Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Monday, January 31, 2011

Kami Besamamu Mesir : Esok 1 Feb Demonstrasi Sejuta Rakyat Mesir

Jumuah cairo egypt
Solat Jummat di Mesir pada 28 Januari 2011

Pihak keselamatan Mesir diarah mengawal keadaan

Ribuan ummat Mesir menyatakan bantahan terhadap diktator Hosni Mubarak di Tahrir Square

Rakyat yang bangkit di jalan-jalan di Mesir

Pihak tentera yang memberi laluan

Diktator yang dikoyak rabak oleh rakyatnya

Kalau larat, kejarlah.....

Perintah berkurung tidak dipedulikan

Rakyat yang berang di Tahrir Square

merakamkan kejayaan

Jangan main-main dengan rakyat Hosni Mubarak

Egypt Super Hero

Tak berganjak walau dibedil water canon

Akan bertahan sehingga Hosni letak jawatan


Waktu rehat.......protes akan disambung


wanita juga turun ke jalanraya di Mesir


"Domino Effects" : Tunisia, Mesir, Yemen, Jordan, Algeria.............


Hati rakyat yang terbakar.....


eh ! eh! camana amno boleh sesat kat Mesir ni ? 

Sunday, January 30, 2011

Anger In Egypt : Janji Allah Kian Hampir


Assalamualaikum pengunjung budiman. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Apakah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan ini kalau bukan ungkapan tadi. Terasa begitu teruja dan terharu dengan perkembangan terbaru asia Barat selepas perkembangan Tunisia hinggakan sejak Jumaat lalu 'glued' to Aljazeera. Mujurlah dapat cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Tak mau miss berita.....miss soru pun tak apa.....mandi pun mandi ala kerbau aje. Syukur ! Syukur ! Apakah tanda-tandanya sudah hampir bahawa Islam kan menguasai dunia buat kali pengakhirnya ? Ya Allah. Engkaulah sebaik-baik Pengatur urusan agamaMu dan Sebaik-baik Penunai segala janji. Saya sedang menunggu dengan sabarnya perkembangan selanjutnya dari Yaman, Algeria dan yang lain-lain. Tungguuuuu......

Wajah Mubarak Di Hari Kelima : Lebih 100 Penunjuk Perasaan Terbunuh

Wajah Mubarak di Hari Kelima, Sudah 100 Orang Tewas



Syabab.Com - Gelombang aksi rakyat Mesir untuk menumbangkan Hosni Mubarak terus berlanjutan hingga hari kelima. Seorang penunjuk perasaan di Tahrir Square memegang sebuah foto yang menunjukkan coretan bagi wajah Mubarak dan peluru pistol 29/11/2011 di Kairo. Rusuhan terburuk dalam sejarah Mesir telah memasuki hari kelima dengan ketegangan  baru meletus antara polisi dan pemprotes di beberapa kota di di seluruh negeri.
Dalam sebuah laporan seperti dilaporkan Press TV sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam tindakan keras terhadap para demonstrasi anti kerajaan. Dianggarkan 2000 yang lain cedera sejak rusuhan yang bermula pada hari Selasa. 

Protes anti kerajaan di Mesir terus berlanjutan sekalipun pasukan tentera dan kereta-kereta kebal telah dikerahkan. Malah demonstrasi telah merebak di tiga kota iaitu, Kairo, Suez, dan Alexandria. 

Seluruh kabinet kini telah mengundurkan diri, namun Presiden Hosni Mubarak telah menolak untuk undur. Sebaliknya, ia menjanjikan reformasi ekonomi dan politik. Penunjuk perasaan menolak tindakan yang sedikit terlambat itu dan mendesak Presiden sendiri untuk undur. 

Sementara itu tokoh pembangkang yang pernah bekerja di PBB Mohammad El Baradei berjanji bahwa protes jalanan akan terus hingga Mubarak undur. Parti pembangkang utama, Ikhwanul Muslimin, menyerukan peralihan kekuasaan secara damai. 

Selain itu, ribuan orang di seluruh dunia ikut serta ke jalan-jalan menzahirkan sokongan mereka kepada penunjuk perasaan anti kerajaan di Mesir. 

Ratusan orang berkumpul di depan Kedutaan Mesir di Tokyo, menuntut kerajaan Mesir menghentikan tindakan keras terhadap para demonstrasi serta Mubarak untuk menerima seruan undur. Demonstrasi serupa berlaku di Arab Saudi, Rome, Jerman, Perancis, Turki dan Amerika Syarikat. 

