Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, May 14, 2015

Aku Dan Pendidkan



Duniaku adalah dunia pendidikan. Dunia yang sebati dengan fitrah diriku yang daripadanya aku mengharapkan pahala yang tidak putus-putus, juga untuk menyelamatkan aku ketika berada di alam barzakh nanti. (Ya Allah. Ku mengharapkan rahmat dan belas ihsanMu). Dunia inilah yang mengajar dan mendidik aku kepada pelbagai subjek kehidupan dan telah sekolahkan aku dalam banyak perkara termasuklah yang bersangkut paut dengan politik sekalipun. Jangan disebut lagi soal-soal pendidikan dan perkembangan psaikologi yang berkaitan anak-anak samada tentang anak-anak kecil, remaja maupun yang dah menginjak dewasa. Aku banyak belajar daripada semua perkara itu walaupun hakikatnya aku hanyalah seorang pendidik subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Ya...sepanjang karier ku itu..pelbagai perkara yang telah memanusiakan hamba kerdil ini. Nikmatnya menjadi seorang guru.

Di penghujung kursus diploma perguruan lepasan ijazah 1992,di UIA, masih berlegar-legar lagi dalam kotak pemikiranku ini tentang peranan-peranan guru yang perlu aku mainkan setelah melaporkan diri sebagai guru. Ulas pensyarahku ketika itu katanya...guru adalah rakan, guru adalah penasihat, guru adalah ibubapa, guru adalah pembimbing...guru is so multifunctional. Benar bagai dikata, setelah terjun ke dunia keguruan selama 23 tahun, aku menyedari peranan guru bukan setakat multifunctional malah peranan guru itu  tanpa ada batasnya. Guru adalah pak/mak guard, guru adalah jururawat, guru adalah teknisyen, guru adalah wireman, guru adalah jurujual, guru adalah artist, guru adalah pelakon, guru adalah photographer, guru adalah tukang cuci, guru adalah tukang kebun, guru adalah tukang cat, guru adalah polis trafik, guru adalah tukang gunting rambut, guru adalah jurulatih, guru adalah juruletih dan macam-macam tugas diluar jangkaan. Begitu superhuman sekali manusia yang bergelar guru.

Sebagai pendidik, pelbagai prinsip mendidik yang ku pegang. Jadilah murabbi. Jadikanlah tugas mendidik ini sebagai ibadah. Mendidiklah kerana Allah. Mendidiklah untuk kebahagiaan akhirat anak-anak didik mu. Jadikanlah Rasulullah saw sebagai ikon guru yang paling ideal. Aku tidak menolak segala dasar2 keguruan yang digariskan Kementerian Pelajaran, majikanku . Tetap juga aku berprinsip dengan Standard Guru Malaysia (SGM) dan segala warna-warni dasar2 pendidikan negara. PSSMIlah, KSSR lah, KBSMlah, PBSlah....FPNlah, MBMMBIlah...semua ini aku hadam hingga ke usus dan hanya cikgu2 sahaja yang tahu betapa rencamnya kehidupan seorang guru. Semoga kebaikan dan tuntutan  dunia akhirat dapat kupenuhi daripada tugasku ini. InsyaAllah.

Dalam berdepan dengan pelajar-pelajar (lebih kepada pelajar-pelajar remaja dan dewasa), aku selesa meletakkan batas-batas antara guru-pelajar atas neraca syariat. Walaupun peranan yang dimainkan mungkin seakan-akan nampak seperti rakan atau seorang ibu ketika berada di sekolah dan Institut Pendidikan, namun aku amat sensetif dengan masalah ikhtilat lebih2 lagi terhadap pelajar-pelajar berlainan jantina. Sedekad mengajar di sekolah primier lelaki tetapi tetap selesa dengan pelajar-pelajar perempuan . Bebas fitnah. Mungkin juga kerana aku mempunyai anak-anak perempuan dan lelaki, remaja dan dewasa yang sering aku khutbahkan tentang menjaga ikhtilat dimana-mana sahaja mereka berada. Jadi..aku perlu kotakan apa yang aku katakan kepada mereka. Kepimpinan melalui tauladan. Berada di zaman fitnah ini, sangat-sangat menggetarkan jiwa dan perasaan dalam mendidik anak-anak maka pendidikan dalam pergaulan sangat-sangat aku tekankan. 

