Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, December 31, 2010

Tidak Membenci Shiah.Tidak Juga Menggadai Prinsip Sunniku.

Rujukanku tentang Shiah. Sedikit aje......

Assalamualaikum pengunjung budiman. Hampir seminggu mengenepikan dunia maya ini. Menziarahi ayahbonda tua dikampung saya dan suami. Lebih afdal memberi tumpuan kepada mereka yang jarang-jarang dapat dijenguk. 

Hari ini saya kembali mengadap laptop dan berkembara info dan ilmu blog2 sahabat dan gemar mengetahui buah2 fikiran mereka tentang isu-isu semasa tanah air. Kisah YB Teo berpakaian 'seksi' bersenamrobik di perkarangan masjid, isu Gopala, isu Mahfuz, Piala AFF, isu amah seksi menteri...semuanya menarik hati saya, cumanya malas nak ulas sebab pengulasnya dah melambak2 dengan ulasan yang penuh satira, panas dan pedas.

Dengan tahun baru yang akan menjengah sejam dua lagi, saya lebih suka nak sentuh hal Syiah ni setelah berjam-jam menerjah blog Faisal Tehrani (he is so into Syiah). 

Ya ya. Shiah itu tetap sah keislaman mereka kerana mereka bertuhankan Allah Yang Esa, beriman kepada malaikat, nabi-nabi serta khatamul anbiya Muhammad saw dan  berkitabkan AlQuran. Ulama dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah yang keras terutama dari India dan Pakistan memang ada menkafirkan mereka tetapi tidak ramai. Majoriti masih mengatakan penganut Shiah adalah Islam termasuk ulama2 tanah air kita walaupun segelintir mengatakan mereka ini sesat

Syiah mengkafirkan para sahabat dan ummul mukminin

Saya tidak membenci Syiah tapi saya menolak beberapa pegangan mereka yang saya rasa bukan soal cabang tetapi soal yang mendasar. Tidak menolak mereka kerana mencederakan diri untuk memperingati terbunuhnya cucunda Rasullah saw, Hussein ra, tidak menolak mereka kerana nikah muta'ah, tidak menolak mereka kerana persoalan menjamakkan solat-solat 5 waktu, tidak menolak mereka kerana meletakkan tanah suci Karbala di atas sejadah sebagai tempat dahi ketika bersujud dan tidak menolak mereka kerana memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw terutama Sayyidina Ali secara berlebihan, tidak menolak mereka kerana pendirian mereka tentang Imam ke 12 iaitu Imam Mahadi dan tidak menolak mereka kerana menuntut kekhalifahan Sayyidina Ali ra dan bukannya Sayyidina Abu Bakar As Siddiq ra selepas wafatnya Rasulullah. Itu semua saya boleh terima kerana hujah-hujah mereka yang saya anggap ada rasionalnya.

Tetapi saya menolak Syiah kerana beberapa perkara pokok ini. Kepercayaan mereka tentang Al Quran yang tidak lengkap kerana ada bahagian yang disorokkan Ummul mukminin Habsah binti Umar Al Khattab. Penghinaan dan fitnah2 mereka terhadap semua Ummul Mukminin terutamanya Aisyah ra. Mengkafirkan semua sahabat2 Rasulullah saw setelah wafatnya baginda kecuali 4 orang sahaja (salah seorang Salman Al Farisi), menolak banyak hadis2 sahih Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh sahabat2 Rasulullah dan meraikan Hari Pembunuhan Sayyidina Umar ra dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.


" Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan ingatlah akan datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan dengan mereka, dan janganlah kamu semakan seminum dengan mereka, dan jangan juga kamu bersemenda dengan mereka." (Anas ra).


Pengikut Syiah sangat berpegang kepada hadith ini. Dari Zaid bin Arqam, berkhutbahlah Rasulullah saw " Maka saya meninggalkan kepada kamu tsaqalain(dua pusaka); yang pertama kitab Allah didalamnya ada petunjuk dan cahaya, Maka ambillah kitab ini dan berpegang teguhlah dengannya. Lalu beliau mendorong kepada Kitab Allah dan menggembirakan dengannya. Kemudian beliau bersabda: ’dan ahlulbaitku (keluargaku), aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku , aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku , aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku”(Shahih Muslim). Tak ada salahnya kerana ahli sunnah juga berpegang kepadanya.



Tetapi mereka menolak yang ini. Dari Abu Said al-Khudri radhiallahu anhu, ia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan kalian mencela sahabat-ku, sungguh jika salah seorang diantara kalian menginfakkan emas sebesar gunung uhud, maka itu tidak menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang dari mereka dan tidak pula mencapai separuhnya”. (HR. Bukhari no. 3673, Muslim no 2541).



oklah nanti sambung lagi. Selamat Tahun Baru 2011. Semoga bersemangat baru.


