Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, January 1, 2011

Mungkinkah Sunni Dan Syiah Bersatu ?


Memperingati Hari Pembunuhan Umar Al Khattab dengan memuja Abu Lu'lu si pembunuh Umar yang berbangsa Parsi.

Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed Al-Tayyeb untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai.

Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.

Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.
Baghai melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).

Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.
Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.


Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.


Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."

Petikan dari : Berita Islam Global

2 comments:

  1. Wa'alaikumsalam Kak.Terima kasih sudi mengingatkan Razi tentang bahaya pemikiran mereka.Alhamdulillah Razi sudah membentengi diri dengan buku-buku yang relevan menangkis pemikiran2 yg sesat.Razi dalam menilai sesuatu perkara berpinsip"walau tulisan itu menarik,membuka wawasan meskipun sesuai dengan akal tapi bertentangan Wahyu(Al-Qur'an)dan Hadith,Razi tolak,akal itu terbatas dalam memahami sesuatu)
    Sejak mula mengenal internet 8 tahun silam,Razi telah mengikuti pemikiran Farish Noor dengan penghinaan terhadap Rasulullah,begitu juga dengan SIS(Zainah Anwar) dengan semangatnya menentang hukum islam.Kassim Ahmad Orang ini menulis buku kecil yang intinya meragukan otentisitas hadits dan sekaligus menolak otoritasnya. Tidak hanya isinya yang membeo dan mereproduksi argumen orientalis, bahkan judul bukunya pun, “Hadis – Suatu Penilaian Semula”(media intelek,petaling jaya, mengingatkan kita pada judul artikel Joseph Schacht beberapa dekade yang lalu: “A Revaluation of Islamic Tradition”. begitu juga dengan Astora Jabat yang suatu masa dulu sangat aktif menulis di kolom rencana di Utusan Malaysia.Kita sangat berterima kasih dengan adanya Syed Muhammad Naquib al-Attas dengan mendirikan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM)dimana sekarang banyak ilmuwan Indonesia menuntut di situ,kami ummat islam di Indonesia sangat tertolong dengan tulisan ilmuwan islam dalam mengcounter pemikiran sesat(Sepilis) apatah lagi perpustakaan ISTAC yg begitu lengkap.Di indonesia pemikiran liberal sangat mendapat tempat banyak buku2 sesat di kedai buku dengan dukungan keuangan NGO asing begitu juga dengan media arus perdana memberi ruang luas dalam rangka menyesatkan masyarakat. Karena untuk menjadi mahasiswa di ISTAC tidak hanya di tuntut menguasai bahasa inggris,jerman,arab bahkan greek,Latin hebrew.Adapun untuk menelusuri asal muasal Pluralisme Agama,Razi sudah baca buku"Tren Pluralisme Agama"di tulis Dr.Anis Malik Thoha dengan desertasi beliau beliau di anugerah lulusan terbaik IIUI,Pakistan.dimana beliau sekarang menjadi pensyarah IIUM,Malaysia.selanjutnya Dr.Syamsudin Arif juga pensyarah di IIUM buku beliau sangat enak di baca dengan bahasa yg mudah di fahami padahal rujukan tulisan beliau sangat banyak dengan kelihaian beliau latarbelakang pendidikan komunikasi "Orientalis dan Diabolisme Intelektual"wajib di baca.Untuk menjelaskan sejarah Al-Quran seperti yang kita lihat kini dalam melawan tomaahan dari pengkritik al-qura'an sangat layak di baca"The History of the Qur'anic Text"beliau adalah prof.Dr M. M Al-Azami,seorang pakar Hadith terkenal di segani di timur dan di barat.Razi membaca majalah2 islam seperti Hidayatullah dan Sabili.Tanpa bacaan yg cukup,nanti akan di katakan seperti pepatah'Orang yang tidak mengenal sesuatu,cenderung memusuhi sesuatu'.Razi menyadari kekurangan diri yg tidak faham bahasa arab,karena latar belakang pendidikan pendidikan sekular dan tidak mendapat pendidikan pondok.Tentang akidah,qur'an salah-salah menilai bisa kita menjadi murtad,Na'uzubillah min dzalik.Semoga Allah Melindungi kita dari anasir-anasir jahat yg ingin menyesatkan Ummat islam.amin

    p/s: * jika ingin membeli buku terbitan indonesia di malaysia sila datangi fajar ilmu baru di jalan masjid India,Wisma Yakin,tkt 3.atau layari http://fajarilmubaru.com.my......dulu razi selalu berbelanja buku di situ
    *Di Blog Razi pada Menu"SEPILIS(Sekular,liberal,pluralisme,sebutan yg popular di Indonesia",ini menandakan laman web yg berbahaya jika tidak hati-hati
    *Novel Faisal tehrani,Razi yakini yg membela syiah yg bertajuk"KARBALA"novel yang lain,seperti yg pernah razi baca "Bila Tuhan Berbicara"isi sangat bermanfaat karena mencakupi,al-quran,hadith,filsafat islam dan sains.Hanya setahun belakangan ini beliau sangat mengagungkan Syiah,ini yang menjadi tanya kita?

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah. Semoga dengan ilmu2 yg dituntut menjadi benteng kpd Razi kpd kebatilan yang bertebaran di bumi Msia dan indonesia.Dengan ilmu maka selamatlah kita dunia dan akhirat. InsyaAllah. t kasih maklumat ttg buku2 tersebut. Memang akak pencinta kitab2 kerana latarbelakang pelajaran kita sama...belajar di sek sekular.Ilmu agama terpaksa cari sendiri melalui kitab2 muktabar dan ceramah2 agama dari ilmuwan yang diiktiraf. Azam akak, semua anak2 lelaki dihantar ke sekolah agama dan akan mencari jodoh untuk anak2 perempuan dgn suami2 yg kuat berpegang kpd agama.InsyaAllah. Teruskan menyebarkan kebenaran.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.