Di UK, para aktivis Hizbut Tahrir berkumpul di depan Kedutaan Mesir menyerukan siatem Khilafah bagi Mesir. Mereka menegaskan "Perubahan nyata itu di bawah Khilafah". 

Sementara Wakil Presiden AS Joe Biden masih mempertahankan Mubarak dan enggan menyebutnya sebagai diktator.  "Mubarak telah menjadi sekutu kita dalam banyak perkara," katanya. 

Demikianlah, dunia kini menyaksikan bahwa umat telah bosan dengan para penguasa korup diktator yang telah bersekutu dengan AS. Umat pun menyaksikan dengan jelas, para penguasa diktator tersebut didukung oleh negara-negara imperialis seperti AS. 

Aksi anti-kerajaan di Mesir ini terinspirasi oleh gelombang revolusi di Tunisia yang berjaya menumbangkan diktator Ben Ali, yang juga telah menjadi sekutu AS. Bahkan, ribuan rakyat menyeru menegakkan sistem Khilafah. 

Memang, sekedar pergantian penguasa tidak akan memberikan perubahan nyata jika sistemnya masih mengacu kepada sistem demokrasi warisan Barat. Umat hanya memerlukan satu perubahan nyata dengan menegakkan Khilafah, sebuah kepemimpinan tulus yang akan menerapkan syariah Allah Swt. serta memberikan kedamaiaan dan kesejahteraan kepada dunia. Insya Allah, semakin dekat! [m/f/prstv/syabab.com]


Tuesday, January 25, 2011

Tabik Spring Buat Cikgu Mala. Anda Telah Menang Sebelum Masanya

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sajak yang tidak berapa seni ini saya tujukan teristimewa buat insan istimewa N05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman. Harap-harap, cikgu Mala terbaca entri ni....

Srikandi Tenang yang tenang menangkis setiap serangan

Cikgu Mala
Kau guru.....aku juga guru
kau wanita......aku juga wanita
kau ibu kau isteri....aku juga ibu juga isteri
(kau sungguh manis.....aku terlebih manis  he...he....)

Tapi apa bezanya kita ?
Bezanya....kau guru yang telah meletak pena untuk mengangkat martabat bangsa
sedangkan aku guru yang masih duduk dikerusi yang menunggu tamatnya masa
Kau wanita besi kau srikandi.........memikirkan masalah rakyat dalam negeri
sedangkan aku wanita biasa yang memikirkan bila nak gi shopping minggu ini

Peribadimu diserang......fitnah terhadapmu berapi-rapi
peribadiku tidak cemerlang......keselesaanku menjadi-jadi
kau pemimpin muda......aku dah mula tua tapi perlu dipimpin sampai ke mati

Itulah bezanya kita,  ibarat langit dengan bumi
ibarat Menara PAS dengan KLCC
ibarat lasagna dengan gulai lemak cili api
tersangatlah bezanya.......
Tabik spring buat mu Cikgu Mala
Kau telah menang pilihanraya sebelum masanya !!



Monday, January 24, 2011

Kreativiti Itu Adalah Anugerah Allah

Assalamualaikum pengunjung budiman. Allah telah menganugerahkan aqal kepada manusia dan manusia menggunakan aqal itu untuk mentadbir urusan keduniaannya. Beruntunglah orang-orang yang menggunakan aqal untuk mengenal Pencipta dan Penganugerah aqal itu. Lihatlah kreativiti manusia daripada aqal yang telah dianugerahkan.Terernya....



















Saturday, January 22, 2011

Satu Kapal Persendakan Hukum Islam

Assalamualaikum pengunjung budiman. Pilihanraya kecil DUN N 05 Tenang nampaknya mula tidak tenang dan haru-biru dengan cercaan2 ahli2 politik terhadap hukum-hukum Allah yang datangnya dari satu kapal yang berbendera tengkorak. Tergadai agama demi kuasa.

Peristiwa 1 : Berkatalah seorang menteri besar dari kapal ini, yang turut berkempen walaupun beliau melangkau tarikh yang dibenarkan SPR untuk berkempen. Katanya kalau tertubuhnya negara Islam, banyak tangan-tangan ummat Tenang akan dipotong kerana mencuri. Disokong pula oleh seorang menteri kabinet dapur dengan mengatakan orang-orang Cina elok dimaklumkan hal ini kerana setelah 53 tahun mereka masih tidak  pandai mengingatkan hal ini kepada orang-orang bukan Islam. Ingatan ini diserahkan kepada tokeh viagra yang berketurunan tionghua untuk disebarkan.



