Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, August 14, 2011

Ana Juga Sokong Dr MAZA. Hentikan Bacaan AlQuran Di Corong-corong Masjid


Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. Terbaca ana komen Dr MAZA tentang masalah bacaan ayat-ayat suci Al Quran diperdengarkan  melalui corong-corong pembesar suara di masjid-masjid. Baca di
Beliau menyokong keputusan Mufti PP dan ana menyokong pendapat beliau 100%.

Sepanjang Ramadhan, ana akan cuba mengisi waktu-waktu rehat di tempat bertugas dengan bertadarus di Surau Institut. Di suatu hari, di kala sedang fokus bertadarus, ana diganggu oleh bacaan Al Quran sebelum azan zohor dari pembesar suara sehingga ana hilang konsentrasi dalam bacaan. Dalam hati ana merungut.....mana yang lebih afdal....bacaan dari CD yang kuat atau bacaan sebenar dari seorang jemaah yang sedang membaca secara tartil ? Ana benar-benar terganggu. Apabila membaca keputusan Mufti PP dan pendapat Dr MAZA  tentang isu ini, ana rasa perkara ini patut benar dilaksanakan dan ia benar-benar menepati kehendak syarak. Masjid-masjid lain juga patut mencontohi keputusan Mufti PP.

Ana telah lama membaca pendapat seorang Syeikh dari negara luar (tidak pasti negara mana) yang dikenali sebagai Syeikh Salahuddeen As Sa'id. Menurut beliau;

"Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang masjid yang didalamnya dibacakan AlQuran dan talqin pada waktu pagi dan petang. Kemudian, di pintu masjid ada ramai orang yang berbicara dan menganggu bacaan Al Quran. Apakah  hal ini dibolehkan ?

Ibnu Taimiyyah menjawab. "Tidak seorangpun dibolehkan mengganggu orang di dalam masjid atau orang yang sedang solat, membaca Al Quran, zikir, berdoa dan sebagainya kerana masjid memang dibina untuk itu. Tidak boleh seseorang melakukan sesuatu yang boleh mengganggu mereka, baik di dalam, di pintu mahupun berdekatan masjid.

Rasulullah saw bahkan pernah keluar menemui para sahabatnya yang sedang solat dengan menguatkan bacaannya lalu bersabda;
" Ketahuilah, sungguh (dalam solat) sejatinya kamu sedang bermunajat kepada Rabb. kerananya, janganlah sebahagian kamu menganggu sebahagian yang lain dan janganlah sebahagian kamu menguatkan bacaan dalam solat melebihi yang lain."

Apabila Rasulullah telah  melarang orang solat dengat menguatkan bacaannya kerana menganggu solat yang lain, lantas bagaimana dengan aktiviti selain solat yang menganggu aktiviti-aktiviti ibadah di dalam masjid dan surau ? Sudah tentu tidak dibolehkan."

Menurut pendapat beliau lagi. " Sebahagian muazzin , semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka, membaca Al Quran dengan pembesar suara sebelum solat subuh di masjid. Mereka pun melakukan beberapa tindakan yang menyelisihi;
1. mereka telah mengadakan bida'ah baharu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi. Padahal bBaginda bersabda " setiap perkara baharu adalah bida'ah, setiap bida'ah adalah sesat dan setiap kesesatan berada di neraka"

2. Menganggu orang-orany yang sedang solat tahajjud. Bacaan mereka dari pembesar suara akan menganggu bacaan orang yang sedang solat tahajjud, bertasbih dan berdoa.

3. Menganggu orang sakit dan anak-anak yang tidak wajib ikut solat jemaah.

Bila mereka berkata "Kami hanyalah membangunkan orang-orang agar solat" maka tidak sepatutnya membangunkan mereka dengan sesuatu yang tidak disyariatkan.
Bila mereka berkata "Apakah membaca Al Quran tidak disyari'atkan?" Jawapannya, Al Quran memang disyariatkan dan disunatkan membacanya. Namun caranya tidak disyari'atkan. Sebab Nabi tidak pernah menyuruh Bilal naik ke atas masjid sebelum waktu subuh lalu membaca Al Quran dengan kuat. Jelas ini adalah perkara bida'ah.

