Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Wednesday, March 30, 2011

Mood Ku Datang Kerana Poco-poco !

Ini bukan poco-poco. Ini ialah Pocong


Assalamualaikum kepada pengunjung yang sudi membaca. Sekian lama ghaib di alam maya ini dek kerana berpijak di bumi nyata....menjejaki Haramain yang dirindu-rindukan ummat Islam sedunia selama 13 hari 11 malam bersama suami dan anak sulung tercinta.Syukur atas nikmat Allah yang tidak putus-putus kerana izin dan limpah rahmatNya. Nikmat menyebokkan diri dengan beribadah dan berserah kepadaNya pada setiap detik mata terbuka. Nikmat menjadi tetamu  Baitullah walaupun hina di sisiNya. Nikmat  mengejar pahala ribuan dan ratusan kali ganda. Nikmat di makbulkan segala taubat dan doa.Penuh harap ibadah ini mabrur dan maqbul dan amat takut amalan ini hanya tercatat sebagai satu pelancongan Cuti-Cuti Makkah Jalan-Jalan Cari Kurma dan Jubah. Aduh.....susahnya nanti tempatku disana !

Dunia maya ku lupakan sementara. Bila kembali semula ke rumah, nak mengupdate entry cukup malas kerana masih dibuai mimpi-mimpi indah di Makkah dan Madinah. Perkembangan Libya, dunia Arab dan tanahair tetap aku ikuti jua walaupun antara kisah tak kisah. Tetapi kisah 'disgusting' politik tanahair aku buat don'tno aje. Ah !! Jijik !! Mengaibkan !! Meloyakan !! Persetankan !! Yo lantak ler deme !! 

Tapi.....bila terdengar dan terbaca berita di bawah ni...pasal poco-poco.....aku jadi bersemangat pula dan jari jemariku terasa gatal nak menaip sesuatu...Ah !! Berpuaka betul poco-poco ni ! Moh baca berita mengujakan ini.............


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.


Alhamdulillah.....syukur. Elok bebeno le tu. Terima kasih Pok Jib dan Kak Semah. Semuanya keranamu jua!! Patutnya dari awal lagi tarian ini diharamkan. Pertama kali menonton tarian poco-poca pada pertandingan kebudayaan peringkat sekolah 5 tahun dahulu ketika masih mengajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh, aku beristighfar panjang dan menundukkan wajah kerana tak sanggup melihat lentuk2 dan gerudi2 pelajar2 perempuan menari bersama pelajar2 lelaki. Sungguh hodoh pandanganku ketika itu. Yang Allah.....inikah budaya yang orang Melayu tanamkan dikalangan anak-anak Islam ? Inikah yang kita asuh dan sogok untuk anak bangsa kita yang rata-rata anak orang Melayu Islam ? Kebudayaan Melayu ? Ini jatidiri bangsa kita ? Sungguh kita celaru dengan identiti bangsa kita dengan menerap masuk sesuatu yang jauh menyimpang dengan aqidah apatah lagi dengan kehendak budaya.

Jauh lebih baik apa yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Orang Asal (Asli) yang aku bawa mewakili sekolah aku ketika itu. Persembahan mereka mendapat pujian kerana mempamerkan sketsa tentang hidup bermasyarakat Orang Asal di hutan seperti menyumpit dan memperdengarkan alat bunyi-bunyian mereka. Manakala seorang pelajar perempuan Orang Asal telah mendapat johan mengharumkan nama sekolah kerana dengan jayanya membawa lagu asli Melayu  " Seri Mersing". Sedangkan  pelajar-pelajar Melayu sebok mempertontonkan tarian sensasi Jamaica !! Celaru...celaru.

Ku sangkakan tarian poco-poco diimport dari Indonesia. Menyumpah-nyumpahlah dalam hati ku " Adumak !! Tak cukup dengan dangdut...poco-poco pulak......cikgu mana pulak yang ngajor gerudi2 ni ? Jahil tukil betoi. Astaghfirullahal'azhim !!". Gitulah kisahnya. Jadi bersemangat pulak teman bercakap pasal poco-poco ni.

Bila mufti Perak memaklumkan tentang asal-usul poco-poco dari Jamaica, aku pun terus buat online study. Ini yang aku telah perolehi. Poco-poco juga ada kaitan dengan Indonesia. Moh study sama-sama.


