Assalamualaikum pengunjung budiman. Pilihanraya kecil DUN N 05 Tenang nampaknya mula tidak tenang dan haru-biru dengan cercaan2 ahli2 politik terhadap hukum-hukum Allah yang datangnya dari satu kapal yang berbendera tengkorak. Tergadai agama demi kuasa.
Peristiwa 1 : Berkatalah seorang menteri besar dari kapal ini, yang turut berkempen walaupun beliau melangkau tarikh yang dibenarkan SPR untuk berkempen. Katanya kalau tertubuhnya negara Islam, banyak tangan-tangan ummat Tenang akan dipotong kerana mencuri. Disokong pula oleh seorang menteri kabinet dapur dengan mengatakan orang-orang Cina elok dimaklumkan hal ini kerana setelah 53 tahun mereka masih tidak pandai mengingatkan hal ini kepada orang-orang bukan Islam. Ingatan ini diserahkan kepada tokeh viagra yang berketurunan tionghua untuk disebarkan.
Peristiwa 2 : Berkatalah seorang bekas menteri kabinet dapur dari kapal yang sama, kepada puak-puaknya, yang sekarang ini menjadi tokeh viagra bahawa calon parti Islam enggan berjabat tangan dengan lelaki. Kalau berjabat tangan pun, beliau akan memakai sarung tangan seperti Wan Azizah. Sudah pasti calon Islam ini tidak mahu datang ke tokong Cina, katanya lagi. Akibat dari itu.....maka pihak lawan yang marah dari Kapal Myvi Marmara telah menyebarkan video tokeh viagra itu 'berjabat' tangan, kaki, badan, mulut , ehem-ehem ......... dengan seorang wanita pada 2008 untuk menggambarkan kehebatan kebebasan berjabat tangan ini. Yang terharunya kapten Myvi Marmara memberi amaran agar video bermoral itu tidak disebarkan dan diserahkan kerana video itu akan mengganggu ketenangan pilihanraya di Tenang atau mungkin video itu memberi kemenangan kepada krew kapal pihak lawan.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteApa lagi yg ada dlm jantung (qolbun)org2 yg tidak beriman melainkan penuh dgn penyakit hasad, dengki dan bencikan Islam. Dlm kaedah penafsiran, `kufur pada millah yg satu` dimana bersambung2lah mulut2 kekufuran selagi wujudnya kumpulan itu. Dari Nu'man Bin Basyir رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda : Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah badan seluruhnya. Ketahuilah! Itulah (yang dikatakan) Al-Qolbu.
Kalau sudah mulut mengeluarkan kata2 kekufuran, apa yang ada dalam dada2 mrk adalah lebih besar ibarat `iceberg` dipermukaan air! Surah AliImran:108 وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. wallahualam
Wkatu mslm wbt. MasyaAllah satu penjelasan yang mantap. Shukran tajnur.
ReplyDelete