Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda,
" Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir" Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah. Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir ? Jawab Nabi "Bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman!"
Dalam satu hadis meriwayatkan "Malaikat berseru: Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan bersedekah dengan hartanya."
" Bersedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka" Al hadis.
Ulamak telah menggariskan kepujian-kepujian orang-orang yang bersedekah, lima di dunia dan lima di akhirat; Lima di dunia iaitu;
1. menyucikan hartanya
2. menyucikan jiwanya
3. menolak bala dan penyakit
4. menggembirakan orang yang miskin dan menggembirakan orang-orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
Lima di akhirat iaitu;
1. dinaungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. ringan hisabnya
3. berat timbangan amalannya
4. mudah melalui sirotolmustaqim
5. bertambah darjatnya di dalam syurga
Sesungguhnya, Allah akan menyuburkan harta orang yang suka bersedekah dan dijamin keampunan daripadaNya. Firman Allah yang bermaksud,
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil) sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurnianya dan ingatlah, Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya". Al Baqarah : 268.

....dan sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan. Semoga Allah menjadikan kita hamba-hambanya yang mencintai bersedekah lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini kerana sabda Rasulullah saw,
"Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan". Amin.
"Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan". Amin.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.