Andai tarian ini tidak digerakkan dalam bentuk salib, bagiku tetaplah ia haram kerana kemudharatannya yang lain. Tarian telah diharamkan Allah sebelum kenabian Rasulullah saw lagi kerana Baginda ditidurkan Allah apabila Baginda berhasrat melihat dan mengetahui apa itu majlis tari menari. Apabila majlis tari menari tamat, barulah Rasulullah disedarkan dari tidurnya maka terlepaslah Rasulullah menyaksikan satu amalan fasik dan mungkar. Peristiwa itu berlaku sebelum Rasulullah saw diangkat menjadi Nabi.

Harap-harap yang diharamkan bukan sahaja poco-poco tetapi diharamkan juga joget lambak, joget lantak, joget ronggeng, joget tonggeng dan segala jenis joget dan tarian yang melibatkan aktiviti mempertontonkan lenggang lenggok wanita Islam dan percampuran antara jantina bukan muhrim. Malah tarian2 jenis ini  sudah jelas haramnya....tak perlu difatwa-fatwakan lagi. 

Bila cakap fasal haram-haram ni......mindaku melayang kembali mengimbau pengalaman di Tanah Suci baru-baru ini. Haram hajji ! Haram hajji ! Haram Hajjah ! Haram Hajjah !! Jerit Anggota Polis Masjidil Haram yang melarang jemaah mencium-cium dinding Ka'abah . Yang dituntut dicium hanyalah Hajarul Aswad bukan dinding-dinding Ka'abah. Gitulah ceritaku kali ini.


Alhamdulliah. selamat dah aku menulis.


Thursday, March 24, 2011

Banjir Airmata Di Pintu Ka'abah


Labbaikala humma labbaik....labbaikala laa syariikalak...Aku datang Ya Allah...aku datang ya Allah....tiada sekutu buat MU...Innal hamda wanik'mata laka walmulk laa syariikalak...sesungguhnya segala pujian, segala nikmat dan segala kerajaan adalah milik Mu, tiada sekutu buat Mu. 

Ya Allah....aku datang kepadaMu Ya Allah...aku datang. Terimalah tetamu hina Mu ini ya Allah...terimalah. Tidak terucap rasa syukur, nikmat , terharu dan rendah diri yang Allah berikan kepadaku ketika sepasang mata anugerah Allah ini memandang ka'abah buat pertama kalinya ketika mula-mula masuk ke Masjidil Haram. Ya Allah....tetamu hina ini datang kepadaMu Ya Allah....aku datang ya Allah.....Ya Allah tetamu hina ini datang kepadaMu ya Allah. Aku datang Ya Allah. Airmata tidak putus-putus tumpah kebumi suci Al Haram......basah telekungku. Ya Allah Ya Tuhan, tambahkanlah Baitullah dengan kebesaran, kehebatan dan kebajikan. Tambahkan Ya Allah.


Nikmat yang aku kecapi ini Engkau anugerahkanlah juga kepada semua anak-anakku dan saudara-saudaraku juga kepada semua mukminin mukminat yang mengharapkan menjadi tetamu Baitullah. Izinkan Ya Allah...Yang Maha Mendengar doa. Aku meminta-minta penuh pasrah di pintu Ka'abah. Amin...amin...amin...

Aku bertawaf bersama suami tercinta. Merasakan diri ini hina dan kerdil, tak punya apa-apa , tangan-tangan kami kosong hanya jiwa kami penuh  dosa-dosa untuk dipersembahkan kepadaNya di Baitullah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah...ampunkan wahai Yang Empunya Rumah Ini..... yang Empunya Ka'bah..yang Empunya Makkah dan Madinah.....Yang Empunya Qiblat ini dan sebarang Qiblat yang disukaiNya...Yang Empunya segala-galanya di langit dan di bumi. Ya Allah Al Ghaffur Ar Rahim. Ya Allah, Kami mohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Tetapkanlah iman kami, kukuhkan ketaqwaan kami, matilah kami dalam husnul khatimah, bebaskankan kami dari azab kubur, ringankanlah kami dari hitungan hisab dan bebaskan kami dari siksa neraka Mu Ya Allah. Amin....amin....amin

Terus meminta-meminta, merayu-rayu penuh syahdu. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah dan segala kebesaran milik Mu ya Allah. Bismillah Allahuakbar Alhamdulillah. Lambaian di rukun Yamani dan Hajarul Aswad mengiringi segala rintihan, penyesalan atas dosa-dosa sambil terus-terus memuji-muji dan membesar-besarkanNya. Terimakasih Ya Allah, Engkau mengizinkan tetamu-tetamu hina ini datang Ya Allah. Syukur kepadaMu ya Allah. Airmata penyesalan, airmata syahdu, airmata rindu yang terubat, airmata  malu dan hina dan airmata penuh kesyukuran bersatu membanjiri telekungku di pintu Ka'bah. Aku datang ya Allah....aku datang Ya Allah. 

