Assalamualaikum kepada yang sudi membaca . Satu kemajuan.....makin ramai yang jadi sesumpah. Ajaran Mazhab mana ni...? Sah lah....ajaran mazhab Cipoi Al Bukari. Eloklah tu......lepas ni kes-kes bunuh, dadah, curi dan pelbagai kes jenayah bolehlah buat sesi sumpah-menyumpah. Taklah kes-kes mahkamah jadi tertangguh-tangguh sekian lama. Satu sesi menyumpah settled dalam masa 10 minit jer.
Friday, April 29, 2011
Sunday, April 24, 2011
Nak Tahu Hensem Lelaki Tu kat Mana ?
Ensem tak ?
Assalamualaikum kepada yang sudi membaca. Bab kecantikan wajah selalu dikaitkan dengan wanita kerana wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan jauh-jauh. Dua perkara yang sinonim.Bagaimana kecantikan wanita itu dinilai ? Hmm....bergantung kepada mata si Penilai. Bak kata pepatah oghangputeh
" Beauty lies in the eyes of the beholder ".
Kita pusing 360 darjah soalan yang sama dan bertanya.....Kehenseman lelaki terletak dimana pula? Sama jugak cara menilainya......bergantung kepada mata yang memandangnya. Bagi mata rabun saya, kehenseman suami saya terletak pada 'jebeng'nya dan hidung '5 inci' nya ....he he he.
Sebenarnya panduan atau tip menilai kehenseman seorang lelaki telahpun diberikan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadith riwayat Al Hakim . Sabda Rasulullah saw
"Kecantikan seorang lelaki itu ialah pada lisannya".
"Kecantikan seorang lelaki itu ialah pada lisannya".
Sebenarnya wahai pokcik-pokcik, yop-yop dan abang-abang semua, ramai wanita terpikat kepada lelaki kerana ketokohan mereka berhujah, berpidato atau berkhutbah.(Tapi....yang ada ketokohan berleter,buat ketupat, bergosip, memfitnah tu...sorry lah, kami wanita tak terpikat) dan bukan kerana kehenseman mereka yang mirip Justin Bebe ke, Najib ke, Obama ke, SRKhan ke....atau mana-mana artis pujaan . Yang memilih rupa, mungkin ramai juga....tetapi kepetahan bercakap atau berhujah dan berpidato itu sebenarnya lebih mencairkan hati wanita...! Kepada yang masih tercari-cari calon isteri atau calon tambahan, mulailah berlatih 'public speaking' selepas membaca entry ini ok. (Jangan berlatih dalam tandas nanti org sangka ada SIRI BERCAKAP DENGAN JIN-rujukan Ustaz Ismail Kamus).
Kepetahan berhujah ada kaitan rapat dengan kekuatan dan kepintaran aqal. Tanda lelaki pintar akalnya ialah yang petah bercakap dan mengandungi banyak ilmu serta hikmah dalam setiap percakapannya dan disitulah terletaknya kehenseman lelaki. Makin petah dia bercakap, makin tinggilah martabat kehensemannya. Jadi.....anda hensem ?
Thursday, April 21, 2011
Masih Terkenang......
Cik Abe dan Ka'abah
Anak mudaku di Masjid Nabawi. Umrah secara solo...terpisah kerana tarikh penerbangan berbeza.
Makkah yang pesat membangun
Di luar Masjidil Haram
Keadaan di Raudhah. Rindu......rindu.......rindu.....
Tuesday, April 19, 2011
Berzikirlah Dengan Suara Yang Halus
Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca.
Berkatalah Al Ustaz Ali Mahfuz dalam Al 'Ibda : " Diantara bid'ah yang makruh ialah mengkhatamkan solat dengan cara yang tekenal yakni duduk berkumpul (berjamaah) membaca doa dengan suara yang keras dan tetap melakukan demikian hingga orang awam menyangka begitulah harus dikahatamkan sembahyang, padahal doa itu lebih afdhal dibaca sendiri-sendiri. Allah swt telahpun berfirman dalam hal ini.
" Serulah (berdoalah) dengan tadharru' dan tidak mengeraskan suara (suara yang tersembunyi) , bahawasanya Allah tiada menyukai orang yang melampaui batas " Al 'Araf : 7.
Diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Ummu Salamah, bahawasanya Rasulullah berdiam sebentar saja sesudah memberi salam. Kata Ibnu Syihab pula, yakni sekadar menanti para makmum memberi salam.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban, juga dari Aisyah ra bahawasanya apabila Nabi telah memberi salam, Nabi pun beristighfar tiga kali, kemudian baginda membaca :
Allahumma antassalam wa minka salam tabaarakta yaa zaljalaali wal ikraam
" Wahai Tuhanku Engkaulah As Salam yang melimpahkan keselamatan, dari Engkau datangnya keselamatan, Maha Pemberi berkat wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran ".
Jika orang berkata: Kenapa tidak dibenarkan kita berzikir dengan bersuara keras padahal di zaman Nabi ada suara keras seperti yang disampaikan oleh Bukhari dari Amir ibn Dinar, bahawa Abu Ma'bad menerangkan bahawa Ibnu Abbas berkata,
" Bahawasanya berzikir dengan mengangkat suara ketika selesai dari sembahyang fardhu, ada dilakukan di masa Rasul. Aku mengetahui mereka telah selesai dari sembahyang dengan mendengar suara itu apabila aku mendengarnya". Ada ulama menjelaskan kenyataan Ibnu Abbas ini sebagai alasan mengeraskan suara ini untuk sementara waktu sahaja, untuk mengajar sifat zikir, bukan berkekalan demikian.
Hal ini telah diterangkan oleh As Syafie' sebagaimana yang dihikayatkan oleh An Nawawi. Jumhur ulama menetapkan bahawa imam dan makmum mesti menyembunyikan zikirnya, kecuali jika perlu untuk diajarkan kepada umum.
Ditegaskan lagi dalam firman Allah;
" Ingatlah (berzikirlah) Tuhanmu dengan merendah diri dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang hari, dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf : 205.
Dalil-dalil Keutamaan Berzikir
Diantara ayat-ayat dalam Al Quran yang menyebutkan tentang keutamaan berzikir ialah;
" Maka berzikirlah padaku, nescaya Aku ingat kepadamu".Al Baqarah : 152.
" Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak". Al Ahzab : 41.
" Mereka itu sama berzikir kepada Allah dengan berdiri, duduk dan tidur". Aali Imran: 191.
"Apabila kamu semua telah selesai mendirikan solat, maka berzikirlah kepada Allah dengan berdiri, duduk dan tidur". An Nisa : 103.
Adapun keterangan-keterangan dari hadith, di antaranya,Sabda Rasulullah saw;
" Allah 'azza wa jalla berfirman (dalam hadith Qudsi): Aku sentiasa beserta hambaKu selama ia tetap berzikir padaKu dan selama kedua bibirnya tetap bergerak untuk ingat kepadaKu".
Diriwayatkan oleh Hakim, Ibnu Hibban dan lain-lain. Rasulullah saw bersabda pula;
"Barangsiapa yang ingin tinggal ditaman-taman syurga ? maka eloklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah 'azza wa jalla " (HR Thabarani).
Diriwayatkan pula oleh Bukhari dan Muslim;
"Allah Ta'ala yang Maha Suci dan Luhur berfirman (dalam hadith Qudsi): Apabila ada seorang hambaKu ingat kepadaKu dalam hatinya sendiri, maka Akupun ingat ia dalam DzatKu. Apabila ia ingat padaKu didepan khalayak ramai, maka Akupun ingatnya di depan kumpulan makhluk yang lebih mulia dari kumpulannya. Apabila ia mendekatiKu sejengkal, maka Akupun mendekatinya sezi'ra'(sehasta)......(dan seterusnya)".
Sumber; Bimbingan Mukminin (Imam Ghazali) dan Pedoman Zikir Dan Doa (Ash Siddiqie).
Thursday, April 14, 2011
Penggunaan "Sayyidina" Dalam Salawat
Assalamualaikum pengunjung yang sudi berkunjung dan membaca. Suatu hari suami saya bertanya kepada saya ketika terdengar saya mengucapkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. " Dari mana hujah penggunaan sayyidina dalam salawat tu ? Kenapa suka menambah-nambah ? ".