Peristiwa 2 : Berkatalah seorang bekas menteri kabinet dapur  dari kapal yang sama, kepada puak-puaknya, yang sekarang ini menjadi tokeh viagra bahawa calon parti Islam enggan berjabat tangan dengan lelaki. Kalau berjabat tangan pun, beliau akan memakai sarung tangan seperti Wan Azizah. Sudah pasti calon Islam ini tidak mahu datang ke tokong Cina, katanya lagi. Akibat dari itu.....maka pihak lawan  yang marah dari Kapal Myvi Marmara  telah menyebarkan video tokeh viagra itu 'berjabat' tangan, kaki, badan, mulut , ehem-ehem ......... dengan seorang wanita pada 2008 untuk menggambarkan kehebatan kebebasan berjabat tangan ini. Yang terharunya kapten Myvi Marmara memberi amaran agar video bermoral itu tidak disebarkan dan diserahkan kerana video itu akan mengganggu ketenangan pilihanraya di Tenang atau mungkin video itu memberi kemenangan kepada krew kapal pihak lawan.

Thursday, January 20, 2011

Rehat Sebentar Dari Memikirkan Harga Barang. Jom Layan.

Jika ingin mainkan video ini, 'pause'kan bacaan Al Quran di blog ini buat seketika

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sebagai orang dapur....pening memikirkan harga2 barang dapur dah naik. Belum lagi memikirkan bil-bil api, air, telefon, astro, itu...ini.....
Pendapatan cukup2 aje untuk perbelanjaan anak2 sekolah dan keperluan seharian. AH !!! Malas nak layan !! Baik saya layan lagu nostalgia ini......rehat jap. JOM kawan-kawan !!

Tuesday, January 18, 2011

EH ! Eh ! Macam Kembar Jer...


Assalamualaikum pengunjung budiman. Dua wajah kembar tak seiras ni dari lain mak ayah, dari dua tempat berbeza tapi seiras dalam mengabiskan bogheh negaro.......

Monday, January 17, 2011

Lagu 'Kalau Berpacaran' : Macam Bagus Sangat

Kalau mainkan video ini...diharap dapat 'pause'kan bacaan Al Quran di blog ini buat seketika

Assalamualaikum pengunjung budiman. Memang payah nak mengupdate entry blog ini kalau statusnya 'blogger suku masa'. Tapi oleh kerana desakan nak mengasah kemahiran menulis yang memang fitrahnya tidak punya bakat menulis, terpaksalah juga ambil sedikit waktu didapur selepas pulang dari bekerja untuk menaip ala kadarnya. Lebih2 lagi bila terpilih pula sebagai JK Penulisan Kreatif di institut. Ya Allah....di mana kreatifnya hambamu ini....? Bermain dengan nombor-nombor, kira kreatiflah juga sebab di bawah Jab Matematik. Susulan dilantik sebagai JK Penulisan Kreatif pada tahun lepas , maka terwujudlah blog ini sebagai medan mengasah bakat terperam lagi tenggelam. 

Semester ini, saya ditugaskan mengajar pelatih2 guru  Program Persediaan dengan tajuk kursus 'Problem Solving'. Pelajar2 yang baru saya kenali nampaknya bersemangat dan ceria memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan di bilik kuliah. Amat mengujakan saya kerana semester ini majoriti pelajar-pelajar saya  adalah dari Sabah dan Sarawak memberikan pengalaman sosialisasi yang berbeza sebelum ini. 

Ketika memberikan satu aktiviti menyelesaikan satu tugasan 'creative problem solving', pelajar2 saya dari satu kelas ini cuba mencari penyelesaian masalah yang diberi dalam kumpulan sambil menyanyi beramai-ramai. Kelas menjadi agak ceria apabila lagu yang dinyanyikan ialah lagu Suhaimi Meor Hasan bersama penyanyi baru, "kalau Berpacaran".

Saya membiarkan sahaja kerana aktiviti tetap berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu P&P. Terdetik kalbu saya untuk bertanya tentang lagu yang dinyanyikan kerana sebelumnya saya sudah terdengar lagu ini, tetapi menyangkakan ia sebuah lagu lama. Maklumlah, lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor "Epilog Cinta dari Bromley''  yang bersuara 'macho', suatu ketika era 80an, jadi saya tidak menyangka pula beliau telah merakamkan lagu semula. Lagipun.....telah lebih dua dekad mempersetankan dunia artis ini !!!

