Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, October 23, 2013

Jelitanya Wanita Solehah




Assalamualaikum ya sahabat maya. Ketahuilah wanita dunia ketika MEMASUKI SYURGA akan mampu MENGALAHKAN KEJELITAAN para bidadari syurga..siapakah WANITA DUNIA ITU? Mereka adalah WANITA SOLEHAH..


Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami MELAKUKAN SOLAT sedangkan kamu tidak, kami BERPUASA sedangkan kamu tidak..kami BERSEDEKAH sedangkan kamu tidak, kami WANITA SOLEHAH DI DUNIA mengalahkan bidadari syurga.."

Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu, dunia adalah PERHIASAN dan SEBAIK BAIK PERHIASAN ialah wanita solehah..di dunia lagi bidadari MENCEMBURUI KESOLEHANNYA dan di akhirat bidadari SUDI MENJADI KHADAMNYA..

p/s : Wanita solehah adalah WANITA TERBILANG..hatinya sentiasa TABAH DAN CEKAL, sifat-sifat MAHMUDAH sentiasa menghiasi dirinya..nur muslimah terpancar pada RAUT WAJAHNYA, ALLAH dan RASULULLAH sentiasa DITAATI..IBUBAPA sentiasa di hormati, sentiasa BERISTIQAMAH dalam hati..AL-QURAN dan AS SUNNAH menjadi pedoman dan ikutan..bidadari syurga amat mencemburui mereka, bidadari TUNDUK kepada mereka..INDAHNYA menjadi wanita solehah..

:: BIDADARI itu rupanya ADA DI BUMI ::

Sunday, October 20, 2013

HATI YANG SUKA KEPADA IBADAT TAPI CENDERUNG KEPADA MAKSIAT



Bilamana dia melakukan maksiat hatinya merasa menyesal, lalu dia memperbaiki diri dengan melakukan ibadat tapi berterusan melakukan maksiat kepada Allah. Bila orang bertanya, " bagaimana keadaan saya..?? " saya menjawab " saya ini ingin melakukan ketaatan tapi tak mampu meninggalkan maksiat"..maka janji Allah "terus-terusan beribadat kepada Allah dan memperbanyakkan ibadat kepada Allah kerana dengan memperbanyakkan ibadat akan dapat mengurangkan maksiat"

Berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu...seorang sahabat telah melakukan kesalahan, ketika dia berjalan dia terjumpa dengan seorang wanita, lalu dia tersentuh kulit wanita tersebut dan dia merasa menyesal..kemudian ketika berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..dia merasa malu, rasa menyesal, rasa amat bersalah kerana terlalu mengikut nafsu..akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w agar Rasulullah dapat memperbaiki dirinya..maka dia pon berkata kepada Rasulullah s.a.w " Ya Rasulullah...saya ada membuat kesalahan"..oleh kerana sahabat tersebut bertanya di hadapan khalayak ramai..Rasulullah berpaling darinya kerana tidak mahu mengaibkannya..selepas waktu solat..sahabat berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan berkata kepada baginda " Ya Rasulullah..saya ada membuat kesalahan"..Rasulullah bertanya kembali kepadanya.."Adakah tadi kamu bersolat jemaah bersamaku..??"..jawab sahabat itu.." Ya Rasulullah"..maka Rasulullah pon berkata " maka sesungguhnya kebaikan-kebaikan yang kamu lakukan dapat menghapuskan segala kejahatan.."

Hati yang sakit ialah hati yang suka berbuat ketaatan tetapi cenderung melakukan maksiat, dan bilamana dia berbuat maksiat hatinya juga cenderung kepada ketaatan. Maka orang yang melakukan maksiat hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t..

Kita semua adalah ahli maksiat kerana banyak kali lalai kepada Allah s.w.t..kena bertaubat kepada Allah..kena banyak beristighfar kepada Allah s.w.t..dan hati yang sakit boleh diubati dengan membuat kebaikan yang bersungguh-sungguh...

wallahualam..

~~petikan dari Ceramah Ustaz Mustaffa Kamal 12 Okt 2013~

Wednesday, August 21, 2013

Basyar Laknatullah Menggila Dengan Senjata Kimia.

