Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, December 4, 2011

Lelaki Yang Wajahnya Bercahaya

Ya Allah beratnya ujian yang ditimpakan ini. Yang Allah tolonglah aku. Ya Allah berilah aku kekuatan. Ya Allah aku serahkan segalanya kepada Mu ya Allah. Aku pasrah  yang Allah. Kerdilnya aku, hinanya aku. Tidak berdaya melainkan daya dan upayaMu ya Allah.

Di siang hari itu, Nurr dibebani dengan masalah yang dirasanya seakan-akan gunung menghempap kepalanya. Amat berat yang tidak tertanggung kudratnya untuk memikul di pundak. Baginya inilah sebesar-besar fitnah yang dihadapinya semenjak  menumpang di muka bumi Allah. Amat jahat, lagi keji fitnah itu. Apalah dosanya hingga fitnah itu dihamburkan kepadanya. Seingatnya dia tidak pernah  sengaja untuk melukai hati sesiapapun. Nurr adalah wanita kecil yang dhaif semahu-mahunya melaksanakan ajaran dan sunnah Rasulullah selagi terdaya dan mampu diturutinya. Rasulullah mengajarkan kasih sayang, bermaaf-maafan, menolong, membantu saudaranya, menghormati yang tua, mengasihi yang kecil, berbaik sangka, bertolak ansur dan segala akhlak-akhlak terpuji. Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada suri tauladan yang baik. Dan Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Nurr telah meletakkan kecintaan utamanya kepada Allah dan RasulNya, mana mungkin dia berbuat onar terhadap sesama manusia. Bukan itu prinsip hidupnya.

 Oh ! Ujian. Tidaklah kamu dikatakan beriman selagi kamu tidak diuji. Nurr cuba mencari kekuatan dalaman.

Airmata Nurr bercucuran, bertali arus tanpa henti. Jiwa halus yang mudah tersentuh ibarat semalu desa yang terbiar menjalar. Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...Nurr terus-terusan mengadu. Kecewa, pedih dan amat hiba. Namun...Nurr dengan kekuatan hati yang masih tersisa berkata " Biarlah...aku maafkan dia. Allah kan ada.."

Nurr telah melihat seorang lelaki  dari kejauhan disebuah kawasan berbukit-bukit dan berbatu-batu yang hanya ditumbuhi pohon2 kecil. Aneh tempat itu, tidak banyak pokok-pokok hanya dipenuhi batu-batuan dan rumah-rumah yang berbatu putih. Nurr berada di mana ni ?  

Pemuda yang dilihatnya itu berjalan tangkas, tubuhnya sasa, berjubah putih, berwajah tampan, berkening lebat hampir tercantum keduanya.Eh ! Bukan pemuda Melayu..tapi...pemuda Arab ? Nurr tak pernah melihatnya sebelum ini !! Dia makin hampir dengan Nurr...Nurr berdebar-debar. 

Lelaki itu memalingkan wajahnya kepada Nurr dengan senyuman dan salam. Wajahnya bercahaya ! Wajahnya bercahaya !! Nurr kaget, air mata berderai tanpa-putus-putus. Dia memberi salam kepada Nurr!! MasyaAllah wajahnya bercahaya seperti purnama. Betapa indahnya!! Belum pernah lagi Nurr melihat seseorang yang wajahnya bercahaya.

Pemuda itu lantas memasuki ke sebuah rumah yang didalamnya ada 10 lelaki yang juga berserban dan berjubah menunggu kedatangan pemuda yang wajahnya bercahaya itu. Juga terdapat kaum-kaum ibu yang turut menunggunya .  Siapakah orang-orang itu ? Apakah itu majlis zikir ? Nurr tidak pasti. Nurr tidak mengenali kesemua mereka..Nurr tidak nampak wajah-wajah mereka kerana mereka membelakangi Nurr. Nurr kaget lagi. Pemuda itu amat kasihkan anak-anak kecil. Mendukung dan bergurau-gurau dengan seorang bayi kecil menjelirkan lidahnya dan bayi itu ketawa lantas diserahkan semula sebelum masuk bertemu 10 lelaki tadi. Nurr hanya kenal bayi itu. Bayi itu adalah anak Nurr sendiri !! Nurr kaget . 

Beratus ribu orang, mungkin berjuta, tidak tahu mana asal mereka, datang untuk bersolat dan berimamkan pemuda yang wajahnya bercahaya itu disebuah lapangan berbatu bata. Nurr juga mahu ikut serta. Nurr hanya mendapat saf terakhir yang bertempat dipersisiran pantai . Nurr tidak lagi nampak lelaki itu dek kerana jauhnya dia mengimami di saf hadapan. Namun ombak telah mengganggu solat Nurr. Nurr terpaksa melayan ombak sehingga solat jemaah zohor terlepas . Terpaksalah Nurr solat secara solo. 

Nurr tak peduli. Nurr menunggu di safnya sehingga waktu asar walaupun menunggu lama ditengah panas. Nurr akan pastikan akan dapat bersolat berjemaah dengan berimamkan lelaki yang wajahnya bercahaya itu. Maka sampailah waktu asar. Dengan takdir Allah, masih di saf paling belakang , ombak memukul Nurr lagi...maka terlepaslah pula solat asar berjemaah. Sekali lagi Nurr bersolat bersendirian. Kenapa ditakdirkan begini ? Hinanya aku...hinanya aku. Nurr kesedihan.

Tiba-tiba Nurr tersedar..terperanjat...dia terjaga !! Nurr bermimpi ! Nurr bermimpi ! Air mata tidak putus-putus membanjiri wajah Nurr. Selimutnya basah. Allah humma solli 'ala Muhammad. Allah humma solli 'ala Muhammad. Allah humma solli 'ala Muhammad. Allahu akbar! Allahu akbar ! Nurr tidak putus-putus bersyukur sambil memeluk suaminya disisi. Suaminya kaget ! Kasih rahmatMu Ya Allah. Engkau telah beriku kekuatan kerana ujian yang kuhadapi !! Engkau telah menolongKu ya Allah. Syukur Ya Allah. Terima kasih yang Allah kekuatan yang Kau berikan. Nurr terus menangis ..bercucuran air mata tanpa hentinya....kali ini kerana gembira  dan bersyukur .

1 comment:

  1. Apakah "Nurr" di sini pengalaman penulis sendiri..? Kalau "ya" alangkah bertuahnya..!

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.