Eh ! Eh ! Lagu ini memang sedap bunyinya.....macam bagus senikatanya. Menyuruh kita beretika ketika berpacaran !! Menasihati anak-anak muda yang berpacaran supaya menjaga adap sopan dan tata susila berpacaran !!! Wah!.....macam  bagosss . Macam skema !! Tapi...betulkah ? Saya dengar baik-baik senikata lagu itu sekali lagi. Bagi saya secara peribadi tetap mengatakan 'moral values' yang ingin diterapkan dalam lagu ini tetap salah dan bercanggah dengan prinsip2 Islam. Kenapa saya katakan begitu ? Ok lah cuba baca senikatanya baik2 ....

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga tata susila, ibubapa adik abang
Apabila berdua, carilah tempat yang terang
agar tidak mencoba aksi terlarang

boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang, bertambah sayang
biar malu-malu, biar segan-segan
kerana malu itu, perisai orang beriman

kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan, jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
kalau dah terlambat, nanti kekasihmu disambar buaya

......(seterusnya dengan kata2 dari watak syaitan yang menghasut)


Kesalahan pertama : Frasa 'kalau berpacaran'. Seolah-olah mengizinkan anak2 muda (atau orang2 tua  juga) untuk berpacaran. Konon-kononnya berpacaran itu dibenarkan dengan memenuhi beberapa syarat. Sedangkan dalam Islam dengan jelas telah melarangnya kerana ia termasuk kepada perkara-perkara menghampiri zina.

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Syaitan tetap bersama dan bermati-matian menghasut apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan walaupun hanya pandang-pandang, duduk renggang-renggang dan tidak bersentuhan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. 

Kesalahan kedua : Frasa 'boleh pandang-pandang'. Eh ! Ye ke boleh pandang-pandang ni ? Ya memang boleh pandang-pandang dalam soal-soal yang tidak menuntut tarikan syahwat seperti menuntut ilmu, perubatan, perbicaraan dan perkara-perkara yang dibenarkan syariat. Apalah guna sepasang mata diciptakan kalau bukan untuk memandang ? Tapi pandangan mata antara pasangan bukan muhrim adalah termasuk kepada perlakuan yang mendekatkan diri kepada zina.

Pandangan mata ibarat panah beracun sebagaimana sabda Rasulullah saw :

"Sesungguhnya pandangan mata itu adalah anak panah beracun dari panahan iblis". (HR At-Thabrani)

Jika seseorang terkena panah beracun, meskipun anak panah telah dicabut, namun racun tetap akan menjalar di dalam tubuh kita.

Demikianlah pandangan mata, meskipun mata tidak lagi memandang, namun akibat yang ditimbulkan oleh pandangan ini tidak segera hilang. Pandangan itu telah meracuni hati sehingga wajah yang dipandang tetap terbayang difikirannya.

Untuk menghindarkan dari kesan ini Allah swt berfirman :

"Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (QS An-Nur : 30)




Kesimpulannya, lagu "Bila Berpacaran" perlu difahami senikatanya dengan betul kerana ada bait-bait ayat yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Mungkin lagu ini sekadar nak menasihati anak-anak muda yang berpacaran supaya meminimakan dosa-dosa ketika berpacaran. Dosa tetaplah dosa. Berpacaran tetap dilarang Islam. Berpacaran dengan gaya sopan tetap mengundang dosa lebih2 lagi zina mata yang boleh menjurus kepada zina sebenarnya. Lagu ini yang mempromosikan 'boleh pandang-pandang' adalah salah dan melanggar tuntutan syariat. 


Mungkin ada yang berkata ....ah ! lagu ini sekadar hiburan semata-mata. Begitulah masyarakat kita terlalu dilalaikan dengan hiburan tanpa memikirkan impaknya ( Adakah anda tahu negara kita berada tempat ke-10 negara yang suka berhibur ? Tidakkah ini memalukan kompeni aje ?). Saya benar- benar bimbang ada pendengar-pendengar lagu yang terpengaruh dengan lagu ini dengan mengambil kira 'boleh padang-pandang  sahaja' dan memenuhi beberapa syarat seperti tidak bersentuhan, duduk renggang-renggang dan malu-malu bila berdating. Pendek kata, berdating cara orang berimanlah ! Maka akan bertambahlah pasangan yang berpacaran ni kerana sudah ada tips berpacaran cara halal ...tidakkah begitu ?

