Wednesday, November 14, 2012
Monday, November 12, 2012
Sunday, September 23, 2012
Kita Kasihkan Rasulullah Tetapi Rasulullah Lebih Kasihkan Kita Ummatnya.
Pada suatu ketika, Rasulullah mengimami solat seperti biasa. Di belakang Baginda, para sahabat yang setia dan amat mengasihi Baginda. Tetapi solat Baginda kali ini agak aneh daripada biasa sehingga para sahabat yang menjadi makmum menjadi kehairanan.
Pada setiap kali Rasulullah bergerak ke setiap rukun solat, para sahabat terdengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi Baginda berlaga antara satu dengan yang lain. Apa Baginda dalam kesakitan pada sendi-sendi dan tulang-tulang Baginda ? Para sahabat tertanya-tanya di dalam diri masing-masing.
Seperti biasa, Sayyidina Umar lah yang menjadi orang yang paling tidak keruan dikalangan para makmum. Seusai solat, Sayyidina Umar segera bertanya kerana keperihatinannya yang tiada berbelah-bahagi terhadap susuk tubuh mulia itu.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
" Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar. Tutur Rasulullah penuh kasih sayang.
" Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan antara satu dengan yang lain di tubuh tuan ? Kami yakin tuan mungkin sedang sakit." desak Umar dengan cemas dan bersungguh-sungguh.
Tanpa jawapan seterusnya, Rasululullah terus mengangkat jubahnya. Terkejutlah sekelian para sahabat. Sekelian yang ada menjadi terharu.
Perut Baginda yang kempis, diikat dengan kain berisi kerikil-kerikil kecil buat menahan lapar. Batu-batu kerikil itulah yang berbunyi setiap kali Rasulullah membuat pergerakan.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wa sohbihi wasallam.
Monday, August 27, 2012
Mai Nak Habaq Pada Dr Maddey Apa Itu Malaikat ...Habaq Mai Tok Guru Mana Kata Malaikat Pun Buat Salah ???
Assalamualaikum Dr Madeyy dan semua pembaca yang sudi
membaca. Semoga meneruskan ibadah yang diperkukuhkan melalui madrasah Ramadhan
1433H yang baru berlalu. Syukur dengan rahmatNya, kita masih diberi peluang
untuk meneruskan amal ibadah di bulan Syawwal, bulan kemenangan.
Apa itu malaikat ?? Ya..ini
soalan budak darjah satu...tapi orang yang bertitle doktor belum tentu
boleh menjawab soalan markah percuma ini . Sekiranya dijawab dengan akal
fikiran yang dangkal dan logik sendiri,
lebih-lebih lagi tanpa bersandarkan kepada nas yang bersumberkan wahyu Allah dan hadith yang sahih,
boleh mendorong kepada pentafsiran yang sesat lagi salah...alamat
hancusssslah aqidahnya. Manakan tidak
kerana beriman kepada Malaikat adalah rukun Islam yang wajib diimani dengan
sebenar-benarnya.
Dr Madeyy,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang berbeza sama
sekali dengan kejadian manusia di segi zat, sifat dan tugas-tugasnya. Diciptakan
terlebih dahulu daripada penciptaan manusia, tercipta daripada cahaya. Malaikat
itu tidak lelaki dan tidak perempuan. Mereka termasuk makhluk halus yang tidak
dapat dikesan melalui pancaindera biasa, maka urusan tentang Malaikat hanya
Allahlah yang Maha Mengetahuinya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara
ghaib. Maka makrifah kepada malaikat terbatas kepada apa yang dijelaskan dalam
Al Quran dan hadith dan tidak ada dalam mana-mana kitab-kitab kedoktoran.
Dr Madeyy,
Dalam kitab Al Jawahirul Kalamiyah, ayat 15 mentakrifkan
malaikat itu sebagai;
“Mereka itu adalah jisim-jisim yang halus, dijadikan
daripada cahaya, tidak makan dan tidak minum, mereka adalah hamba-hamba yang
dimuliakan, tidak menderhakai Allah dalam melaksanakan apa-apa yang
diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan
kepada mereka.”
