Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, December 4, 2010

Susahnya Nak Selaras Kepala Otakku


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Saya baru pulang dari berkursus selama seminggu. Memang dah lama tak mengupdate entry...apa nak buat..tuntutan tugas-tugas rasmi adalah lebih utama. Periuk nasi beb !!
Dah bertahun tidak mengenal  erti 'cuti'....tiada cuti bagi pendidik seperti saya lebih2 lagi terlibat dengan urusan kursus2 semasa cuti. 

Dalam benak kepala masih berat dan sarat dengan tanggungjawab yang dipikul dan perlu membuat kesinambungan susulan dari kursus yang dihadiri. Kursus yang hectic sampai ke jam 10.00 mlm tidak memungkinkan saya menjegah alam virtual ini. Tapi berita2 di dada-dada akhbar sempat juga saya jeling-jeling BEBERAPA tajuk utama. HARGA MINYAK SELARAS LAGI !!

Sesampai dirumah, setelah tamat kursus, Cik Abe saya mulakan isu harga-harga selaras ni.....katanya "#$% **!! mati terbakar !#%&**^ &RON95;**^@#gula ! *$$@15sen***Bangang !%*&$$$$;### !!!" Saya dah jangka nadanya itu bila kecewa keterlaluan. Oleh kerana kepala dah berat...malas nak 'selaras' kepala otak ni lagi. Saya amat faham bebanan suami saya sebagai ketua dan pakar ekonomi rumahtangga bila dia cuba memanjangkan isu ini kepada isu kenaikan tambang bas sekolah anak, yuran-yuran, harga baju-baju sekolah dan macam-macam lagi. Bayangkan kami nak menyekolahkan 8 orang anak tahun depan !! Kasihan dia. Berat mata memandang, berat lagi kepala yang memikir dan memikulnya. Rilekla bang !! Ada le rezeki tu kat mana-mana nanti. Mana tahu kot Pak Jib kansel Menara 100 tingkat tu....nanti dapatla le kita bonus dua bulan hujung Disember ni !! He he he. Abang dah 'selaras' kan ? Banyak hari tak jumpa ni...JOM !! he he he.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.