Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, October 31, 2011

Susahnya Mendidik Nafsuku



Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Tuesday, October 25, 2011

PAS ucap tahniah kepada an-Nahdah Tunisia

Alhamdulillah. Berita gembira buat ummat Islam di setiap penjuru dunia. InsyaAllah dunia Arab akan memimpin kebangkitan negara Islam dalam masa terdekat. Kita tunggu berita dari Libya pula.

Monday, October 24, 2011

Ana Sebahagian Dari Azizbarisme !


Assalamualaikum buat pengunjung yang dirahmati Allah. Memang berniat untuk menyertai Demonstrasi menarik balik penggantungan terhadap Prof Aziz tempoh hari seusai solat Jumaat di Masjid UIA, namun perjalanan pergi balik yang mungkin mengambil masa 1 jam, mengkhuatirkan ana akan sampai semula ke kampus tempat bertugas melewati  2.30 pm. Sudah kira mencuri masa waktu bertugas kerana tempoh lunch hour tamat 2.30 pm. Lantas mengajak seorang pelajar ke majlis ilmu untuk kaum wanita pada waktu lunch hour tersebut. Perjalanan majlis ilmu itu memberi tempoh yang agak selesa untuk sampai semula ke tempat bertugas. 


.

Ah ! Tak apa...secara peribadi ana terkesan dengan Azizbarisme  walaupun tidak bersama anak-anak muda yang memprotes penggantungan Prof Aziz.Yang penting ana adalah sebahagian dari Azizbarisme !! 

Dunia akademik adalah dunia ana sejak 20 tahun yang berlalu. My bread and butter. Bergelumang dengan dunia pendidikan menyebabkan ana agak sensitif dengan isu2 berkaitan akademik dan perkembangan ilmu. 

Begitulah betapa dunia ketiganya mentaliti pemimpin kita yang tidak boleh dijentik lansung walaupun mereka cuba diperbetulkan dengan dalil akademik dan fakta-fakta perundangan walhal undang-undang tersebut adalah dicipta oleh tangan-tangan dan kepala otak mereka sendiri. Terkedu ana memikirkannya betapa sempitnya pemikiran pemerintah kita yang kononnya bermazhabkan demokrasi. Demokrasi amenda...DEMOTAKASi adala...

Malang teramat malang...pelajar-pelajar menjadi mangsa dengan tindakan tidak bertamadun ini. Kepakaran bijak pandai tidak dihargai semata-mata memuaskan hati golongan tertentu. Padahal Prof Aziz tidak memberi komen atas mana-mana tiket parti politik. Tangan-tangan ghaib sering mengganggu gugat pentadbiran universiti sehingga perkembangan ilmu menjadi begitu jumud dan terbantut. Tidak hairan....ranking universiti-universiti kita terus-terusan berada di bawah. Nak menyebut UIA sebagai universiti bertaraf antarabangsa, rasa-rasanya lebih sesuai dianggap ia sebagai sebuah universiti bertaraf paya kangkung.

Teruskan perjuangan pena dan ilmiah mu Prof. Aziz Bari. Kami golongan akademik dan pendidik tetap berdiri teguh dibelakangmu. Kami bersama anda dalam SOLIDARITI KEBEBASAN AKADEMIK.

Saturday, October 22, 2011

Ana Dan Ghadaffi


Innalillahi wainna ilaihi roojiun. Ana menerima berita kematian Ghadafii dengan perasaan yang bercampur baur. Lega, gembira, puas hati, sedih juga....

Lega....saudara-saudara muslimku di Libya bebas dari kuku besi yang gila kuasa dan tidak memperdulikan rakyatnya. Muammar hidup mewah, dengan gaya hidup yang aneh. Semoga Islam bangun di Libya atas keruntuhan jahiliah (doa suamiku..).

Gembira....Alhamdulillah, perang saudara di Libya tamat. Rakyat Libya boleh bersatu semula untuk bangunkan negara yang hancur dan memilih pemimpin yang boleh membela.

Puas hati......penyertaan ana dalam demo anti-Ghadaffi di kedutaan Libya pada 27 Feb 2011  terasa berbaloi.

Sedih...kematiannya yang tragis...ditembak bertalu-talu oleh rakyatnya yang amat berang. Begitulah adatnya...ketika hayat hidup dengan gila kuasa dan tidak memperduli......akhirnya mati kita dalam kehinaan dan tidak dipedulikan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Muammar. 






Ana......di depan kedutaan Libya.

Saturday, October 15, 2011

Biar Hidup Penuh Tangis Dari Ketawa

Nasihat untuk Remaja


Remaja-remajaku
ketahuilah betapa sakit menggalas rasa cinta
sakit yang sia-sia
kerana
ia penyakit nafsu
ia kudis yang mendekati zina
ia penderhakaan kepada maruah 
ia racun perosak ibadah
ia menggoncang iman darah muda


berilah penawar penyakit cinta itu
dengan cinta kepada Allah dan Rasul
dengan ubat zikir, doa dan munajat
dengan AlQuran setiap masa
dengan benteng puasa dan taqwa
dengan segala ibadah hanya untukNya


Sebenar-benar cinta pasti kau punya akhirnya
Cinta yang halal tanpa cela

Wednesday, October 5, 2011

Sebok Dengan Urusan Dunia...Ibadah Pun Cincai-cincai



Sesampai di tempat kerja.....fikiran kembali berserabut. Kerja kursus pelajar belum bersemak, kertas ujian belum bertanda, kertas pepriksaan yang belum dibina, minit mesyuarat yg belum ditaip, maklumat-maklumat yang belum diisi secara online,   belum itu...belum ini. Jadual kelas yang padat. Sudah 4 sabtu berturut2 tiada dirumah...kursus, kuliah, camping, lawatan....itu  ini.

 8 jam waktu bertugas sehari, hanya 2 jam waktu terluang untuk membereskan segala yang tertunggak !!! Terkejar-kejar di waktu lunch break, solat sekadarnya. Kalau dulu, solat wajib ditampungi dengan solat rawatib, sempat meluangkan masa berzikir, bermunajat. Dinilai tambah dengan solat Dhuha.Hari ini, semua itu tiada. 

Setiba dirumah, kepenatan. Sering terlelap sebelum maghrib, waktu dilarang untuk tidur, banyak mudharatnya. Waktu membaca Al Quran antara maghrib dan Isyak, sekadar 2-3 'ain. Dalam Ramadhan, mampu pulak mengkhatamkan Quran di hari ke 16, mampu pulak menghabiskan 2 juzuk sehari. Mampu berdiri malam sehingga tamatnya Ramadhan walau dalam keuzuran. Tahajjud, hajat dan witir, menjadi rutin peribadi. Hari ini, ibadah sekadar memenuhi yang wajib dan rukun sahaja. Tiada lagi salawat 100 kali sehari. Tiada lagi zikir itu ini. Begitu sebok dengan urusan dunia...ibadah pun cincai-cincai aja...

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menapak semula di jalan Mu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.