Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. Terbaca ana komen Dr MAZA tentang masalah bacaan ayat-ayat suci Al Quran diperdengarkan melalui corong-corong pembesar suara di masjid-masjid. Baca di
Beliau menyokong keputusan Mufti PP dan ana menyokong pendapat beliau 100%.
Sepanjang Ramadhan, ana akan cuba mengisi waktu-waktu rehat di tempat bertugas dengan bertadarus di Surau Institut. Di suatu hari, di kala sedang fokus bertadarus, ana diganggu oleh bacaan Al Quran sebelum azan zohor dari pembesar suara sehingga ana hilang konsentrasi dalam bacaan. Dalam hati ana merungut.....mana yang lebih afdal....bacaan dari CD yang kuat atau bacaan sebenar dari seorang jemaah yang sedang membaca secara tartil ? Ana benar-benar terganggu. Apabila membaca keputusan Mufti PP dan pendapat Dr MAZA tentang isu ini, ana rasa perkara ini patut benar dilaksanakan dan ia benar-benar menepati kehendak syarak. Masjid-masjid lain juga patut mencontohi keputusan Mufti PP.
Ana telah lama membaca pendapat seorang Syeikh dari negara luar (tidak pasti negara mana) yang dikenali sebagai Syeikh Salahuddeen As Sa'id. Menurut beliau;
"Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang masjid yang didalamnya dibacakan AlQuran dan talqin pada waktu pagi dan petang. Kemudian, di pintu masjid ada ramai orang yang berbicara dan menganggu bacaan Al Quran. Apakah hal ini dibolehkan ?
Ibnu Taimiyyah menjawab. "Tidak seorangpun dibolehkan mengganggu orang di dalam masjid atau orang yang sedang solat, membaca Al Quran, zikir, berdoa dan sebagainya kerana masjid memang dibina untuk itu. Tidak boleh seseorang melakukan sesuatu yang boleh mengganggu mereka, baik di dalam, di pintu mahupun berdekatan masjid.
Rasulullah saw bahkan pernah keluar menemui para sahabatnya yang sedang solat dengan menguatkan bacaannya lalu bersabda;
" Ketahuilah, sungguh (dalam solat) sejatinya kamu sedang bermunajat kepada Rabb. kerananya, janganlah sebahagian kamu menganggu sebahagian yang lain dan janganlah sebahagian kamu menguatkan bacaan dalam solat melebihi yang lain."
Apabila Rasulullah telah melarang orang solat dengat menguatkan bacaannya kerana menganggu solat yang lain, lantas bagaimana dengan aktiviti selain solat yang menganggu aktiviti-aktiviti ibadah di dalam masjid dan surau ? Sudah tentu tidak dibolehkan."
Menurut pendapat beliau lagi. " Sebahagian muazzin , semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka, membaca Al Quran dengan pembesar suara sebelum solat subuh di masjid. Mereka pun melakukan beberapa tindakan yang menyelisihi;
1. mereka telah mengadakan bida'ah baharu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi. Padahal bBaginda bersabda " setiap perkara baharu adalah bida'ah, setiap bida'ah adalah sesat dan setiap kesesatan berada di neraka"
2. Menganggu orang-orany yang sedang solat tahajjud. Bacaan mereka dari pembesar suara akan menganggu bacaan orang yang sedang solat tahajjud, bertasbih dan berdoa.
3. Menganggu orang sakit dan anak-anak yang tidak wajib ikut solat jemaah.
Bila mereka berkata "Kami hanyalah membangunkan orang-orang agar solat" maka tidak sepatutnya membangunkan mereka dengan sesuatu yang tidak disyariatkan.
Bila mereka berkata "Apakah membaca Al Quran tidak disyari'atkan?" Jawapannya, Al Quran memang disyariatkan dan disunatkan membacanya. Namun caranya tidak disyari'atkan. Sebab Nabi tidak pernah menyuruh Bilal naik ke atas masjid sebelum waktu subuh lalu membaca Al Quran dengan kuat. Jelas ini adalah perkara bida'ah.
Bila mereka berkata "Lantas bagaimana cara membangunkan orang-orang ?" Jawabnya, bagunkanlah mereka dengan sesuatu yang telah disyariatkan, iaitu azan pertama lalu kedua.
Begitulah. Islam telah menjadikan masjid-masjid itu sebagai tempat yang tenang untuk beribadah. Menganggu jemaah lain dengan suara-suara yang keras, bau-bau mulut yang tidak menyenangkan adalah dilarang sama sekali. Kenapakah ummat Malaysia suka mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama ?