Oh anak yatim....
Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya memang tak kesian langsung akan anak yatim ni. Walaupun dah ada dua laporan polis dibuat tentang jenayah yang entah betul entah tidak dilakukan oleh anak yatim ini sebab bersumberkan laporan Wikileaks namun tidaklah ada rasa belas ehsan saya terhadap anak yatim ini. Sebabnya...ada banyak sebab.
Sebabnya anak yatim ini adalah anak yatim piatu yang kematu. Dah ganyut !! Sebab anak yatim ini adalah individu tersohor tanahair yang telah lama perjuangkan bahasa, budaya dan ketuanan Melayu dan bukannya yatim merempat yang tak da siapa nak peduli. Rupa-rupanya nak yatim ini adalah seorang pejuang yang asyek didendang-dongdang sayangkan oleh bangsanya. Sebab hidupnya mewah berpangkat besar, bergaji besar, berkereta berumah besar serta berbini besar. Kalau didapati benar laporan jenayah aib yang dilakukan oleh anak yatim ini...maka sahlah bahawa dia juga bernafsu besar !!
Tak lah saya kesian langsung kepada anak yatim ini walaupun mungkin tuduhan itu sekadar nak mengaibkan dirinya seperti teraibnya DSAI kerana tukang-tukang cover dan back-ups dah 'stand-by' di mahkamah2, di bilik2 cetak surat-surat khabar meloya, di RTMenipu dan konco-konco kebal UMNAPCO telah bersedia atas dasar 1Malaysia : NgabisWangRakyat Didahulukan, Pencacai Diutamakan. Rakyat-rakyat lekeh tak akan termimpi untuk mendapat pembelaan sedemikian rupa seperti anak yatim istimewa ini. Jadi...buat apa saya nak kesian kepada anak yatim ni.....!!
Kalaulah pertuduhan ke atas anak yatim ini kerana rasuah ke, salah guna kuasa ke, kerana tidak memberi keadilan kepada rakyat ke tak lah dihairankan sangat kerana itulah pertuduhan2 yang biasa ditujukan kepada individu yang mempunyai status dan kuasa seperti anak yatim ini. Tapi kalau dituduh merogol amah...waduh malunya teman! Sungguh aib 1Malaya! Kok nggakk punya high-taste gitukk? Main tangkap muat aja! Adakah mungkin kerana dia hidup dengan rezeki hasil air tangan yahudi APCO kerana seorang anak yatim kematu yahudi berusia 63 tahun, Moshe Katsav bekas Menteri Pelancongan Israel, telah didapati bersalah merogol setiausahanya pada tahun 1990. Hah ! Sekufu le tu. Walaupun saya tidak ada belas ehsan kepada anak yatim ini, saya tetap mengharapkan bahawa pertuduhan aib ini adalah tidak benar kerana sebagai seorang Islam kita tidak boleh menerima mentah-mentah berita dari sumber yang fasiq.
Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah. So nasihat saya kepada anak yatim ini, cubalah try membela diri agar sekurang-kurangnya ada yang bersimpati dan rasa kasihan. Senyap itu tanda setuju . Dahlah ramai yang tak kesian kat anak yatim ini , senyap itu akan membuat makin ramai yang menyampah dan menyumpah anak yatim ini.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.