Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, December 29, 2011

Kamar Tembus Pandang Di Syurga Itu Untuk Siapa ?


Rasulullah saw pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah saw ?" tanya para sahabat. " Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat diwaktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya. Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu beerti telah menyemarakkan salam.  Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu termasuk orang-orang yang membiasakan diri dengan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan suboh secara berjemaah, dengan begitu beerti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap".  Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Kita bagaimana ?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.