Bersujud dan bersujud mensyukuri segala nikmat, membesarkan keagongan Pemilik Arasy di depan pintu Ka'abah bersetentang dengan Multazam. Dan meminta-minta dan merayu-rayu semahu-mahunya. Itulah nikmat besar yang sukar nak ku gambarkan dengan kata-kata yang aku kecapi bersama suami apabila diizinkan Allah menjadi tetamuNya dalam ibadah umrah baru-baru ini. Semoga umrah kami mabrur dan maqbul. Amiin.


Monday, March 7, 2011

Alahai..... Hari Wanita 8 Mac Di Mesia. Jom Saksikan

Selamat Hari Wanita 8 Mac kepada semua penduduk dunia yang berstatus wanita khasnya kepada wanita-wanita Mesia yang menawan, penyayang dan cintakan keamanan. Tangan yang menghayun buaian akan mengoncang politik Mesia. Lihatlah betapa goncangnya Mesia....



Tahniah Fist Lady of Sarawak. Lepas ini akan ditabalkan pulak First Lady of ....


Berjabat tangan ? Tak de hal lah....Mesia Bole...



Nik Azis 2X5 dengan Ayahpin...kata minah gedix alias pengarah Kbgsaan Jaringan MELAYU Mesia....alahai Melayu....


Masih laku.......



Merasmikan Hari Wanita.............



Selamat Hari Wanita Mesia....

Saturday, March 5, 2011

Seram !! Tergempar !! Hantu Kak Limah Dah Round 1 Malaya .


Assalamualaikum pengunjung budiman. Ini khabar tergempar !!! Ce citer.....ce citer..... Khabar dari Merlimau dan Kerdau. Katanya, hantu kak Limah bukan aje dah balik rumah selepas menakut-nakutkan pakcik makcik felda dan orang2 kampung....tapi baru aje balik dari round 1 Malaya. Persiapan nak ngundi PRU 13 katanya. Kalau PRK Merlimau dan Kerdau dipenuhi pengundi2 hantu....janganlah panik pulak sebab hantu2 Kak Limah tu baru aje lepas mendaftar sebagai pengundi di dua tempat berpuaka tuh. Heh heh heh . Dan untuk persiapan PRU 13, hantu2 Kak Limah dah pakat dengan semua hantu2 jenglot yang ada di Pameran Alam Mistik di Terengganu !! Ini lah susahnya kalau negara dah penuh sesak dengan hantu2. Nak pandang belakangpun dah tak boleh !

Tuesday, March 1, 2011

Cerita Santai : I Don't Look Like a Liar, Do I ?


Seorang makcik felda, Kak Flomah yang berambut tinggi mengalahkan songkok tinggi suaminya, mengadakan mesyuarat kaum ibu felda di Dewan Wang Rakyat di sebuah penempatan felda . Sebelum mesyuarat bermula kerana menantikan ahli-ahli yang belum sampai , Kak Flomah and the geng membantai dulu jamuan yang dihidangkan untuk mesyuarat supaya tidak membazir masa menunggu ahli-ahli korum lain. Begitulah Kak Flomah, tangannya aje dah berat 10 kilo. Belum kira berat badan lagi. Sambil menjamu selera kak Flomah pun bersuara. 

"Eh Yunno my husband, very very goodlah. My birthdei kan, he buy for me  this cincin permata (sambil menayang semua gelang2, rantai2 dan cincin2 yang dipakainya). Yunno harganya berapa ?" tanya Kak Flomah dengan teruja.
" Ntah....tak tau..." jawab seorang teman busy bodynya.
"One thousand one hundred one ringgit and one one sen !" jawab Kak Flomah dengan bangga.
Kawannya terkedu mendengar jawapan Kak Flomah. Bagi standard orang-orang felda, angka itu terlalu mahal.

"Eh !! I don't look like a LIAR , do I ?" Speakingnya menjadi-jadi.
"Oh No !! You don look like a liar but you do  look like a LION".  Sampuk seorang makcik felda yang lain sambil matanya menjeling fesyen rambut Kak Flomah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.