Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, January 10, 2011

Tangan-tangan Kasar Telah Memetik Bunga-bunga Ros Kami

Bunga-bunga mekar itu telah disunting oleh jantan-jantan yang rakus.

Assalamualaikum pengunjung budiman. Entri ini saya tulis ketika waktu bekerja, jam 10.52 pagi pada 11.1.11 ( Tok Guru 1Mesia mesti suka angka ni). Memang saya mencuri masa....harap-harap saya tak buat lagi. Kebiasaannya saya adalah seorang kakitangan yang patuh pada masa yang diperuntukkan untuk tugas-tugas rasmi. Walaupun saya bukan blogger sepenuh masa dan kesuntukan banyak masa kerana jadual tugas saya "8 to 5", seboleh-bolehnya saya tidak mahu mencuri masa bertugas saya untuk urusan-urusan peribadi terutamanya blogging kerana ia melanggar tata-tertib tugas professional saya.

Oleh kerana terrrpandang sekumpulan lelaki-lelaki yang tidak dikenali dan seorang pekerja binaan Bangla yang melalui jabatan tempat saya bertugas, memetik bunga-bunga ros mekar yang menjadi penghias dan pemandangan indah di luar jabatan saya, lalu jiwa saya terusik sekali dan jari jemari ini terasa begitu gatal nak menaip jam-jam itu juga.

Aduh !!! Hampir botak rimbunan pokok ros itu! Bunga-bunga ros merah yang begitu indah dan mekar, memenuhi rimbunan pohon akhirnya berpindah ke tangan jantan-jantan yang rupa-rupanya sukakan bunga jugak !! Baru saya tahu...he he he.(suami dan anak2 lelaki saya tidak pernah hint yang mereka sukakan bunga. Apa tidaknya....rumah saya tak ada pokok2 bunga he he ). Ingatkan pompuan je yang suka bunga-bunga ni.

Rakan setugas saya pun terkecewa apabila melihat pohon ros itu hampir gondol. " Hei Encik ! Itu bunga kami !" jerit rakan saya kepada seorang lelaki yang tidak dikenali apabila dia cuba memetik bunga yang ketiganya. TERRkejut beruklah orang lelaki itu kerana tidak menyangka perbuatannya diperhatikan. Teguran itu menyebabkan dia berhenti memetik bunga dan meninggalkan pohon tersebut bersama rakan-rakannya yang masing-masing memegang bunga ros ditangan. Oh ! Alangkah bahagianya kalau kuntum-kuntum ros ditangan mereka itu aku yang punya.......

Beberapa minit kemudian....maka lalulah pula seorang pekerja binaan Bangla menghampiri pohon ros tersebut. Saya berdebar-debar memerhatikan dari dalam jabatan. Rupa-rupanya pekerja Bangla itu sekadar mencium-cium bunganya sahaja dan merakam mekar-mekar ros itu dengan kamera handfonnya. Eh ! Eh ! Betullah...memang lelaki juga sukakan bunga-bungaan..bisik hati kecil saya. Namun, bila kali kedua Bangla itu menghampiri pohon ros tersebut.....oh! Tidak !!!.. .dia telah memetiknya !! Aduh !! Abislah bunga tu !!

 Hatiku sayu, bunga-bunga ros yang menghiasi hidup kami ditempat bertugas telah disunting oleh tangan-tangan kasar yang terpaut dengan keharuman dan kemekaran kamu wahai bunga-bunga ros. Sebelum engkau betul-betul gondol...lebih baik ku abadikan gambarmu buat kenang-kenangan. Yang tinggal hanyalah beberapa kuntum sahaja lagi. Berbungalah kembali wahai pohon ros dan rimbunkanlah dirimu dengan kuntuman merah mewangi supaya hidup kami terhias indah kembali ditempat kerja yang penuh tekanan dan cabaran ini.

Ah ! Saya telahpun mencuri 30 minit waktu bertugas saya hanya kerana kuntum-kuntum ros ! Lebih baik saya berhenti menaip dan membuat persiapan untuk mesyurat selepas 'lunch hour' sebentar lagi. ISSH !! Tak nak buat lagilah.


1 comment:

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.