Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, August 21, 2011

Jom Intai Dan Buru Lailatul Qadar


Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca.

Memang pada mulanya Nabi Muhammad saw ingat betul bila tanggalnya berlaku malam Lailatul Qadar. Tetapi baginda jadi lupa kerana ketika baginda keluar untuk memberitahukan kepada sahabatnya, baginda bertemu dengan dua orang yang sedang bertengkar. Sebab itu awasilah diri dari bertengkar kerana perbuatan itu menyebabkan terlepas dari memperolehi rahmat yang begitu besar. Di mana sebab baginda bertemu dengan dua orang yang bertengkar semasa baginda bermaksud menceritakan tanggal berapa berlakunya Lailatul Qadar baginda menjadi lupa, akibatnya kita tercari-cari tanggalnya sehingga ke hari ini, tanpa mendapat kata pemutus yang pasti. Maka jadilah kelebihan pada merahsiakan tanggal berlakunya Lailatul Qadar sebagai satu rahmat dan peluang kepada umat Islam berusaha dengan lebih giat lagi sebagai persediaan menghadapi Lailatul Qadar itu.

Daripada Ubadah bin Samit " Bahawa Rasulullah saw telah keluar mengkhabarkan tanggal berlakunya Lailatul Qadar, lalu bertemu dengan dua orang lelaki daripada orang-orang Islam yang bertengkar. Maka bersabda baginda : Sesungguhnya aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu tanggal berlakunya Lailatul Qadar dan kebetulan sesungguhnya telah berbantah fulan dan fulan, maka aku jadi lupa dan mudah-mudahan kelupaan itu berguna untuk kamu. Oleh itu carilah Lailatul Qadar pada ketujuh, kesembilan dan kelima" HR Bukhari.

Maka untuk mencari Lailatul Qadar , ulama mempunyai pendapat yang berbeza mengenai tanggal malam istimewa itu. Ada yang mengatakan berlakunya lailatul Qadar pada 17 Ramadhan kerana meraikan ulangtahun   ayat pertama diturunkan melalui Jibrail di Gua Hirak. Di Dalam sunan Abu Daud ada mencatatkan bahawa Ibnu Mas'ud  berkata
 " Carilah Lailatul Qadar pada malam 17"

Ada yang mengatakan berlakunya malam itu pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan. 
Daripada Ubadah bin Samit katanya;
"Telah mengkhabarkan kepada kami Rasulullah saw darihal Lailatul Qadar. Sabda Baginda : Iaitu pada bulan Ramadhan di dalam sepuluh yang akhir, malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 atau diakhir Ramadhan. sesiapa yang bersolat pada malam itu dengan keimanan dan mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah nescaya diampuni baginya daripada dosa-dosanya apa yang terdahulu dan yang akan datang" HR Ahmad.

Dan daripada Ibnu Umar ra katanya. bersabda Rasulullah saw 
" Carilah ia pada puluhan akhir, maka sekiranya kamu lemah atau tidak mampu, maka janganlah kamu kalah dalam mencarinya pada tujuh yang baki (dari Malam Ramadhan yang akhir)".

Ada yang mengatakan secara pasti pada malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis berikut; Diriwayatkan oleh  Ubai bin Ka'ab, katanya 
" Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Malam Al Qadar itu adalah pada malam 27 ".
Dan diriwayatkan oleh Ibnu Umar, sabda Rasulullah saw berbunyi 
"Sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar maka carilah pada malam dua puluh tujuh"
Dari Dzarr bin Hubaisy yang bermaksud " Aku berkata kepada Ubai bin Ka'ab : Sesungguhnya saudaramu Abdullah Ibnu mas'ud berkata: Sesiapa yang bersolat sepanjang tahun pastillah ia beroleh lailatul Qadar. Maka berkata Ubai: Moga-moga diampuni Allah terhadap Abu Abdul Rahman. Demi sesungguhnya  dia mengetahui benar bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadhan dan Lailatul Qadar itu sesungguhnya pada tanggal malam 27. Dan  tetapi beliau itu mengatakan begitu agar manusia tidak bermudah-mudah sahaja. Kemudian Ubai bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu pada malam 27. Kata Ibnu Hubaisy : Dengan  apa alasan kamu berkata sedemikian itu wahai Abu Munzir ? Kata Ubai : dengan alamat yang telah diceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw bahawa matahari terbit di pagi harinya tanpa sinar yang keras"

Maka, saudaraku yang dirahmati Allah, kerahsiaan Lailatul Qadar itu adalah satu dorongan kepada kita untuk terus mengintai-intai dan memburu Lailatul Qadar. Ayuh mulakan....masih belum terlambat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.