Aku tidak suka menzahirkan sikap favouritsmku terhadap pelajar-pelajar. No pet student if possible. Jauh sekali pilih bulu atau pilih kasih. Apatah lagi memilih darjat atau warna kulit. Untuk bersikap adil seadil-adilnya kepada semua pelajar, mungkin agak mustahil kerana terkadang itu, aku terlajak juga memberi keutamaan kepada sebahagian pelajar kerana adanya konflik kepentingan. Ya..hati ibu terhadap anak-anak. Ada seseorang anak yang terlalu dekat di hati si ibu tanpa diminta-minta seperti seorang ibu yang mungkin terlalu mengasihi si bongsu atau si along. Begitulah analoginya guru terhadap pelajar-pelajar. Ianya tercetus seperti tindakan refleks, tindakan di luar kawalan apabila ada pelajar yang begitu dekat di hati guru. Mungkin kerana kepandaiannya atau sikap hormat pelajar itu, atau kerana kerajinan yang ditunjukkan dalam semua aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan yang diberikan. Biasanya pelajar pintarlah yang sering menjadi perhatian guru-guru. Memang lumrah lah begitu.

Selama 23 tahun menjadi guru, aku juga pernah memberi perhatian yang lebih kepada beberapa pelajar berbanding pelajar-pelajar yang lain , lebih-lebih lagi pelajar yang menunjukkan rasa hormatnya kepada ku. Aku juga pernah merasa takjub terhadap akhlak-aklak terpuji yang dimiliki oleh sebahagian pelajar , merasa kagum atas kejayaan ibubapa mendidik anak-anak ini. Adakalanya membanding tingkah laku anak-anak ku sendiri yang berbeza dengan akhlak terpuji yang aku perhatikan. Banyak yang perlu aku perbaiki dalam mendidik anak-anak apabila berhadapan anak-anak orang lain di sekolah. Aku juga pernah berdepan dengan pelajar-pelajar  nakal dan samseng, sehingga aku pernah melepaskan marah dengan mencampakkan dari tingkat 3 bangunan sekolah buku latihan matematik yang banyak kosong kerana latihan2 yang tidak dibuat, setelah berulang-ulang kali memberi nasihat dan teguran kepada pelajar tersebut. Apabila alasan diberi dengan nada sombong, terpaksalah aku bertindak demikian. Sebenarnya aku menyesal akan tindakan bodoh aku itu. 

Aku juga pernah berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah sosial dengan pelbagai masalah keluarga yang dibawa dari rumah ke sekolah. Sedih, kecewa, marah, bimbang dengan penyakit masyarakat yang kronik. Orang-orang politik begitu sebok meningkatkan keupayaan fiskal negara, pembangunan fizikal sana-sini. Yang berkaitan dengan pendidikan pula, kita terlalu mengejar ranking akademik semata dengan tugas-tugas guru beralih kepada mengumpul maklumat, menyusun fail2 dan laporan-laporan untuk dipantau orang atasan. Sedangkan pembangunan kerohanian dan insaniah semuanya ke laut. (dah melalut dah nii..) Allahurabbi.Sekolahlah cerminan kepada keadaan sosial sebenar di luar sana. Dadah, ganja, perzinaan, malangnya masyarakat melayu lah juara dalam hal ini....ya Allah menakutkan. Walau macamanapun aku berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak didik, aku tetap mendidik atas dasar fardhu kifayah . Jangan ada pilih-pilih bulu, jangan ada sikap berat sebelah. No pet student. No racism. No discriminatiaon. Pendidikan adalah untuk semua. Inilah dunia pendidikan pada hari ini yang begitu kompleks dan mencabar  saban hari.

Pendidikan akhlak sebenarnya bermula dari rumah, bukannya di sekolah. Ibubapalah madrasah sebenar anak-anak. Kami guru-guru hanyalah mendidik akhlak secara tidak formal sebagai menyambung tugas-tugas ibubapa di rumah. Itupun dengan menerap secara tersirat ketika pengajaran akademik berjalan. 

Itulah sebahagian cerita aku dalam dunia pendidikan ini. Segala pahit maung juga manis leting sebagai guru akan ku simpan sebagai memoir berharga. Semua itu memperkayakan hidupku menjadikan  aku cinta akan kerjaya ini. Kepada semua guru-guru di luar sana,  hadapilah dunia pendidikan dengan tenang dan ikhlas. InsyaAllah, pahala besar menanti kita. Kita berbakti kepada anak-anak orang, InsyaAllah orang lain pula akan menabur budi kepada anak-anak kita pula. Akhir sekali aku ucapkan SELAMAT HARI GURU 2015. GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK.






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.