila ada yang ingin memberi teguran. TEGUR ITU TANDA SAYANG.
“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Sering terjadi, orang yang menegur tidak menggunakan skill menegur dengan baik. Suka hati makbapak dia aje nak mengeluarkan kata-kata teguran .
" Eh...Mamat. Engkau ni...bola..bola..bola. daripada qiamulail tuk bola, kan lebih baik buat 2 rokaat tahajjud. Ntah-ntah..tengah tengok bola, malaikatmaut datang tamatkan riwayat idup kau...masuk goal neraka lah jawabnya nkau !! " Contoh !! contoh lah ni. Contoh teguran yang tak guna otak atau guna otak tetapi otak terletak di kepala lutut. Tak berhikmah langsung.
Menegur di laman sosial pun telah menjadi trend terkini. Ada teguran yang mendapat impak yang positif dan tak kurang jugak sebaliknya. Macam-macam implikasinya. Implikasi-implani tersebut tercermin melalui komentar-komentar pengguna laman sosial tersebut dengan bermacam-macam nada. Ada yang poyo, ada yang tak bole blah, ada yang defensif dan ada yang bersikap positif.
Kepada yang menerima teguran, ingatlah, jangan memandang kepada niat orang yang menegur. Itu adalah urusan si penegur dengan Allah. Ya benar. Ada kalanya orang yang menegur itu sekadar berniat ingin mengaibkan atau ingin rasa lebih hebat apabila menunjukkan kekurangan orang lain. Pedulikan dia. Uruskan teguran itu. Teguran musuh adalah penunjuk kelemahan yang paling reliable. Ambil peluang ini untuk perbaiki diri. Terima kasih kita ucapkan kerana menunjukkan kesalahan yang mungkin kita tidak sedar. Andai teguran dari ibu bapa atau orang yang rapat...masyaAllah, itu petanda sayang dari mereka. Memberi teguran atau peringatan sebenarnya adalah satu seruan agama bukanlah satu tindakan bodoh dan tidak berhati perut.
"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)
Tips Kepada Yang Menegur
Kepada orang yang ingin membuat teguran, Islam telah menggariskan skill yang perlu dipatuhi. Perlulah menegur dengan penuh hikmah dan kata-kata yang baik atau bahasa teknikalnya constructive comment. Elakkan mengguna kata-kata yang menghina dan kasar. Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita dalam bab memberi teguran dan nasihat.
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu? Inilah nasihat yang tebaik buat aku yang sering juga membuat teguran.
Perlukah yang membuat teguran terdiri daripada ustaz/ustazah, imam, sheikh sahaja? Orang kebiasaan janganlah memandai-mandai untuk menegur. Benarkah ? Tentu sekali salah. Tugas menegur dan mencegah terpikul atas semua bahu individu islam yang mukallaf.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said
Perlukah juga yang menegur itu seseorang yang sudah sempurna akhlak dan kebaikannya ?Betulkan diri kamu dulu sebelum menyuruh orang lain. Mungkin itu respon kita terhadap orang yang menegur yang kita rasa pun masih kurang. Yang ini juga tidak betul
Sahabat Rasulullah yang bernama Anas r.a. telah bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kepada kebaikan apabila kami mengerjakan semuanya, dan bolehkah kami mencegah kemungkaran apabila kami menghindari semuanya?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan perintahkanlah kepada kebaikan, meskipun kamu masih belum mengamalkan keseluruhannya dan cegahlah kemungkaran meskipun kamu masih belum dapat menghindari seluruhnya.”
Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”. Kerana tidak ada seorang manusia pun yang bebas dari dosa-dosa kecuali para nabi.
Aku pun pernah membuat teguran-teguran. Biasa menegur anak-anak, para pelajarku dan insan sekelilingku. Respon-respon teguran yang aku buat kadang-kadang berhasil, tetapi adakalanya terkena batang hidungku sendiri. Aku perlu bermuhasabah diri sendiri dalam kaedah memberi teguran. Cara memberi teguran dan kepada siapa kite tegur berbeza antara satu sama lain. Kepada yang berkecil hati, marah, menyampah dan unfren aku kerana kesilapan dalam membuat teguran, tegur lah aku pula. Kalau aku menegur, maknanya aku sayang insan yang kutegur. Aku akui aku juga tak suka ditegur, tetapi aku peruntukkan ruang untuk perbaiki diri. Jangan bimbang ,aku sedar...TEGURAN ITU PAHIT.