Ya Allah lindungilah anak cucu keturunanku  daripada bahaya 'pacaran' . SAY NO TO PACARAN.


Friday, January 14, 2011

Mengapa Takut Bila Facebook Ditutup ?




Dunia maya menjadi huru-hara ketika terdengar khabar bahwa Facebook (FB) akan ditutup. Maka banyaklah yang tertanya-tanya mengapa FB mahu ditutup, seolah-olah dunia nyata ini akan ada kiamat kalau FB ditutup.
Rasanya dunia akan hampa tanpa adanya FB kerana rupanya banyak manusia telah 'menghamba' diri pada FB ini. Padahal ada atau tiada FB dunia akan tetap berjalan seperti biasa, tapi para 'penghamba' FB memberontak ketika mendengar khabar kononnya FB  akan ditutup.
Aha! Rupanya manusia sudah 'terjajah' oleh Facebook. Ketika terdengar khabar bahwa FB akan ditutup, pengguna-pengguna FB menjadi gerah, resah, bahkan ada yang sampai paranoid, ketakutan yang tak beralasan.
Memang aneh, sebuah sarana jaringan sosial telah 'membius' manusia hingga berjuta-juta manusia terjaring di dalamnya, sehingga ada yang ajaib, ada yang chating di pejabat dengan teman di sebelah tempat duduknya. Mereka tidak bertegur-sapa, hanya jari-jemarinya sahaja yang tat-tut-tat-tut di keyboard laptop atau komputer, sambil ada-kalanya mengilai dan tersenyum tak karuan. Para ayah, suami dan saudara lelaki telah menjadi  dayus bila membiarkan wanita-wanita mereka mempamer dan mendedahkan segala-galanya. Malah skandal di alam maya berleluasa gara-gara FB.
Memang aneh dengan FB kerana orang sanggup berjam-jam chating dengan orang di seberang 'sana' padahal realitinya, hanya tetangga sebelah rumah, rakan sepejabat yang di  sebelah kamar atau bahkan teman di jabatan yang sama dan yang uniknya lagi chating dengan teman di sebelah tempat duduk!
Gila, memang manusia benar-benar tergila-gila dengan FB, apatah lagi bila kemudahannyanya ditambah dengan Blackberry, bila berchating dengan orang di 'sana' merentas daerah, kota atau negara dapat dihubungi, dapat menjaga silaturahim, juga menambah keakraban di dunia maya.
Tapi apabila telah terakrab dengan orang di seberang 'sana'  tetapi yang realitinya orang di seberang 'sini' saling bermusuhan, saling tidak menyapa, saling diam, kerana terlalu khusyuk dengan orang-orang yang ada di 'sana'.
Maka sosialisasi masyarakat menjadi 'terganggu' yang semua akhirnya diam seribu bahasa. Bila ini terus berlanjutan, manusia bukan lagi makhluk sosial, tapi menjurus kepada makhluk yang begitu egoist, yang tak peduli lagi dengan orang sekelilingnya, mereka asyik dengan dirinya sendiri.
Maka tidak hairan ketika ada berita tentang FB akan ditutup, ramai orang yang resah gelisah. Sungguh aneh. Dulu ketika masih tiada FB, manusia biasa sahaja, jadi semestinya bila FB tidak ada lagi, keadaan tetap seperti sediakala. Tetapi kenapa pula huru-hara jadinya?
Itu makanya saya sebut diatas tadi, berjuta-juta manusia  sudah 'dijajah' oleh FB, jutaan Dollar, bahkan berbillion Dollar ditenggelamkan dengan jaringan ini. Bahkan yang sudah tergila-gila FB, lebih baik tidak makan dari pada sehari tidak membuka FB. Manusia telah 'diikat' oleh FB, bahkan ada yang menyebut 'Jamaah FB'. Lahirlah agama baru bernama FB!
FB tetap neutral, positif atau negatifnya bergantung pada penggunanya. Namun kalau FB di tutup, banyak yang merasa dirugikan, karena FB sudah menjadi ladang yang sangat menguntungkan bagi pemiliknya juga penggunanya.
Siapapun pemiliknya, beliau hanya berkipas-kipas sekarang karena yang menggunakannya sudah jutaan orang di seluruh penjuru dunia, sudah pasti pemilik itu tidak akan menutup FB, kecuali muflis!
Namun rasanya pemilik FB tidak akan muflis, kalau 'Jamaah FB' terus menerus chatting dan mengupload foto-foto atau tulisan mereka. Sekarang kalau ditanya, siapa yang setuju FB ditutup? Saya yakin 99,99999 % banyak yang tidak bersetuju. Bukankah FB dulunya tak ada? Kalau pakai analogi, dulu saat lahir kita tak punya apa-apa, ketika matipun kita tak bawa apa-apa, lalu mengapa hanya karena FB, kita jadi resah bila ditutup? Nah benarlah manusia telah 'dijajah' oleh FB?
Mengapa saya sebut 'dijajah' ? Ya kalau tidak buka FB  dalam satu hari, ada sesuatu yang hilang. Jangan-jangan manusia lebih ingat FB, berbanding Tuhannya! Jadi sudah tak seimbang, hubungan dengan Tuhannya lupa, hubungan dengan manusia di dunia maya berlebihan.
Ya tunggu saja kehancurannya dan Allah punya cara sendiri untuk mengingatkan hambaNya yang lupa kepadaNya. 
Banyak manusia yang sudah benar-benar jatuh syirik dengan adanya FB ini, ada yang yang begitu tergila-gila atau kecanduan FB, hingga tiada hari dan waktu yang terluang kecuali membuka FB, di mana saja dan bila-bila saja FB menjadi acuannya. kalau memang digunakan dalam hal-hal yang positif yang membawa hikmah bagi kehidupan tidak mengapalah, tapi kalau hanya ber-chatting ria dan cekakak-cekikik tak karu-karuan, ya ampun!