Serangan gas beracun oleh tentera Bashar Al-Assad di Syria hari ini mengorbankan lebih 1000 kanak² yang tidak berdosa.

— anak anda mungkin sedang tidur pada waktu ini. Anak mereka tidak akan bangun lagi.


Assyahid termuda berusia 15 hari dalam pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia oleh Assad.

Pinggir Bandar Damsyik.
21/8/2013


Syria: 600 terbunuh diserang senjata kimia rejim zionis Assad.

DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.

Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas sarin".

Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.

Sementara itu, rakaman video di sebuah hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan kanak-kanak.

Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet.

 <iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/S2en2LCmoY8?list=UU76Xdjn8rNhd2vgI0_r0VCQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Antara ribuan rakyat yang syahid kerana penggunaan senjata kimia di Syria pagi semalam. Dunia masih menutup mata...


 
 


Ya Allah...kami mohon pertolonganMu menghadapi golongan munafiqun , fasiqun dan kafirrun syiah. Turunlah bantuanMu buat mujahidin Syams. Kegilaan Basyarr telah melampaui batas-batas kemanusia. Lihatlah anak2 yang tak berdosa ini. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Allahu Rabbi ..biarlah gambar2 berbicara


Friday, July 19, 2013

All about Salam



MUQADDIMAH

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.



"Salam" itu sendiri adalah nama daripada nama "asma alhusna" yang membarya konotasi makna yang sungguh besar dan bererti. la menjadi alaUwasilah kasih sayang -yang menggambarkan nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjurus ke syurga.


Sunnah menyebarluaskan salam sangat kurang diamalkan oleh muslim pada zaman muta’akhir ini.  Sedangkan banyak saranan dari agama melalui kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tentang keutamaan menyebarluaskan salam.  Rugi yang besar bagi kita sekiranya tidak mengamalkan sunnah yang besar ini.

1.  Memberi salam samada kenal atau belum kenal adalah tanda Islam seseorang itu baik.
Dari `Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash radhiAllahu `anhuma, bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:  ”Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”  Baginda menjawab:  ”Iaitu kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”  (HR Bukhari dan Muslim)

2.  Menyebarkan salam adalah suruhan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Dari Al-Barra’ bin `Azib radhiAllahu `anhuma berkata:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh kami untuk melaksanakan tujuh macam perbuatan, iaitu:  menjenguk orang sakit, mengiringkan jenazah, mendo`akan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, menyebarkan salam dan menepati sumpah.”  (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Yusuf `Abdullah bin Salam radhiAllahu berkata:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persahabatan dan solatlah sewaktu orang sedang tidur, nescaya kamu sekalian akan masuk syurga dengan selamat.”  (HR At-Turmudzi, katanya sahih)

3.  Menyebarluaskan salam akan mewujudkan kasih-sayang.  Natijahnya Iman dan Syurga.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Kamu sekalian tidak akan masuk Syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling sayang menyayangi.  Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan nescaya kamu sekalian akan saling sayang-menyayangi?  Iaitu sebarluaskanlah salam di antara kamu sekalian.”  (HR Muslim)

4.  Para salafussoleh sentiasa mencari peluang dan ruang untuk sebarluaskan salam.
Dari At-Tufail bin Ubay bin Ka`ab, bahawasanya ia datang ke tempat `Abdullah bin `Umar, kemudian mereka pergi bersama-sama ke pasar.  Tufail berkata:  ”Apabila kami berada di pasar maka setiap kali kami melewati tukang jual baju, orang yang akan menjual barang dagangannya, orang miskin dan bahkan melewati siapa pun juga `Abdullah pasti mengucapkan salam kepadanya.”  At-Tufail berkata:  ”Suatu hari saya datang ke tempat `Abdullah bin `Umar kemudian dia mengajak saya ke pasar.  Maka saya berkata kepadanya:  ”Apa yang akan kamu perbuat di pasar nanti, kerana kamu tidak membeli sesuatu pun, tidak juga mencari sesuatu, tidak akan menawar sesuatu, dan tidak juga akan duduk-duduk di pasar?  Lebih baik kita berbincang-bincang di sini sahaja.”  `Abdullah menjawab:  ”Wahai Abu Bathn (kerana At-Tufail mempunyai perut yang besar), kita akan ke pasar untuk menyebarluaskan salam kepada sesiapa yang bertemu dengan kita.”  (Riwayat Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatta’ dengan sanad yang sahih)