Dalam sebuah hadith meriwayatkan;
“Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan
daripada nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepada
mu” Riwayat Muslim.
Firman Allah dalam Al Baraah : 26;
“Dan Ia (Allah) menurunkan tentera (malaikat) yang kamu
tidak lihat dan Ia seksa mereka yang kafir, yang demikian itu sebagai ganjaran
bagi orang-orang kafir”
Namun dalam keadaan tertentu, malaikat itu dapat menjelma
seperti bentuk dan rupa manusia dengan izin Allah melalui pancaindera biasa.
Banyak dalil-dalil Al Quran yang menceritakan tentang penyerupaan malaikat
kepada rupa fizikal manusia yang boleh dilihat;
“Dan ceritakanlah kisah Maryam yang tersurat dalam kitab,
ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya ke suatu tempat yang terletak di
sebelah timur. Dia membuat tabir dari mereka. Kemudian kami (Allah) mengutus
Roh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya sebagai seorang
manusia yang sempurna” Maryam : 16-17.
Malaikat juga boleh diperlihatkan dalam keadaan diri mereka
yang sebenar dengan izin Allah seperti yang di saksikan sendiri oleh Rasulullah
ketika Isra Mikraj. Rasulullah telah menceritakan bahawa Jibril as mempunyai
ratusan ribu sayap ketika baginda diizinkan melihat Jibrail semasa di mikraj.
Sering juga malaikat bertemu Rasulullah dalam rupa manusia yang berjubah putih
dan wajah yang putih bersih untuk mengajarkan sesuatu kepada Baginda.
Dr Maddeyy,
Malaikat adalah hamba Allah yang sangat dimuliakan walaupun
kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding kejadian malaikat itu
sendiri. Malaikat hanya diberi aqal, manakala manusia selain dibekalkan dengan
aqal mereka dilengkapkan dengan nafsu .
“Bahkan mereka (malaikat) itu adalah hamba-hamba Allah yang
dimuliakan” Al-Anbiya : 26.
Kemuliaan mereka adalah kerana kepatuhan mereka yang sangat luar biasa, tidak engkar, menjalankan
tugas dengan tepat menurut perintah, tanpa lengah sesaatpun, tanpa ada salah
dan silap dalam semua tugas yang amanahkan !!!!! Ada malaikat yang terus sujud sampai kiamat,
ada yang terus rukuk sampai kiamat, bersolat sebaik sahaja azan dilaungkan
tanpa lengah sesaat pun. Ce coba crita, tang mana malaikat itu ada buat salah
??? Tok Guru mana yang habaq macam tu ???.
Tok Guru mana Maddeyyy Dey Dey Oiiiii??
Dr Maddeyy,
Allah SWT Maha Bijaksana kerana menciptakan
pegawai-pegawaiNya yang sifar kesalahan dan tersangat cekap lagi tersangat bersih,
tersangat amanah dan tersangat patuh !! Kerana Dia telah mengagihkan
tugas-tugas yang amat berat yang berkaitan dengan hal-hal ghaib yang manusia
tidak mampu melaksanakannya.
Inilah antara tugas-tugas malaikat yang sangat mulia;
1.
Pembawa wahyu Tuhan. Tak kan mereka tersilap
nabi, takkan mereka tersilap membacakan kalamullah . Takkan mereka tersalah
haribulan!!
“ Katakanlah. Barangsiapa yang menjadi
musuh Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu
denga izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi
petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman” Al Baqarah : 97.
2.
Pemberi salam kepada ahli syurga. Takkan tersilap
mereka membawa salam kepada ahli narrrr !!
“Dan para malaikat menemui mereka (ahli
syurga) itu dari segala pintu. Mereka mengucapkan Selamat ke atas kamu sekelian
(memasuki syurga) kerana keteguhan hatimu” Ar Rad : 23-24.
3.
Menyeksa ahli neraka. Takkan mereka tersilap
memberi siksaan. Takkan mereka tersilap memilih pesalah !!!.
“Tidaklah kami jadikan untuk menjaga neraka
itu melainkan malaikat” Al Muddatsir : 31.
4.
Mendoakan orang beriman. Takkan salah doa yang
dibacakan dan takkan dia tersalah orangnya.
“ Pada setiap pagi hamba Tuhan disertai dua
malaikat yang berdoa. Yang satu berkata . Ya Allah berikanlah kerosakan
terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya (untuk sedekah). Sedang yang
lainnya berkata. Ya Allah berikanlah gantian terhadap orang yang gemar
membelanjakan hartanya (untuk kebaikan).” Hadith Rasulullah.
5.
Pencatat amal perbuatan. Takkan salah apa yang
dicatatnya walau sezarahpun !! kerana dosa dan pahala perlu dicatat dengan haq
walau perbuatan yang sebesar zarrah jua .
“Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa
penjaga, malaikat yang mulia sebagai pencatat. Mereka mengetahui apa sahaja
yang kamu lakukan” Al Infithar : 10-12.
“Ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat
penyambut. Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya sebelah kiri.
Tidak sepatah katapun yang diucapkan oleh manusia itu, melainkan di dekatnya
ada pengawas, siap sedia (mencatatnya)” Qaf : 17-18.
6.
Pencabut nyawa. Takkan tersalah orang nyawa
melayang !! Takkan terlewat takkan tercepat waktu ajalnya . Takkan tersilap malaikat buat kerja
yang bukan main-main ini !!.
“Katakanlah. Malaikat maut yang disertai
tugas untuk mematikan kamu” AsSajadah : 11.
7.
Penghibur hati orang-orang beriman. Takkan
tersilap malaikat memilih orang. Takkan salah cara menghibur !!
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan
bahawa Allah itu Tuhan kami, kemudian mereka itu berpendirian teguh, malaikat
akan turun kepada mereka, seraya berkata. Jangan kamu takut dan jangan
berdukacita dan terimalah berita gembira memperoleh Syurga yang telah
dijanjikan kepadamu”. Fushilat:30-31
8.
Pengukuh jiwa Mukmin, Memperkuat barisan Mukminin
. Semua ini adalah tugas-tugas
melibatkan perkara ghaib dan kekuasaan Allah. Mana mungkin malaikat-malaikat
ini membuat kesilapan.
“KetikaTuhanmu mewahyukan kepada para
malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) bersama kamu semua maka perkukuhkanlah
orang-orang yang beriman.” Al Anfal : 12.
9.
Penyoal kubur, Penjaga rezeki, penjaga
syurga-neraka , penjaga alam, penjaga gunung-ganang dan pelbagai tugas-tugas alam ghaib yang
diperintahkan kepada para malaikat alaihissalam. MANA MUNGKIN MEREKA MEMBUAT
KESILAPAN Maddeyyyy !! Mereka adalah hamba Allah yang berterusan beribadah
sehingga hari kiamat. They are error-free!!
Dr Madeyy,
Ce cuba sebutkan 10 nama malaikat yang kamu tahu ?? Ada
berani ? Jangan masukkan malaikat ISRAEL
udahle !! Kalau itupun tak boleh nak jawab......jangan dok memandai cerita
pasal malaikat. Entah cerita israeliyyat
APCO mana yang kau kutip. Alahai....setan yang ku kenal...........
Saturday, August 25, 2012
Monday, August 20, 2012
Kisah Rasulullah Dan Pengemis Buta
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa maka
nan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a
Sumber : http://
Thursday, August 2, 2012
Rasulullah Menangis Kerana Wanita
Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah.
Rasulullah telah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?
" Baginda SAW menjawab:
"Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka." Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"
Rasulullah SAW menjawab:
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.
" Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah menjawab:
"Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya. "Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup". Semoga memberi keinsafan.
Friday, July 27, 2012
Saudara Kita Sangat Menderita di Rohingya. Apa Yang Dapat Kita Bantu ?
Ana malu....sekadar boleh bantu dengan berdoa. Ya Allah lindungilah saudaraku di Arakan Rohingya di bulan yang penuh barakah ini. Amin.
Saturday, July 21, 2012
Suasana Tarawih Di Mesir Di Bawah Pentadbiran Seorang Huffaz. Allahu Akbar !!!!
Suasana Tarawih di Mesir pada 1 dan 2 Ramadhan 1433H di Mesir. Seakan-akan melihat suasana di Masjid Nabawi. Allahu akbar!! Inilah rahmat mempunyai pemimpin beriman. Subhanallah.
Friday, June 29, 2012
Ana Salute Khadam Ini. MasyaAllah...
Naglaa Ali Mahmoud
CAIRO –
Wanita Pertama Mesir yang baharu Naglaa Ali Mahmoud dan bekas wanita pertama sebelum ini, Suzzane Mubarak mempunyai sekurang-kurangnya satu persamaan: Kedua-dua mereka menyaksikan suami dan anak lelaki mereka meringkuk dalam penjara.
Isteri President Hosni Mubarak yang disingkirkan adalah seorang wanita yang bergaya, elegan, berkelulusan universiti dengan darah keturunan British di sebelah ibunya. Dia dikritik kerana bersikap elite, bongkak, menonjolkan diri, berlebih-lebihan dan tidak mencerminkan peribadi wanita kebiasaan Mesir.
Berbeza dengan isteri Presiden yang dipilih rakyat Mohammed Morsi, beliau mempamirkan ciri-ciri wanita konservatif, berhijab, beragama dan tidak mempunyai pendidikan tinggi. Para pengkritik menyifatkan penampilan beliau sebagai usaha terancang untuk menjadikan Mesir negara Islam konservatif manakala para penyokong beliau melihatnya sebagai simbol maruah yang terkandung dalam semangat revolusi.
Naglaa Ali Mahmoud telah menyatakan bahawa dia tidak berhasrat untuk menetap di istana presiden dan juga menolak gelaran Wanita Pertama (Ditempat kita ada pulak org perasan dengan gelaran FLOM !!)
" Saya hanya mahu dikenali sebagai isteri presiden" katanya kepada wartawan Associated Press. " Siapakah yang menggelar isteri presiden itu sebagai Wanita Pertama ?" katanya yang menandakan rasa tidak setuju atas gelaran tersebut. Beliau lebih suka digelar Umm Ahmad yang bermaksud Ibu kepada Ahmad, anak lelaki sulung.
Beliau juga tidak menggunakan nama keluarga suaminya sebagai tanda merendah dirinya dan lagipula cara itu adalah mematuhi kehendak islam di Mesir. Sekiranya beliau perlu mempunyai gelaran, beliau lebih suka dengan gelaran " Khadam Pertama Mesir".
Perbezaan kedua-dua Isteri Presiden yang baharu dan yang lama telah menjadi satu simbolik kepada perubahan besar politik Mesir. Morsi merupakan Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara bebas.
Penampilannya:
Berabaya hitam atau berjubah, tidak menggunakan alat solek selari dengan tuntutan agama. Bertudung labuh, tudung yang biasa dipakai oleh anggota muslimah Ikhwanul Muslimeen. Tidak seperti isteri-isteri masyarakat konservatif arab, Umm Ahmad tidak melarikan diri dari pemberita malah beliau memberi kerjasama ketika di interview pemberita-pemberita. Beliau juga sering turut serta dalam kempen-kempen suaminya.
Saturday, June 23, 2012
Panji Ar Rayyah Dan Al Liwa. Bendera Untuk Negara Islam
Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar-Rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah al-Munawwarah pada tahun 622M. Dari segi bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (majmuk) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya disebut sebagai alwiyah. Secara syar’ie, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu.
Bendera Al Liwa' : adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulnya'.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Muhammad s.a.w. berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh Amirul Jihad (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi Amirul Jihad tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Dari Jabir, "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Makkah dengan membawa Bendera Al Liwa' berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengangkat Usama ibn Zaid sebagai Amirul Jihad (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan Bendera Al Liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
Panji Ar Rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Nabi Muhammad s.a.w., semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Nabi Muhammad s.a.w.. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu tempat."
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Muhammad s.a.w.." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w.. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.
Inilah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah s.a.w. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah s.a.w. diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah s.a.w... kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”.
Friday, June 22, 2012
Monday, June 18, 2012
Thursday, June 14, 2012
Huru-hara Terkini di Mesir. SPR dan Mahkamahnya Dikuasai UMNO !!!
KAHERAH: “Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim Mubarak”.
Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini.
Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.
Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini.
Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.
(Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah)
Namun setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.
Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi.
Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu.
Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi.
Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu.
Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.
Menurut Dr. Ahmed Solaiman lagi; “mereka sedang merancang penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak,” tegas beliau.
Keadaan ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin.
Mereka yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini.
Ini amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.
Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.
Namun saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang dirancang ini.
Mereka tetap yakin dengan ‘Kuasa Rakyat’ untuk menumbangkan calon ‘feloul’ ini walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang kini berada di Mesir sebagai pemerhati pilihan raya. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk
Saturday, June 9, 2012
Ana suka yang nih...hhehehehe
Hari2 kluar ceta umno ngan rasuah....apa MCA sama MIC banyak bersih ka??korrekk...korrekk...korrek k....kehhhh....kehhhh....
sumber : ceramah politik
sumber : ceramah politik
Saturday, June 2, 2012
Saturday, May 12, 2012
Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ????
Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri...
Kuning BERSIH 3.0
28 April 12 |
Gelombang Merah Najib 11 Mei 12
|
|
Objektif
|
Keadilan Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan penambahbaikan SPR
|
Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah
|
Cara
|
Duduk-bantah aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang.
|
Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil
|
Kerjasama Polis
|
Tiada. Kerjasama dgn gas pemedih mata dan water canon.
|
Ada. Jadi khadam umno.
|
Kehadiran
|
250 K –sumber Msiakini
|
100 K – sumber Berita Hairan
|
Fakta peserta
|
Kenderaan- sendiri
Duit minyak – sendiri
Makan minum – sendiri
t-shirt – beli sendiri
Ke tempat perhimpunan – jalan kaki 1-5 Km.
Suasana- panas dan hujan asid.
|
Kenderaan – tajaan umno dari duit poket bapak umno (agaknya). Bas KL dan selangor kosong. Terpaksa impot peserta dari luar KL.
Duit minyak – sumbangan Najib Rosmah (agaknya)
Makan minum – diberi duit poket dan disediakan makan minum dari sumber
halal umno (agaknya)
t-shirt – Yessss !! semua dapat percuma. Tajaan ikhlas umno !!
Ke tempat perhimpunan – bas berhenti depan stadium.
Suasana – duduk nyaman, teduh.
|
Kesan perhimpunan
|
Dibelasah polis.
Cedera parah/ patah riok/ mata pedih/sesak nafas/ kena operation/
masuk spital.Dirempuh kereta polis.
Merengkuk dlm lokap.
Muncul dalam poster “WANTED” polis/
Diseret ke mahkamah
Fatwa : Haram |
Seronok dpt jalan free, makan free dan t-shirt free.
Seronok dapat tengok wajah syahdu najib-rosmah. Fatwa : Belum dibuat. Jangkaan halal. |
Subscribe to:
Posts (Atom)