Jadi dengan FB yang akan ditutup atau tetap dibuka, yang penting bagi seorang muslim tidak bergantung pada apapun, kecuali Dia Yang Maha Besar, Allah SWT.
Masa bergantung pada FB, anehkan? Mungkin ini berlawanan arus dengan kebanyakan orang, tapi tak apa-apa, biarkan saya jadi musuh bersama, loh dari pada tak ada yang mengingatkan bahwa FB itu bukan apa-apa, bukan Tuhan yang perlu disembah, diperhamba, jadi mengapa takut FB ditutup? Mari katakan, "FB ditutup? Siapa takut!"
Salam.
(Eramuslim.Dialih bahasa oleh tintamuallimah)

Thursday, January 13, 2011

Pejuang Merah Jambu: Sedia Syahid Untuk Gaza

Gaza (CNN) -- With faces covered and guns loaded, Palestinian militants are training among the sand dunes of Gaza.

Shouts of "Allahu Akbar" -- God is great -- are followed by intense target practice. These militants are preparing to fight their sworn enemy, the state of Israel. But there is a difference -- they are women.

Training alongside men, they say they are ready to go into battle and are calling on more Palestinian women to join what they call the resistance against Israel.

CNN was given rare access to some of these women inside Gaza. The militant group insisted the location was kept secret, so we were blindfolded in the back of a car and driven to a house.

Five women are sitting in the back garden, all from the Salah ad-Din Brigades -- one of several militant groups in Gaza -- all veiled and armed. Only their eyes are uncovered.

Sitting beside a table of guns, rocket-propelled grenades and land mines, the scene is carefully choreographed for our camera and the message is clear.

One woman tells me: "I am trained and ready to be a suicide bomber against Israeli soldiers."

She rejects any doubt whether Islam allows women to fight.

"On the path of the Prophet they used to fight and struggle, so there is no trouble with that. They used to transport the wounded, but now we have ambulances for that."


Another woman has gold rings adorning one hand and a hand grenade in the other.

All of them assume there will be another war with Israel soon -- a prospect considered possible on both sides of this conflict as cross-border violence has increased in recent weeks.

In Gaza, they are considered by many to be freedom fighters. In Israel and in many Western countries, they are reviled as terrorists.

A second woman says she is ready to lay her life down to fight Israel. She says her children wet the bed at night because they are afraid of air strikes.

Early in 2009, Israel carried out hundreds of air strikes against targets associated with Hamas -- the group that controls Gaza -- in retaliation for rocket attacks into Israel. Palestinian medical sources said more than 1,000 people were killed in the Israeli offensive, many of them civilians.

Holding an AK-47, with a pistol resting in her lap, she says: "I want everything for my children, first for them to be able to live a happy life -- which is the right of every child in the world."

It is hard to reconcile the sight of children's rucksacks hanging on a tree next to these heavily armed women. The five women say there are tens of females fighters in Gaza and the number is rising. They claim they are as young as 20 and as old as 50.