5.  Orang yang paling dahulu memberi salam adalah orang yang paling utama di sisi ALLAH.
Dari Abu Umamah Shuday bin `Ijlan Al-Bahily radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Seutama-utama manusia menurut ALLAH adalah orang yang paling dahulu mengucapkan salam.”  (HR Abu Daud dengan sanad yang baik)
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu, beliau berkata:  ”Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam: ”Wahai Rasulullah, kalau ada dua orang yang bertemu serentak, maka siapa yang harus mengucapkan salam terlebih dahulu?”  Baginda menjawab:  ”Orang yang lebih utama menurut ALLAH Ta`ala.”  (HR At-Turmudzi, hadithnya hasan)
Mudah-mudahan dengan mengetahui nas-nas di atas menjadikan kita bermotivasi untuk melaksanakan sunnah menyebarluaskan salam ini.  Jangan lemah semangat atau berasa malu jika orang lain tidak buat.  Untuk kehidupan yang baik di akhirat dan di dunia, sebarluaskanlah salam.



CARA MEMBERI SALAM
Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):



" salamu alaika "
salamu'ala ..........."
lni diulang lebih daripada 10 kali.



Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz:



assalamu alaikum ".......
lni diulang lebih dari 7 kali. 



Malah memerintah manusia jangan masuk ke rumah melainkan selepas memberi salam. (Surah An Nur ayat 27 dan 61). Dan dalam surah Huud ayat 73, menambah dengan "wa rahmatullahi wa barakatuh".



Ketika Allah menghormati Rasulullah SAW di malam Mikraj, maka Allah menyebut "Assalamu Alaika Aiyuhann Nabii wa Rahmatulahhi wa Barakatuh". lni jelas menunjukkan tidak ada perkataan "Taala" selepas warahmatulah". Salam dalam solat, jelas menjadi contoh terbaik yang Rasulallah (saw) ajarkan. lnilah salam yang rnenjadi rukun ibadat dan bermutu sebagai ibadat.



Kitab "at Targhib wat Tarhib" ada menyebut 26 hadis mengenai dan cara memberi salam dan ditambah 17 lagi hadis dalam bab (almusofahah)berjabat tangan.



Lafaz yang betul mengikut sunnah/hadits/para sahaba/tabi'in/tabi'in at tabi'in dan ulama adalah:



assalamu alaika/assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"



dan elok kita berhenti pada "assalamu alaikum wa rahmatullah" supaya memberi peluang yang lebih baik kepada sahabat kita yang menjawabnya, selaras dengan maksud firman Allah di ayat 86, surah An Nisa'.



Selaras dengan hadits Rasullullah (saw) riwayat Abu Daud, at Tirmizi, al Baihaqi dan an Nasaii, daripada 'lmran ibni Husain yang bermaksud, "'telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah (saw) lantas berkata "assalamu alaikum", lalu baginda menjawab salam dan bersabda "sepuluh". Kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum wa rahmatullah" maka baginda menjawab lalu bersabda "dua puluh". Maka datang seorang lagi lalu memberi salam *assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh", maka baginda menjawab dan bersabda "tiga puluh"



Dan daripada Suhail bin Muaz daripada bapanya "kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh", maka baginda menjawab dan bersabda "empat puluh" (iaitu kelebihan fadhilatnya). Hal yang sama ada diriwayatkan oleh Abu Hurairah.



Maka mafhum daripada hadits ini, ulama mengatakan bahawa kita bolehlah menambah di akhir salam dengan kalimat yang bersesuaian, tetapi bukan di tengah, seperti kalimah "ta'ala" selepas "wa rahmatullah". Rahmatullah ialah satu frasa yang bersifat tersendiri, dan bukan nama Allah atau ganti nama ZatNya.



CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH
Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan cara yang salah. Mereka menyebut:



"Assalamu alaikum wa rahmatullahi talala wa barakatuh"



Kalimat "TAALA" tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah (saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw). Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna mengenai cara memberi salam.