Bila mereka berkata "Lantas bagaimana cara membangunkan orang-orang ?" Jawabnya, bagunkanlah mereka dengan sesuatu yang telah disyariatkan, iaitu azan pertama lalu kedua.

Begitulah.  Islam telah menjadikan masjid-masjid itu sebagai tempat yang tenang untuk beribadah. Menganggu jemaah lain dengan suara-suara yang keras, bau-bau mulut yang tidak menyenangkan adalah dilarang sama sekali. Kenapakah ummat Malaysia suka mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama ?

7 comments:

  1. ana pun sokonggg..

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/08/bacaan-al-quran-tak-perlu-pembesar.html

    ReplyDelete
  2. ana tak setuju...ana bantah 500%...mula-mula puak-puak "kafir"ni minta supaya jangan baca quran dgn microfon...alasan blaa blaa blaaa...logik akal...konon...nanti esok-esok d mintanya lagi, jangan itu,jangan ini...cumanya ana harap kalau nak baca,biarlah yg life dan yg ahli qurro...jgn yg suara tak sedap dan tajwid selerak g dok baca...suara agak-2 sesuai dan boleh d dengari tanpa terganggu...nanti esok-2,kuliah pon jangan pakai speaker..macam singapore...ni semua karut punya tuntutan...walhal tarhim subuh memang dah lama d amalkan...guru-2 ulama-2 pondok tidak pernah melarang pon...

    ReplyDelete
  3. Alahai ananymous...jgn la jumud. Tarhim lama diamalkan oleh tok-tok kita bukannya sunnah dari Rasulullah, atau sunnah tabi-in atau sunnah tabi' tabi'in. Ia adalah zikir yg baik. Zikir yg lebih afdhal di baca secara sir oleh individu. Hujah mufti adalh berdasarkan nas2 syarie'. Masyarakat melayu bab2 bida'ah ni memang juara....x der kena mengena dgn tuntutan bukan Islam ..ini adalah tuntutan dari ulama multabar Islam sendiri..

    ReplyDelete
  4. Hasil pengamatan saya di kawasan (qaryah) saya .... majoriti yang menentang pembacaan Qur'an sebelum subuh guna pembesar suara bukannya ahli surau.. malah muka depa nak jumpa sekali seminggu kat masjid pun susah...

    ReplyDelete
  5. Saya dari kecil selalu mendengar ayah saya sebutkan hal ini apabila pembesar suara azan yang dipasang terlalu kuat sehingga mengejutkan anak2 kecil dan betul2 membingitkan telinga.

    Ayah cakap: Beritahu muazzin itu, jgn terlalu kuat nanti org benci kerana dah mengganggu orang ramai.

    Kampung saya semua penduduk muslim namun sebagai manusia biasa kita juga tak sennag dgn bunyian yg terlampau kuat sehingga mengganggu.

    Namun bagi saya isu di sini ialah sejauh mana kuatnya pembesar suara itu? Jika terlampau kuat mungkin ianya dah mengganggu, tapi jika hanya biasa sahaja bagi saya ianya dibolehkan untuk memanggil manusia solat.

    Perkara begini lebih kepada 'uruf setempat,macamana keadaan masyarakat, hanya ulama' dan mufti setempat yang layak memberi panduan, pendapat dan panduan. Dan SS Mufti Pulau Pinang dah mengeluarkan keyataannya;
    “Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata pihaknya bertanggungjawab menyelesaikan kemusykilan dan permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri itu dan nasihat hukum dibuat atas rasa tanggungjawab berdasarkan dalil yang sahih. Arahan meminta dielakkan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar serta dalam masjid memang amat wajar dan ia bukannya isu politik tetapi untuk menjaga martabat Islam sebagai agama harmoni. Saya amat kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.”

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  6. Saya rasa ada isu yang lebih besar ia-itu pembacaan tarhim. Selama ini saya menganggap tarhim itu pujian dan doa keatas nabi dan sahabat nabi. Ternyata saya tersalah anggap. Rupanya tarhim itu selain dari berdoa kepada Tuhan terdapat permohonan barkat dari mereka yang sudah mati.
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِكَ يَا اللهُ
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat dan keagunganMu Ya Allah.
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه

    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA
    وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ
    Maksudnya :Dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW

    Nauzubillah. Eloklah diberhentikan segera!

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.