Four years ago, a 64-year-old grandmother blew herself up near Israeli soldiers in Gaza, wounding two. She was the oldest Palestinian female suicide bomber.

And at least one of these women in a Gaza backyard wants to follow in her deadly footsteps.

Monday, January 10, 2011

Tangan-tangan Kasar Telah Memetik Bunga-bunga Ros Kami

Bunga-bunga mekar itu telah disunting oleh jantan-jantan yang rakus.

Assalamualaikum pengunjung budiman. Entri ini saya tulis ketika waktu bekerja, jam 10.52 pagi pada 11.1.11 ( Tok Guru 1Mesia mesti suka angka ni). Memang saya mencuri masa....harap-harap saya tak buat lagi. Kebiasaannya saya adalah seorang kakitangan yang patuh pada masa yang diperuntukkan untuk tugas-tugas rasmi. Walaupun saya bukan blogger sepenuh masa dan kesuntukan banyak masa kerana jadual tugas saya "8 to 5", seboleh-bolehnya saya tidak mahu mencuri masa bertugas saya untuk urusan-urusan peribadi terutamanya blogging kerana ia melanggar tata-tertib tugas professional saya.

Oleh kerana terrrpandang sekumpulan lelaki-lelaki yang tidak dikenali dan seorang pekerja binaan Bangla yang melalui jabatan tempat saya bertugas, memetik bunga-bunga ros mekar yang menjadi penghias dan pemandangan indah di luar jabatan saya, lalu jiwa saya terusik sekali dan jari jemari ini terasa begitu gatal nak menaip jam-jam itu juga.

Aduh !!! Hampir botak rimbunan pokok ros itu! Bunga-bunga ros merah yang begitu indah dan mekar, memenuhi rimbunan pohon akhirnya berpindah ke tangan jantan-jantan yang rupa-rupanya sukakan bunga jugak !! Baru saya tahu...he he he.(suami dan anak2 lelaki saya tidak pernah hint yang mereka sukakan bunga. Apa tidaknya....rumah saya tak ada pokok2 bunga he he ). Ingatkan pompuan je yang suka bunga-bunga ni.

Rakan setugas saya pun terkecewa apabila melihat pohon ros itu hampir gondol. " Hei Encik ! Itu bunga kami !" jerit rakan saya kepada seorang lelaki yang tidak dikenali apabila dia cuba memetik bunga yang ketiganya. TERRkejut beruklah orang lelaki itu kerana tidak menyangka perbuatannya diperhatikan. Teguran itu menyebabkan dia berhenti memetik bunga dan meninggalkan pohon tersebut bersama rakan-rakannya yang masing-masing memegang bunga ros ditangan. Oh ! Alangkah bahagianya kalau kuntum-kuntum ros ditangan mereka itu aku yang punya.......

Beberapa minit kemudian....maka lalulah pula seorang pekerja binaan Bangla menghampiri pohon ros tersebut. Saya berdebar-debar memerhatikan dari dalam jabatan. Rupa-rupanya pekerja Bangla itu sekadar mencium-cium bunganya sahaja dan merakam mekar-mekar ros itu dengan kamera handfonnya. Eh ! Eh ! Betullah...memang lelaki juga sukakan bunga-bungaan..bisik hati kecil saya. Namun, bila kali kedua Bangla itu menghampiri pohon ros tersebut.....oh! Tidak !!!.. .dia telah memetiknya !! Aduh !! Abislah bunga tu !!

 Hatiku sayu, bunga-bunga ros yang menghiasi hidup kami ditempat bertugas telah disunting oleh tangan-tangan kasar yang terpaut dengan keharuman dan kemekaran kamu wahai bunga-bunga ros. Sebelum engkau betul-betul gondol...lebih baik ku abadikan gambarmu buat kenang-kenangan. Yang tinggal hanyalah beberapa kuntum sahaja lagi. Berbungalah kembali wahai pohon ros dan rimbunkanlah dirimu dengan kuntuman merah mewangi supaya hidup kami terhias indah kembali ditempat kerja yang penuh tekanan dan cabaran ini.

Ah ! Saya telahpun mencuri 30 minit waktu bertugas saya hanya kerana kuntum-kuntum ros ! Lebih baik saya berhenti menaip dan membuat persiapan untuk mesyurat selepas 'lunch hour' sebentar lagi. ISSH !! Tak nak buat lagilah.


Saturday, January 8, 2011

Lihatlah...Kita Adalah Pengeluar Minyak Sawit Terbesar Di Dunia !