Kita menyebut "Allahu Taala" atau "Subhanahu wa Taala" ketika memuja dan mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut "Rahmatullahi Taala" kerana rahmat itu pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah "Taala" pada sifat Allah seperti "Rahman/Rahim". Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan "Taala". Jika ditambah, ia menjadi salah disegi konsep aqidah.



Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya adalah mendustakan hadits/ sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja, maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits riwayat Bukhari dan Al Tirmizi daripada Abdullah bin 'Amru bin al 'Aas), bermaksud: "...... dan sesiapa yang sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka." 



Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta berhenti. 



Amalan salam yang salah ini, malangnya, hany
a berlaku di Malaysia sahaja.



MENGAPA TERJADI SALAH?
Kebanyakan umat lslam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.



Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan, tanpa teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari maksudnya yang suci dan mulia..



"Salam" melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan 'aqidah, 'ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.



Wallahu A'lam

sumber:



USTAZ HAJI MOHAMAD BIN SHAFIE
Penasihat Agama,
Masjid Nurul Yaqin,
SS 7, Kelana Jaya,
Petaling Jaya.

dan
mahatera.blogspot.com

Sunday, June 30, 2013

Makna Ramadhan

 


     Makna Ramadhan
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.
Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.
Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”
Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.[1]

3. Nama-nama bagi bulan Ramdhan.
1- 1. Bulan sabar.
Ini berdasarkan hadith ;
صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر
Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”
2- 2. Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
Ini berdasarkan hadith ;
وهو شهر المواساة
“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.
3- 3. Penghulu segala bulan.
Ini berdasarkan hadith ;
سيد الشهور شهر رمضان
“ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”
4- 4. Bulan puasa.
Kata Abu zaid allughawi;
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين
“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).
5- 5. Bulan Siyahah .
Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat 112 : surah attaubah
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
mereka menyebut;
السائحون أي الصائمون
Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.

[1] Ada hadith maudhu’(palsu) diriwayatkan mengenai sebab dinamakan ramadhan iaitu;
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن شهر رمضان فقال : " أرمض الله فيه ذنوب المؤمنين فغفرها لهم "
Dari Aishah ra dari Nabi SAW baginda ditanya tentang bulan ramadhan, lalu baginda saw menjawab : “ Allah membakar padanya dosa orang beriman lalu diampunkan untuk mereka segala dosa-dosa itu.” Diriwayatkan oleh al ashbahani dan al muallimiy menyebut bahawa ianya maudhu’ (palsu).
عن أنس رضي الله عنه ، وفيه : " إنما سمي رمضان لأنه يرمض الذنوب "
Dari Anas ra pula meriwayatkan satu hadith yang antara kandungannya: “ Sesungguhnya dinamakan Ramdan kerana ianya membakar dosa-dosa”. Diriwayatkan oleh al ashbahani dan ibnu Mardawaih pada sanad ada perawi pembohong.

sumber; blog ustaz shauqi

Thursday, June 20, 2013

Bicara RINDU.............




Kata Rasulullah saw...
Islam didirikan di atas lima perkara
salah satunya di bulan Ramadhan kita berpuasa 

Kata Rasulullah saw...
Telah datang bulan yang penuh berkat
diwajibkan atas kamu untuk puasa.
ketika ini pintu Jannah dibuka...
ditutup pintu neraka..
syaitan- syaitan dibelenggu pula. 


Kata Rasulullah saw...
di dalam bulan ini ada satu malam istimewa
hebatnya sama seperti seribu bulan adanya
sesiapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal)
sesungguhnya diharamkan untuknya (tidak mendapat kebaikannya)

Kata Rasulullah saw...
Dan dalam bulan ini
ada malaikat yang selalu menyeru...
Wahai orang yang selalu beramal mulia bergembiralah anda, 
dan wahai orang-orang yang berbuat hina 
berhentilah anda ( dari perbuatan jahat) 
Seruan ini sehingga Ramadhan meninggalkan kita.

