Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, August 3, 2011

Allah Menyembunyikan Beberapa Urusan Agama


Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah di bulan penuh mulia ini.
Ulama Salafus soleh berkata : Allah menyembunyikan beberapa urusan agama kerana beberapa hikmah. Antaranya ialah:
1.  Allah menyembunyikan saat ijabah terkabulnya doa yang berlaku pada setiap hari Jumaat supaya kita menggunakan sepanjang hari Jumaat itu untuk berdoa ke hadratNya secara bersungguh-sungguh serta dengan penuh harapan.

2.  Allah menyembunyikan tanggal berlakunya Hari Kiamat supaya kita selalu siap sedia menghadapinya dengan memperbanyakkan amal saleh dan amal ibadat kepadaNya dengan penuh ikhlas.

3.  Allah menyembunyikan siapakah yang menjadi wali Allah di antara para mukmin supaya kita berbaik sangka kepada semua mukmin.

4.  Allah menyembunyikan bila ajal seseorang itu supaya kita berada dalam keadaan bersiap sedia dengan melakukan amal saleh yang boleh menyelamatkan diri dari marah atau kemurkaan Allah. Agar manusia seluruhnya sentiasa berwaspada menjalani hidup dan berhati-hati menanti ketibaan ajal yang pasti menemuinya sedang masanya sahaja tidak diketahui.

5.  Allah menyembunyi terhadap kita bilakah tanggalnya malam mulia 'Lailatul Qadar' itu supaya kita menghidupkan semua malam Ramadhan bersiap sedia untuk mencari Lailatul Qadar.


Semua urusan berada di tanganNya Yang Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.