Assalamualaikum pengunjung budiman. Lihatlah fakta melalui gambar-gambar dibawah. Kita adalah pengeluar minyak sawit TERBESARRR di dunia. Buktinya...hari ini di pasaraya-pasaraya  besar di tempat kita, rak-rak meletakkan minyak-minyak masak penuh !  Penuh dengan debu !!!


Rak-rak minyak masak juga dipenuhi dengan minyak-minyak masak bunga matahari, soya dan minyak jagung. Macamlah kita pengeluarkan terbesar minyak-minyak ini. Tengoklah tu.


Pagi tadi terkantoi saya ketika ingin membeli minyak masak. Suri-suri rumah, para ibu dan para-para dapur, bersiap sedialah dari sekarang untuk belajar membuat taik minyak atau menanam kelapa sawit sendiri sebab lepas ni u all tengoklah harga minyak macamana. kalau tak naik, memang temberang besar dia orang. Cemerlang Tembelang Temberang !! Macamanalah dema tadbir ekonomi negara ?


Wednesday, January 5, 2011

Tak Kesian Betoi Anak Yatim Ni.

Oh anak yatim....

Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya memang tak kesian langsung akan anak yatim ni. Walaupun dah ada dua laporan polis dibuat tentang jenayah yang entah betul entah tidak dilakukan oleh anak yatim ini sebab bersumberkan laporan  Wikileaks namun tidaklah ada rasa belas ehsan saya terhadap anak yatim ini. Sebabnya...ada banyak sebab.

Sebabnya anak yatim ini adalah anak yatim piatu yang kematu. Dah ganyut !! Sebab anak yatim ini adalah individu tersohor tanahair yang telah lama perjuangkan bahasa, budaya dan ketuanan Melayu dan bukannya yatim merempat yang tak da siapa nak peduli. Rupa-rupanya nak yatim ini adalah seorang pejuang yang asyek didendang-dongdang sayangkan oleh bangsanya. Sebab hidupnya mewah berpangkat besar, bergaji besar, berkereta berumah besar serta berbini besar. Kalau didapati benar laporan jenayah aib yang dilakukan oleh anak yatim ini...maka sahlah bahawa dia juga bernafsu besar !!

Tak lah saya kesian langsung kepada anak yatim ini walaupun mungkin tuduhan itu sekadar  nak mengaibkan dirinya seperti teraibnya DSAI kerana tukang-tukang cover dan back-ups dah 'stand-by' di mahkamah2, di bilik2 cetak surat-surat khabar meloya, di RTMenipu dan konco-konco kebal UMNAPCO telah bersedia atas dasar 1Malaysia : NgabisWangRakyat Didahulukan, Pencacai Diutamakan. Rakyat-rakyat lekeh tak akan termimpi untuk mendapat pembelaan sedemikian rupa seperti anak yatim istimewa ini. Jadi...buat apa saya nak kesian kepada anak yatim ni.....!!

Kalaulah pertuduhan ke atas anak yatim ini kerana rasuah ke, salah guna kuasa ke, kerana tidak memberi keadilan kepada rakyat ke tak lah dihairankan sangat kerana itulah pertuduhan2 yang biasa ditujukan kepada individu yang mempunyai status dan kuasa seperti anak yatim ini. Tapi kalau dituduh merogol amah...waduh malunya teman! Sungguh aib 1Malaya! Kok nggakk punya high-taste gitukk? Main tangkap muat aja! Adakah mungkin kerana dia hidup dengan rezeki hasil air tangan yahudi APCO kerana seorang anak yatim kematu yahudi berusia 63 tahun, Moshe Katsav bekas Menteri Pelancongan Israel, telah didapati bersalah merogol setiausahanya pada tahun 1990. Hah ! Sekufu le tu. Walaupun saya tidak ada belas ehsan kepada anak yatim ini, saya tetap mengharapkan bahawa pertuduhan aib ini adalah tidak benar kerana sebagai seorang Islam kita tidak boleh menerima mentah-mentah berita dari sumber yang fasiq.

Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga ia dibuktikan  bersalah. So nasihat saya kepada anak yatim ini, cubalah try membela diri agar sekurang-kurangnya ada yang bersimpati dan rasa kasihan. Senyap itu tanda setuju . Dahlah ramai yang tak kesian kat anak yatim ini , senyap itu akan membuat makin ramai yang menyampah dan menyumpah anak yatim ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.