Kata Rasulullah saw.. 
puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya
adalah menutup dosa-dosa (kecil)
yang diperbuat diantara keduanya
bila dosa-dosa besar dijauhi seikhlasnya

Kata Rasulullah saw...
di hari kiamat puasa dan Qur'an mintakan syafa'at untuk hamba bertaqwa 
puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya disiang hari makan minum dan bersyahwat adanya
maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. 
Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di 
malam hari ( karena membacaku ) dan berjaga
maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. 
Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat untuk si hamba

Kata Rasulullah saw.....
pintu jannah ar-Rayyaan pada hari kiamat menyeru dan bersuara...
Dimana orang yang puasa?  
jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu,
maka ditutuplah pintu itu  selamanya
  
Kata Rasulullah saw.....
Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas 
maka diampuni dosanya
yang telah lalu dan yang semasa

Kata Rasulullah saw...
Di Ramadhan
Makan sahurlah 
mendapat berkah kerananya.

Kata Rasulullah saw..
Ramadhan....
Khas untuk ummatnya yang tercinta....

Kataku pula...
ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN....(3x)

Tuesday, April 23, 2013

Jangan Gopoh Memburu Kemenangan



Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz,
23 Apr 2013

Daripada Abi Abdullah Khabbab bin al Arat beliau berkata, "Kami telah mengadu kepada Baginda SAW sedang Rasulullah pada ketika itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah beralaskan serban. Maka kami bertanya; Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?"

Maka berkatalah Rasulullah SAW, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruh daging dan tulang-belulangnya, namun demikian mereka tidak memalingkan daripada agama. Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah permusafiran dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi ditakuti melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kalian adalah golongan yang gopoh." (Riwayat Bukhari)

Keghairahan untuk meraih kemenangan perlu ditenangkan seraya kita merujuk kepada manhaj perjuangan Nabi kita Muhammad SAW tentang bagaimana Baginda SAW membina kemenangan.

Hadis yang saya bawakan adalah sebagai renungan kita. Ia memaparkan bagaimana sikap Nabi SAW pada saat berhadapan dengan keadaan yang sangat kritikal, apabila para sahabat sering diseksa dengan dahsyat oleh kaum kuffar musyrikin.

Antara mereka ialah Khabbab al-Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya. Kesan penyeksaan tersebut meninggalkan parut yang sangat hodoh kepada diri Khabbab. Satu ketika Khabbab inilah yang pergi bertemu Nabi SAW, ketika Baginda sedang beristerahat di tepian Kaabah lantas bertanya, "Apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah agar kita menang?"

Sahabat Pemuda sekalian!

Yang bertanya ialah insan yang berjuang malah menghadapi penyeksaan dahsyat oleh musuh-musuh Allah dengan begitu tabah sekali. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan prinsip dan pegangan agama. Insan yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci ini, tiba-tiba nilai perjuangannya dijawab oleh Baginda Rasulullah bahawa orang terdahulu lebih teruk menerima penyeksaan dari musuh-musuh Allah sehingga ada yang digergaji kepalanya, sehingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai-berai daging daripada tulangnya, namun mereka tetap mempertahankan agama.

Kemudian Baginda Rasulullah melanjutkan teguran, kamu yang datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah Taala.

Menghayati Sifat Kemenangan

Kemenangan adalah suatu yang dianugerahkan oleh Allah Taala dan tidak boleh dicipta oleh kita dengan maksud tiada kemenangan buatan kita selain ia anugerah Allah. Demikianlah sunnatullah terhadap kemenangan atau nusrah yang dijanjikan buat mereka.

Pengertian lain yang senada dengan maksud perbahasan ini ialah betapa tidak sekali-kali tidak kita memetik buah yang belum masak.

Sebagai analogi yang boleh saya bentangkan sebagai renungan kita bersama ialah bagaimana situasi seekor anak ayam yang masih berada di dalam cengkerang telur sebelum dilahirkan ke bumi yang ganas ini.

Anak ayam di dalam cengkerang telur tersebut, mahu tidak mahu ia terpaksa menunggu satu tempoh matang untuk menetas dan akhirnya hidup membesar seperti warga ayam yang lain. Andai kata anak ayam tersebut tidak sabar untuk menetas demi melihat alam yang indah ini lalu ia cuba untuk memecahkan cengkerang telurnya dari dalam dengan paruhnya yang masih muda, nescaya usahanya itu gagal dan sia-sia.

