Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, December 18, 2010

Khas Buat Sahabat Blogger Dari Acheh : Rasulullah saw Juga Disihir

Assalamualaikum Pengunjung budiman. Lihatlah gambar-gambar saudara blogger kita dari Acheh bernama Ar Razi,( di sini   ) yang terkena sihir. Alangkah deritanya beliau. Alhamdulillah kini beliau dah 95% sembuh. Berdoalah untuknya agar Allah terus memberi perlindungan dari kejahatan syaitan, jin dan manusia yang meniupkan sihir ke atasnya.















Buat saudara Ar Razi di Acheh Darussalam. Rahmat Allah buat saudara. Semoga Allah menganugerahkan kesejahteraan badan serta akal fikiran buat saudara setelah ditimpa musibah yang dasyat. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kan pergi. Ujian yang diterima adalah merupakan kafarah dosa buat saudara serta untuk meningkatkan martabat iman saudara. Ingatan dari Junjungan saw mengatakan bahawa kesedihan, kesakitan hatta kaki tertusuk duri adalah kafarah dosa-dosa selagi dijauhi dosa-dosa besar. Allah tetap bersama saudara yang sabar kerana selama ini saudara gigih memperjuangkan al-haq. 


Maaf saya menulis di sini khas buat saudara kerana ruangan komentar di blog saudara tidak dapat digunakan kerana 'word verification'nya tiada ruang untuk diisi.  Mungkin masalah teknikal settingnya.

Sudah saudara baca link yang saya pautkan di blog saudara ? Saya harap saudara dapat memperoleh sedikit kekuatan dari kisah yang disampaikan. Saya sendiri begitu insaf dengan cerita itu dan menyedari betapa hina diri yang sentiasa sihat ini yang jarang-jarang bersyukur atas nikmatNya. Tiada tempat buat saya disisiNya.

Rasulullah saw sendiri pernah merasai demam, dibaling batu, disakiti juga disihir walaupun sentiasa didampingi malaikat serta dibawah naungan kasih rahmatNya yang tidak putus-putus. Apatah lagi kita insan biasa yang sentiasa melakukan khilaf. Sudah pasti kita lebih pantas merasai itu semua. 

Ayuh ikuti kisah Rasulullah yang pernah disihir semoga menjadi pedoman buat kita semua untuk menghadapinya.

Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak (hubungan suami isteri bersama Aishah). Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?(Ada riwayat mengatakan kedua orang ini adalah malaikat).

Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’samDitanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan/Zu Arwan.

Maka ditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran (An Nas dan Al Falaq). Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWT telah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

 Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya. Begitulah kisahnya.


Akhir kalam buat Ar Razi. Semoga saudara perolehi lebih kekuatan dan kemantapan iman dari sebelumya. Ameen.






4 comments:

  1. innalillah... semoga saudara kita cepat sembuh.. semoga kita dijauhkan drpd benda2 mcm ni. amin...

    ReplyDelete
  2. Ameen.Smg Allah melindungi kita semua.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.