Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, December 9, 2010

Alkisah Doktor Gigi Terkaya Di Dunia



Assalamualaikum pengunjung budiman. Tersebutlah kisah seorang doktor gigi yang tinggal di tanah air yang tak terhingga jayanya beliau sehingga menjadi doktor gigi yang terkaya di dunia. Pendapatannya dari klinik gigi yang diusahakan beliau sungguh luar biasa mendapat sambutan dari beribu-ribu pesakit-pesakit gigi dari saentero Malaya sehingga mencecah pendapatan  berjuta-juta ringgit . Setiap hari ada aje beratus-ratus orang  yang sakit gigi ingin mendapat rawatan dari klinik gigi beliau tersebut. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah doktor itu nampak di gigi. Maksud saya gigi-gigi pesakitnya. 

Arakian, setelah puas menjana pendapatan dalam profesion pergigian, beliau terasa kepingin pula menceburkan diri dalam dunia politik  kerana beliau telah mendengar banyak khabar yang boleh dipercayai bahawa jawatan ahli politik memberi pulangan yang terlebih  lumayan daripada menjadi doktor gigi.  Entah apa aura doktor tersebut , beliau telah memenangi pilihanraya 1999 atas tiket Parti Songkok Tinggi menewaskan calon Parti Kopiah Putih.  Dengar khabar daripada bekas pesakit-pesakit gigi beliau, aura beliau itu adalah kerana amalan memakan tempe yang diperturunkan oleh nenek moyang beliau sehingga aura wajah yang semakin anggun dengan pencerahan semulajadi  seperti warna tempe juga adanya. Maka, jadilah beliau Menteri Besar di sebuah negeri terkaya di Malaya selepas itu sehingga 2008.

Nampaknya menjadi ahli politik tidaklah semudah yang disangka. Susah juga nak jadi jutawan rupanya.   Mujurlah beliau seorang yang berhemah dan kedekut. Semasa lapan tahun menjadi MB, beliau telah berjaya mengikat perut dengan memakan kulit roti dan kadang-kadang makan pasir sahaja supaya tidak menggunakan hatta satu sen pun dari gajinya sebagai Menteri  Besar . Dapatlah beliau kumpulkan sebanyak 4.7 juta RM sahaja selama 8 tahun tersebut. Dengan wang itu beliau ingin membina mahligai impian beliau sesuai dengan statusnya sebagai jutawan gigi.

Entah macamana, kerana tuahnya itu, tanah dua lot yang dibeli untuk istananya itu telah dijual oleh penjual yang sangat bermurah hati dan sangat sayangkan  bekas doktor gigi tersebut. Mengenangkan jasanya yang telah menampal 8 gigi gerahamnya beberapa tahun yang lalu, harga tanah itu hanya dijual sebanyak 3.5 juta sahaja walaupun harga sebenarnya ialah 6 juta. Memang tersengih melebar si doktor gigi mengenangkan tuahnya itu. Arakian, dibinalah istana RM24 juta !! Berita bekas doktor gigi membina istana berjuta-juta ringgit tersebar ke seluruh Malaya sehingga sampai ke telinga apek surat kaba lama Sekinchan bernama Ah Ng.

Gua  suda kila itu gaji Menteli Busat , 48 libu tanpa blanja setiap bulan, tatak payah belanja semua makan cuma makan kulit loti atau makan itu pasir, dia dapat RM48 libu, kali 12 bulan, dia punya gaji 576 libu, 8 taun dia dapat, lebih kolang 4.6 juta camput interest RM4.7juta. Haiyya ! RM4.7 juta ini, bole buat  banglo itu macam ka ?


Istana Doktor gigi.


Tidak lah hairan si doktor gigi rungutan-rungutan rakyat itu sebab baginya rakyat-rakyat itu bodoh-bodoh belaka. Mereka tidak mengenali siapa beliau sebenar kerana tidak pernah mencabut atau menampal gigi rongak dari kliniknya. Mujurlah dengan sikap berhemah dan bakhil, beliau masih menyimpan berjuta-juta wang hasil dari mencabut dan menampal gigi pesakit-pesakitnya dulu. Maka dapatlah dibinanya istana RM 24 juta yang dikisahkan.

Namun, ada pula yang berhasad dengki akan si doktor gigi mantan Menteri Besar itu  maka diheretnya doktor gigi ke mahkamah kerana katanya tak aci betul dia dapat beli harga tanah lot dengan harga 3.5 juta iaitu separuh harga dari yang sepatutnya bernilai 6.5 juta !! Ntah apa jadahnya petua doktor gigi tersebut. Takkan penangan tempe lagi kot.....rungut si pendengki tadi. Si Doktor gigi menyengeh melebar seperti biasa. Apa susah..... hakim-hakim, mahkamah, konco-konco SPRM semuanya bekas-bekas pesakit gigi aku dulu.....alah nak bersih nama aku semudah bersihkan taik gigi dia orang jer....katanya dalam hati.

6 comments:

  1. Salam,

    Aiikkk... dah pandai bergurau senda dengan Dr. Gigi nampaknya.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam..Alkisah Doktor gigi ni telah bermuhasabah diri dan beristiqamah dengan hanya memakan tempe sahaja dan menjual penyapu setiap batang berharga rm1juta,Arakian gigi yang dicabut dahulu di Kajang dengar khabarnya di recycle dan dicelup emas dan dijual juga juta2..

    http://waksab.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Otak bisness betoi doktor gigi ni.....masih pangkah..x tau nak kata apa lg. x paham2.

    ReplyDelete
  4. gurau-gurau ni...bguru dgn isa gak....he he

    ReplyDelete
  5. huik!!Macam ku kenal dr gg tersebut..huahahaha!org bg aku terima,org tak bg aku redha..huahahaha!

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.