Sikap tidak sabar ibunya juga boleh membawa padah kiranya tidak sabar ingin melihat anak kesayangannya lahir atau menetas lalu ia memecahkan cengkerang telur itu dengan paruhnya yang kuat, maka keluar berderailah anaknya tetapi tidak mampu bertahan lama kerana belum masanya yang matang baginya hidup. Anak ayam itu akan mati angkara sikap gopoh ibunya.

Memahami Syarat Kemenangan

Saya kira, demikianlah perihal perjuangan yang kita dokong ini. Walaupun kita ini bukanlah anak ayam yang masih lemah tetapi kita mesti sabar menanti detik kemenangan yang bakal di anugerahkan oleh Allah Taala setelah kita berjaya mendatangkan syarat-syarat kemenangan dengan baik dan berkesan.

Kita mesti mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan kita;
1. Gigih berjuang.
2. Ikhtiar melepasi segala cabaran.
3. Ikhlas dan istiqamah dalam mengenderai perjuangan.
4. Tabah mendepani ujian serta halangan dan;
5. Berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini.

PRU-13 yang sedang hangat menjadi bual bicara kita saat ini, saya tegaskan bahawa pemenang PRU yang sebenar adalah yang yakini Islam, yang ikut jalan Rasul dan yang ikhlas kepada Allah. Selainnya adalah tewas walau mara ke Putrajaya. Ayuh luruskan langkah.

Syukurlah, PAS berjuang dengan meyakini Islam, bertekad mendaulatkan pemerintahan yang digariskan oleh Allah dan al-Rasul dan sentiasa mengingatkan para pejuangnya agar sentiasa membina keikhlasan kepada Allah.

Syukurlah, PAS tidak nasionalis, tidak sekularis, tidak materialis dan tidak berjuang untuk dunia semata-mata.

Mari bersyukur kepada Allah, kita dianugerah berjuang bersama PAS. Itu nikmat tak terperi daripada-Nya. Mari berusaha meyakinkan umat Islam tanpa kenal putus asa agar menerima Islam sebagai cara hidup pilihan terbaik masa kini. Kepimpinan adalah amanah agama yang besar.