Agak terkejut juga dengan soalan yang diajukan.....tapi tak lah sampai terkejut beruk. Satu soalan yang unik yang belum pernah diajukan kepada saya sebelum ini. Mungkin ada dari kalangan kita, lebih2 lagi ilmuwan agama, isu ini telah lama dibangkitkan, mungkin dah agak basi. Tapi bagi layman macam saya, baru tersedar bahawa ini sebenarnya ini adalah satu isu. Eh ! Tak boleh ke menggunakan gelaran ''Sayyidina" kepada Rasulullah dalam salawat ? Tidakkah gelaran itu bermakna "tuan" ? Tidakkah penggunaannya untuk menunjukkan penghormatan besar kepada junjungan kita ? Telah lebih 3 dekad saya bersalawat menggunakan perkataan Sayyidina Muhammad termasuklah dalam solat. Itulah ilmu yang diperolehi ketika kecil ketika mula-mula diajar bersolat oleh ustaz/ustazah malah penggunaan Sayyidina Muhammad adalah tidak asing dalam masyarakat kita ketika mengucapkan salawat.
Untuk menjawab soalan suami saya, saya memerlukan masa untuk membuat rujukan dan study. Pertama sekali, saya ke Pusat Sumber di Institut saya untuk mencari rujukan-rujukan muktabar (tak terfikirpun nak tanya Pakcik Google sebab lama tidak berblog). Oleh kerana masa terhad, saya hanya membuat rujukan pada sebuah kitab lengkap "Pedoman Zikir Dan Doa" yang ditulis oleh Prof Dr T. M . Hasbi Ash Siddiqie 1959 (ulang cetak 1989). Disitu ada jawapannya tentang isu ini pada mukasurat 88.
Menurut kitab tersebut: Berkata An Nawawy "Menambah perkataan warham Muhammadan dalam salawat, adalah bida'ah hukumnya. Dan Ibnul 'Araby menguatkan pula akan pendapat An Nawawy itu dengan alasan yang kuat. Kalau sekiranya perkataan "warham Muhammad" itu tidak boleh ditambah dalam salawat, apatah lagi menambah perkataan "sayyidina" dalam salawat asal yang diterima dari Rasulullah dengan tidak memakai kalimah tersebut. Jadi penggunaan "Sayyidina" dalam salawat adalah satu bida'ah."
Daripada 10-15 hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang lafaz-lafaz salawat yang sahih, tidak satu pun yang menggunakan perkataan Sayyidina.
Langkah seterusnya, saya berjumpa seorang Ustazah untuk penjelasan yang lebih. Ustazah tersebut turut mengiyakan penggunaan "Sayyidina Muhammad" adalah satu bida'ah. Penggunaannya adalah ditegah didalam solat tetapi tidak menjadi kesalahan menggunakannya diluar solat. Dalam sukatan Pendidikan Islam di sekolah, perubahan telahpun dibuat. Salawat yang diajar dalam solat tidak lagi menggunakan perkataan 'Sayyidina'.
So....berikutnya, saya pun memberikan jawapan tersebut kepada suami saya dan membenarkan 'penambahan' yang telah berlaku. Sejak itu, saya terus melatih diri saya bersalawat tanpa perkataan 'Sayyidina'....susah jugak sebab dah terbiasa. Walaupun dikatakan dibolehkan menggunakannya di luar solat, saya tetap berpendapat, versi yang diajar dari Rasulullah saw adalah yang paling sempurna dan tiada celanya. Tak perlulah nak menokok menambah apa yang dah sempurna cantik.
Maka bersalawatlah kita menurut apa yang telah diajarkan Rasulullah dan bersalawatlah sebanyak yang mungkin menurut kesanggupan kita.
Bersabda Rasulullah saw " Barangsiapa bersalawat untukku sekali , nescaya Allah bersalawat untuknya sepuluh kali " (HR Muslim dari Abu Hurairah).
"Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari kiamat, ialah orang yang paling banyak bersalawat untukku" (HR Tarmizi).
Sabda Baginda lagi ."Barangsiapa bersalawat untukku di pagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, dapatlah ia syafaatku pada hari kiamat." (HR Thabarani Al Jami').
Diriwayatkan juga dari Ahmad, An Nasaei dan Ad Darimi bahawa Nabi saw telah bersabda "Bahawasanya bagi Allah Tuhan semesta alam ada beberapa malaikat yang diperintah berjalan di muka bumi untuk memperhatikan keadaan hambaNya. Mereka menyampaikan kepadaku (sabda Nabi) akan segala salam yang diucapkan oleh ummatku."
Allahumma solli 'ala Muhammad 'abdika warasulika nabiyyi umiyyi wa 'ala aalihi wa sohbihi wassallam (10 kali).
Subscribe to:
Posts (Atom)