An eye-opener video.

5 comments:

  1. bukan semua syiah sesat. ada syiah yg OK, ada yg sesat

    x kurang juga ahlus sunnah yang sesat dan melakukan banyak kemaksiatan. oleh itu, wajarkah kita melabel ahlus sunnah itu sesat?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Saya tertarik dgn tajuk entri kali ini. Biarlah saya mengemukakan persoalan yg masih tidak dijawab oleh umat Islam sehingga ke hari ini. Sebelum itu, saya mmg berpegang kpd mazhab Syafiiah (Imam Syafie rh.a). Persoalannya mazhab itu apa? Takkanlah org yg merompak, mencuri atau melakukan maksiat boleh ditangkap muat dlm mana2 mazhab yg ditetapkan secara suka2, lisan atau automatik apabila lahir saja. Inilah yg dikatakan dlm pepatah Arab,`Lisaanuhal wa lissanumaqaal`. Walhal dlm Istinbat Hukum sesuatu mesti mengikut Usul AlFiqh dgn mentadabbur (tadbir) akan AlQuran Surah AnNisa`:59يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ. ) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
    Masalah skrg umat Islam sudah meninggalkan AlQuran dan hadis Nabi SAW sebagai pegangan hidup. Tidak dpt dinafikan, mmg ada sesuatu mazhab menafikan sesuatu hadis w/pun sohih tetapi dgn kaedah Usul AlFiqh, kita dpt menetapkan sesuatu aqidah dan syariah cuma mahu tak mahu sahaja. Dlm Usul AlFiqh, terdapat Ketetapan putus (Qot`ie tsubut) dan ketetapan dzon (Dzoni tsubut).Dlm ketetapan Tsubut terdapat dalil putus (qot`ie dillalah) dan dalil dzon (dzonni dilalah) dimana sandarannya adalah dar AlQuran dan Hadis Mutawatir. Mengingkari satu perkataan pun boleh jatuh kafir. Adapun dari segi dalil putus, mana2 mazhab pun tidak ada yg mempertikaikannya spt wajibnya solat, zakat, puasa, haji dsbnya tetapi yg menjadi perbahasan adalah dalil dzon yg bermaksud ayat mutasyabihat dimana setiap imam mazhab berijtihad membawa hadis yg lebih arji` utk dikemukakan makna ayat mutasyabihat. Tak perlulah saya bahaskan dgn lebih lanjut. Apa yg terjadi sekarang apabila setiap firqah yg mendakwa kononnya mrk bermazhab mempertikaikan ketetapan putus dari dalil putus! Surah AnNisa`:83وَإِذَا جَآءَهُمۡ أَمۡرٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُواْ بِهِۦ‌ۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ ) Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau ketakutan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka.
    Keamanan = bila adanya Daulah Islamiah, ketakutan = tiadanya daulah Islamiah. Punca perpecahan adalah kerana masing2 membawa AlQuran tetapi tidak mentadabbur, maka terjadilah perselisihan spt skrg( Surah AnNisa`:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu mentadabburkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
    Itu bagi mrk yg menghujah AlQuran, bagai mana yg langsung tak nak ambil tahu dan kufur dgn kejahilanya? Ada jawapannya spt dlm Surah AlMaidah:68قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ‌ۗ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran).
    Kalau tak nak ambil tahu dan tak ada kena mengena dgn AlQuran, maka tiadalah sesuatu w/pun mengucap spt Firaun dlm Surah Yunus:90. Wallahulam

    ReplyDelete
  3. Salam Smujahid. Mazhab yg sebenar adalah AlQuran dan hadith yg sahih yg juga merupakan pegangan 4 imam mazhab yang dianuti ahlus sunnah waljamaah.Itu juga merupakan pesanan Rasulullah saw kpd ummatnya supaya tidak sesat.
    Malangnya kita terlalu sebok menyesatkan org lain sedangkan kalangan ahlussunnah yg sesat pun tak mampu nak diatasi.

    Salam Tajnur. MasyaAllah t kasih atas pkongsian ilmu. Mazhab kita hanyalah AlQuran dan hadith2 sohih.
    Maha suci Allah, tidak ada satupun perselisihan didlam AlQuran yg menunjukkan AlQuran dipelihara Allah Ta'ala.Hujah tidak mnerima hadith sohih yg perawinya kalangan sahabat juga mpunyai usul alfiqh yg diterima oleh bbp ulama hadith. Allahuaklam.

    ReplyDelete
  4. Kami yg Ahlussunnah di tidak rela..khalifah2 selain Ali,RA di caci maki,dan banyak menolak hadith jalur..lebih jauh tentang akidah syiah..klik http://syiahindonesia.com

    ReplyDelete
  5. Aslmlkm Razi.saya juga tidak rela. Allahumma solli 'ala muhammad wa ali muhammd wa sohbihi ajma'in.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.