UNDILAH PAS

http://www.tarbawi.my

Friday, April 5, 2013

Hidup Cara Rasulullah saw Antara Sihat Dan Sakit

http://indonwahyudin.wordpress.com/2011/05/01/pahala-orang-sakit/

Rasulullah saw pada masa lapang akan melawat mereka yang sakit kerana baginda sangat ingin menghiburkan hati si pesakit dan kadangkala baginda sendiri menolong memberikan ubatnya. Manusia memang tidak sunyi dari sakit dan sihat, malah Nabi saw juga mengalami sakit.
     Apabila baginda sampai ke tempat orang yang sakit, Nabi akan meletakkan tangan padanya sambil bertanya dengan kasih sayang.
    "Apa yang engkau rasakan?" demikian diucapkannya.
    Kemudian Nabi saw akan menghiburkan hati orang yang sakit itu dengan kata-kata yang baik dan mununjukkan ubat-ubat padanya. Perlakuan baginda itu terkenal dengan istilah "Thibbun nabawi" iaitu penyembuhan sakit menurut ubat yang dicontohkan Nabi saw.
    Adakalanya Nabi membacakan ayat-ayat sebagai ubat dan adakalanya Nabi membacakan ayat-ayat sebagai ubat dan adakalanya juga meminumkan air yang telah dibacakan ayat-ayat suci padanya. Ini adalah di antara cara-cara Nabi memberikan bantuan dalam mengubati mereka yang sakit.
     Suatu hari isteri baginda Aisyah mengalami derita sakit yang menyebabkan beliau mengeluh.
    " Jangan berkata apa-apa yang tidak baik pada penyakit, sebab ia menjalankan tugasnya," demikian berkata Nabi saw kepada Aisyah. Baginda kemudian menunjukkan ubatnya dari ayat-ayat suci. Aisyah mengikuti petunjuk Nabi sehingga beliau sembuh.
     Baginda sendiri pernah menderita sakit kerana digigit kala jengking sewaktu sedang sujud dalam solat.
     "Allah mengutuki kala jengking, baik Nabi maupun orang biasa sama disengatnya," demikian cara Nabi mengeluh sakit.
     Baginda kemudian meminta air dalam bekas lalu dicampur garam. Luka bekas disengat tadi baginda rendamkan pada bekas mengandungi air dan garam itu sambil membaca ayat Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan AnNas. Dengan izin Allah, rasa sakit itu sembuh.
    Tidak kurang juga baginda menitiskan air mata kerana melihatkan keadaan orang itu. Pernah disuatu masa bersama-sama dengan beberapa orang sahabat baginda pergi menziarahi Saad bin Ubadah. Beliau orang yang dikenali sehingga penuh sesak rumahnya dengan orang yang datang menjenguknya.
     "Apakah sudah dekat saat meninggalnya ? " tanya Nabi sebab sakit Saad itu kelihatan amat tenat sekali.
     Baginda menitiskan air mata melihat keadaan Saad itu dan ramai yang lain demikian juga.
Baginda sering menekankan dalam ajarannya dalam kita memziarahi orang sakit, ialah menghiburkan hatinya. Terutama membayangkan harapan bahawa beliau akan sembuh atau pulih walaupun ajalnya sudah dekat.
     "Bila kamu menjenguk orang sakit maka tanamkanlah kata-kata kepadanya bahawa beliau akan sembuh. Jiwanya akan tenteram oleh kata-kata itu". Begitu tuntutan Nabi saw.
     Kata-kata harapan atau doakan semoga mereka yang sakit itu diberkahi Allah dan cepat sembuhnya, sudah tentu sedikit sebanyak dapat mengembirakan dan menyegarkan jiwa yang sakit itu. Namun demikian, Nabi juga memperingatkan tentang ubat-ubat yang digunakan, baginda menganjurkan berubat kalau sakit, tetapi jangan berubat dengan yang haram iaitu ubat-ubat yang didalamnya ada unsur yang haram seperti bahan-bahan memabukkan.
     "Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan yang haram," demikian pesanan Nabi saw  kepada umatnya.
     Suatu ketika Nabi dikunjungi Abu Sa'id Al Khudry dan mengadukan tentang saudaranya yang sedang sakit. Ia ingin mendapatkan pertolongan Nabi untuk mengubati penyakit itu.
     "Minumlah madu," demikian Nabi berpesan kepada Abu Sa'id.
     Abu Sa'id  segera pulang menemui saudaranya yang sedang sakit lalu menyuruhnya meminum madu sepertimana pesanan Nabi. Tetapi tidak juga sembuh, malah kelihatan seperti bertambah sakitnya. Beliau kembali menemui Rasulullah dan memberitahu keadaan sakit saudaranya.
     "Allah tetap benar, hanya perut saudara engkau yang berdusta," jawab Nabi saw kepada Abu Sa'id.
     Baginda menyuruh meminumkan madu itu lagi. Abu Sa'id segera kembali ke rumah dan menyuruh saudaranya meminum madu itu lagi. Namun sakitnya belum sembuh sehingga diberitahu lagi kepada Nabi saw dan baginda tetap menyuruh minum madu itu sehingga empat kali. Akhirnya sembuh dan Abu Sa'id menemui Nabi dengan hasil yang menggembirakan.
     "Allah tetap benar, hanya perut saudara kamu yang berdusta." demikian Nabi mengulang kata-katanya dahulu. Madu kemudian dikenali sebagai satu ubat yang baik diminum untuk kesihatan manusia. Nabi saw telah memberitahu kepada umatnya sejak dahulu lagi.
     Sesungguhnya ajaran Islam yang dikembangkan oleh Nabi saw ini penuh dengan bimbingan berguna buat manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhirat. Dianjurkan manusia agar menjadi sihat selalu dengan diberikan aturan yang baik dan praktis tentang makan, minum, tempat, pakaian, kediaman, tidur dan bergerak. Jika ada yang sakit dianjurkan sama menjenguknya dan si pesakit dituntun bagaimana harus dia menghadapi sakitnya. demikian juga cara pengubatan hendaklah dari yang baik-baik. Kepada yang sakit dan meninggal dunia diberikan panduan bagaimana menyelenggarakan mereka itu ke alam barzakh.


Doa menziarahi orang yang sakit

[image-49.gif]

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.


[image-49-2.gif]


Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.


"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.